Thursday, February 17, 2011

doa itu tanda sayang. :)

assalamualaikum.

kakak naqibah saya selalu cakap:
"kita cuma mampu menasihati, tapi bukan mengubah. kerana hidayah itu milik Allah. dan Dia akan mengurniakannya pada sesiapa yang Dia kehendaki pada bila-bila masa yang Dia ingini."

dalam banyakbanyak orang yang kita sayang, tak semua macam kita. kerana secara fitrah, memang manusia ini diciptakan berbeza sifatnya. kadangkala, ada antara sikap mereka mengecewakan kita. ada antara tingkah mereka tidak menyenangkan hati kita. ada antara fikrah mereka yang ternampak sonsang oleh kita.

namun, itu tidak menidakkan hak mereka sebagai saudara kita. jika benar sayang, berdoalah untuk mereka. kita sudah merasakan indahnya beroleh nikmat hidayah itu. tidakkah kita ingin orangorang yang disayangi turut sama merasainya?

saat kita tertarik untuk pulang ke jalan Ilahi, di bahu kita tergalas banyak tanggungjawab selain dari memperbaiki diri. untuk itu, jangan pernah riak dengan hidayah yang diperoleh. jangan pernah memandang hina pada mereka yang masih bergelumang dengan dunia yang kita panggil 'jahiliyyah' itu. kerana harus diingat, pada satu ketika kita juga pernah ketawa gembira dalam dunia itu.

kita perlu izzah dengan perubahan diri. dan zahirkan izzah dengan menunjukkan qudwah yang baik kepada orangorang yang kita sayangi yang masih leka dengan dunia. dekati mereka. menangi hati mereka. jangan sampai kita jauh dengan mereka kerana kita fikir kita lebih baik dari mereka.

saya ingat lagi pesanan kakak naqibah saya, "usahakan ukhuwah, baru dakwah". bila kita berubah, persepsi orang terhadap kita juga akan berubah. dan harus kita ingat, bukan semua dapat menerima perubahan kita ini. mungkin ada antara orang yang kita sayangi merasa canggung dengan perubahan yang kita lakukan, lantas menjauhkan diri dari kita. oleh sebab itu, menjadi sesuatu yang amat penting untuk kita memenangi hati mereka ini kembali.

dalam menasihati orang-orang yang kita sayangi, ada ketikanya kita akan berhadapan dengan putus asa bilamana orang yang dinasihati itu seakan tidak mengendahkan katakata kita. lebih menyedihkan lagi bilamana mereka menjarakkan diri, mengelakkan untuk 'diceramah' oleh kita.
tatkala berhadapan dengan situasi begini, banyak di antara kita yang mula bertekad bahawa 'enough is enough'.

ya, mungkin berhenti 'menceramah' mereka adalah langkah yang betul. namun, adalah SALAH sekiranya pada waktu yang sama kita turut berhenti mendoakan mereka.

doa: satu tanda sayang yang tersembunyi. kuasa doa itu cuma Dia sahaja yang tahu. mungkin ucapan lisan mahupun perilaku kita tak mampu menarik orang yang disayangi ke jalan ini. tapi, siapa tahu, dengan doa tulus tanpa pernah berputus harap, orang yang didoakan itu akan turut sama menyertai kita berpimpinan tangan menuju syurga. malahan, boleh saja berkat doa itu serta dengan kualiti positif yang sedia ada pada dirinya, dia menjadi seorang yang lebih baik dari kita sendiri.

untuk itu, jangan putus asa dalam berdoa. doa yang ikhlas itu nilainya tiada tara dengan wang berjuta. jesteru, tiada cara yang lebih baik dalam menzahirkan kasih sayang melainkan dengan mendoakan kesejahteraan orang yang dikasihi. biar lah mereka tidak tahu. kerana kita tidak mengharapkan balasan melainkan kebaikan terhadap semua yang disayangi. siapa mahu melihat orang yang disayanginya berlenggang tertawa ke neraka?

jadi,
andai benar sayang, berdoalah.
:)

2 comments:

miramin said...

"jangan sampai kita jauh dengan mereka kerana kita fikir kita lebih baik dari mereka."
alangkah bagus kalau semua Owg paham ayat ni~~

Anonymous said...

Saya suka ayat ini: "Doa yang ikhlas itu nilainya tiada tara dengan wang berjuta"

Jaga diri di perantauan :)