assalamualaikum.
semalam sewaktu sedang duduk duduk sendiri, saya analisa diri. analisa amal. analisa hidup. analisa hati. sewaaktu sibuk menganalisa, terbitlah dari hati satu soalan yang buat saya menangis sendiri. persoalannya: ikhlaskah saya dalam mencintai DIA? ya, DIA. Dia yang selalu ya uar-uar kan sebagai kekasih paling indah saya itu.
saya fikir dalamdalam. saya muhasabah hati. saya tidak nampak mana titik ikhlas itu. ikhlaskah saya dalam menyatakan cinta padaNya? kalau benar saya ikhlas, apa bukti nya? perubahan yang ada sekarang? atau jahiliyah yang kononnya sudah ditinggalkan padahal masih lagi berselerakan dalam hati?
sedih bilamana saya kenang kembali nilai cinta saya padaNya. seakan palsu. seakan tiada nilai walau sedikit pun. terasa seakan saya sebenarnya sedang menipu diri sendiri. teringat lagi katakata kakak usrah saya: nak capai cinta Allah itu tidak mudah. 19 tahun saya mengabaikannya. tidak mempedulikannya. mana mungkin saya boleh mudah mencintanya dalam masa dua bulan. melainkan SAYA BENANRBENAR IKHLAS.
patut saja saya seringkali rasa kosong. saya sudah faham apa yang tiada dalam hati saya: IKHLAS DALAM MENCINTAI ALLAH.
nak mencintai manusia mudah sangat. sekali dah fall in love tu ikhlas sungguhsungguh. tapi, nak mencintai Dia macam cintakan manusia payah kan? usah sebut boyfriend ke suami ke, nak mencintai Dia sebanyak mencintai ibu sendiri pun payah kan? nak berkorban untuk Dia payah kan? semuanya sebab kita (baca: saya) tak nampak Dia. meskipun nyawa ini, badan ini, hidup ini, bahagia ini, semua adalah nikmat dari kasih sayangnya, tapi masih lagi tak dapat nak rasa macam tu. sebab kita (baca: saya) tak nampak tangan yang menghulur yang memberi.
pernah lagi kakak usrah saya kata, kita (baca: saya) payah nak rasa ikhlas dalam bercinta dengan Dia kerana masih ada sesuatu dalam hati yang menjadi hijab antara saya dengan Dia. dan sesuatu itu adalah apa sahaja yang berkaitan dengan dunia. study, makan, baju cantik, kasut cantik, handbag, duit, peluk mama, bla bla bla. hurm, patut lah tak jumpa titik ikhlas itu. dalam hati saya penuh raa kedambaan terhadap dunia. nak itu. nak ini. dalam seratus itu ini, mungkin satu saja yang saya gantungkan harapan padaNya. 99 yang lain saya yakin boleh dapatkan dengan keupayaan sendiri.
contoh: rasa nak peluk mama sangatsangat.
sebelum saat saya muhasabah ni, tak pernah sekali pun saya letakkan pergantungan padaNya untuk keinginan yang satu ini. saya fikir boleh lakukannya dengan kudrat saya sendiri. balik malaysia nanti, da jumpa, peluk lah. saya lupa yang tangan yang saya gunakan untuk peluk mama ni Allah yang punya. bagaimana jika sebelum sampai saat tu, Dia ambil tangan saya? saya lupa waktu yang dihitung untuk jumpa dengan mama itu juga Allah yang punya. bagaimana jika Allah dah tulis masa yang saya ada cuma sampai esok saja?
nampak kan? cuma sedikit pergantungan yang saya letakkan padanya untuk keinginan yang satu ini. ini cuma satu, masih ada banyak lagi. hati yang berselrat keinginan dunia di dalamnya memang payah nak capai rasa ikhlas bercinta denganNya. masakan tidak. syarat pertama dalam halawatul iman (kemanisan iman) adalah: mencintai Allah dan Rasul MELEBIHI dunia dan seisinya. jelas dan terang lagi syarat pertama pun saya dah gagal. macam mana nak capai kemanisan iman kalau begini?
tapi, saya sangat sangat bersyukur bila Dia ilhamkan soalan cepu emas ini pada saya. buat saya berfikir. buat saya sedar khilaf sendiri. sekarang saya dapat rasakan kasih sayangNya. kerana sifat penyayangNya, Dia tidak membiarkan saya terus tenggelam dengan keinginan duniawi saya yang serba macam itu. Dia menyedarkan saya tentang adanya Dia. Dia tak nampak, tapi Dia ada. sentiasa. :')
"...orang-orang yang mahu mengikuti peringatan dan yang takut kepada Tuhannya Yang Maha Pengasih, walaupun mereka tidak melihatNya. maka berilah mereka khabar gembira dengan keampunan dan pahala yang mulia."
(Yaasin: 11)
3 comments:
"...sesungguhnya syaitan telah menyesatkan sebahagian daripada kamu, sebahagian besar daripada kamu. tidakkah kamu berfikir dan insaf?"
sentiasalah muhasabah diri.. insyaALLAH kita makin dekat denganNya.. dan insyaALLAH dipermudah utk mencapai kemanisan iman tu.. :)
"Dan berjihadlah kamu di jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya.DIA TELAH MEMILIH KAMU dan Dia tidak menjadikan kesukaran untukmu dalam agama..."(22:78)
masyaAllah,ukhti..kamu sudah berjaya sampai ke tahap ini,syukur lah. :) perjalanan kita masih jauh lagi. Allah akan selalu ada utk kita. :') semoga terus tsabat di jalan ini ya? :)
),: i want to fall in love with HIM also.
Post a Comment