assalamualaikum.
tadi saya berjalanjalan di dunia maya ini. lalu terserempak dengan blog seorang akhawat dari jordan yang menceritakan pengalamannya bermusafir ke spain dan italy. lalu, teringatlah saya akan perancangan saya untuk bercuti di kala easter. namun begitu, sedarlah saya kalau kiranya perancangan itu masih tinggal perancangan semata-mata.
minggu depan sudah week 6. dan sebulan kemudian, university akan mulai bercuti. kalau mengikut perancangan awal, saya memang sungguhsungguh nak ke egypt untuk easter. saya pilih egypt sebab amalin (cik cinta hati) ada di sana. meskipun beliau di tanta, tapi kami ada kenalan di mansoura dan alex. kalau nak pergi cairo pula, boleh tumpang rumah kelantan. maksudnya di sini, accommodation terjamin. lagi tak payah susahsusah nak fikir nak angkut gentleman mana jadi musyrif sebab boleh tumpang musyrif beliau. dan plus point bilamana tak perlu habis duit banyak sebab currency egpyt tiga kali lagi rendah dari pound sterling. heh. nampak macam tempat pelancongan yang ideal bukan? dah berkali-kali menggodek-godek tiket murah di website ajen-ajen pelancongan. tapi Allah Maha Menentukan. dengan keadaan egypt yang bergolak, dan students malaysia semua dah naik flight balik rumah, mana mungkin perancangan ini dapat diteruskan. huhu.
kemudian, saya beralih ke tempat target seterusnya iaitu paris. tapi paris macam dekat sangat dan third year nanti pun sempat lagi nak pergi kot(?). huhu. tapi, kalau ada orang nak teman saya pergi, saya pergi jugak. hee. :D
dan ada juga plan dengan kawankawan serumah ni nak pergi amsterdam. sebab dengar cakapcakap orang yang mengatakan amsterdam sangat indah sewaktu spring. dan saya yang sukakan bunga ini, nak lah pergi merasai keindahannya. tapi, tiket tak beli pun lagi ni. makin lambat beli makin mahal. jadi, macam mana?
lepas tu pulak, ada rasa macam nak gi tour turkey dengan spain. sungguh, bila tengok gambargambar tempattempat yang indah di spain tu, saya rasa nak pergi sangat. saya suka dengar ceritacerita mereka yang dah berjaulah ke spain. mereka semua cakap ada satu macam perasaan sebak bila menapak masuk ke alhambra atau masjid cordoba atau medina azzahra. dan saya nak rasa perasaan tu. ada sapa-sapa nak ikut saya ke sana tak? huu.
tapi kalau semua yang di atas tak jadi, mungkin saya akan duduk diamdiam di coventry ajelah. atau sesekali dua akan menjenguk rumah kedua saya iaitu birmingham. hee. boleh makan crispy cream dan curahat puaspuas dengan kakak naqibah. hee. :D
ataupun, saya boleh juga pergi tour seluruh england supaya nanti balik malaysia saya boleh bawak balik banyak magnet peti sejuk yang dikirim oleh mama dan antyanty sekalian. (ya, semua orang si malaysia sana berminat dengan fridge magnet dari uk yang saya pun tak faham apa sebabnya.) hurm, macam menarik jugak tu.
erm. tak sabar nak tunggu cuti easter. nak tengok Tuhan izinkan saya musafir ke mana. ke mana pun kaki melangkah, saya yakin ada aturan tersirat yang telah ditetapkan buat saya. meski cuma melepak di coventry, saya faham yang itulah ketetapan dariNya yang terbaik untuk saya. kan pada setiap kejadian itu, ada ibrahnya yang tersendiri.
:)
p/s:
(i)
cik cinta hati da selamat jejak kaki di subang jaya selepas 5 hari stranded di jeddah.
alhamdulillah.
:)
(ii)
tak sabar nak tunggu hari esok. agaknya pakcik mubarak setuju tak nak step down eh?
pelis la step down pakcik. tak berfungsi negara mesir tu selagi pakcik duduk melepak di istana presiden.
2 comments:
jom pegi Amsterdam!:)
erna, nak! jom buat trip ramairamai. :DD
Post a Comment