Sunday, May 1, 2011

tentang futur, sahibah & biah solehah.

assalamualaikum.

untuk seorang yang berada di jalan dakwah dan tarbiyyah,
perkara yang paling mengerikan yang boleh berlaku tanpa disedari adalah
futurnya hati.

bila hati futur,
istiqamah mula putus,
dan mulalah racunracun jahiliyyah kembali mencucuk diri.
hati mula terbahagibahagi,
wahan mula menguasai diri,
dan kaki mula menyeret langkah ke dunia yang
terlihat penuh 'nikmat' itu.

saya sendiri pernah futur.
terasa dirobekrobek benteng iman.
kerana tidak gagah, saya rebah.

namun,
mujur Allah masih sayang.
dihantarnya insaninsan untuk menunjuki saya jalan pulang.
dan,
tetaplah saya di jalan tarbiyyah ini pada hari ini
kerana belas ihsanNya
juga berkat dokongan dari akhawat yang jadi tunjang sandaran.

peristiwa yang terjadi
memahamkan saya akan kepentingan biah solehah.
setiap sahibah mendukung sahibah yang lain
untuk terus tsabat dalam perjuangan.
bila lupa,
ada sahibah yang mengingatkan.
bila leka,
ada sahibah yang menyedarkan.
bila lena,
ada sahibah yang membangunkan.
bila lesu,
ada sahibah yang meniupkan semangat perjuangan.
bila rebah,
ada sahibah yang bantu membangunkan.
dan bila tersasar,
ada sahibah yang memimpin jalan pulang.

manusia biasa seperti saya
beroleh kemampuan untuk membentuk diri dan peribadi
mengikut acuan Islami
kerana dorongan dan sokongan yang luar biasa
dari sahibahsahibah seperti mereka.

andai kata satu hari nanti
saya tergelincir lagi,
hulurkan tangan dan tariklah saya sekali lagi.
kerana selain Allah,
kalianlah yang menjadi sandaran harapan
untuk saya kukuh berjalan 

menuju syurga Ilahi.

2 comments:

Hidayah Bani said...

insyaAllah, jom kita sama-sama mengorak langkah melalui jalan ini.
Jalan ini, jalan yang sempit, mudah rebah, mudah tersungkur, mudah untuk diri menangis, sukar untuk diri tertawa. kerana itulah jalan ini sedikit sekali yang melaluinya. inilah jalan mereka yang menuju ALLAH. semoga kita tsabat. kejutkan saya juga andai saya terlena:)

fatinmarini said...

k.dayah, samasama kejut, samasama pimpin, samasama papah. in short samasama menguatkan antara satu dengan yang lain.

kerana syurga Allah itu luas, tentu kita mahu berseorangan. kan? :DD