assalamualaikum.
semenjak pulang ke malaysia, blog ini seakan-akan terabai. bukan tidak berkesempatan untuk menulis, cuma kekeringan idea. ada ketika saya merasakan seperti terlalu banyak yang ingin dikongsi. tapi, sesudah menghadap laptop, habis luput semua idea yang terkumpul dari ingatan.
tamat program motivasi yang lalu, saya jadi punya banyak lapang. saya usaha memenuhkan harihari saya dengan berprogram. tapi, faktorfaktor luar yang banyak mengekang saya dari menyibukkan diri membuatkan saya terus tersadai keseorangan di rumah.
T____T
namun, minggu sibuk akan bermula selepas ini. esok, aktiviti rehlah bersama keluarga saya. yeay! akhirnya saya dapat keluar bercuti. dua hari pun sudah mencukupi. saya sangat memerlukan memorable moments bersama yang tercinta sebagai bekalan semangat untuk dibawa pulang ke conventry oktober nanti.
sabtu pula ada makanmakan di rumah nenek. semenjak balik, saya belum berkesempatan berjumpa dengan anty-uncle-cousin saya sebelah abah. jadi, ini lah masanya untuk melunaskan kerinduan yang terhimpun selama 8 bulan itu. hee.
hari ahad, saya akan keluar berprogram ke Selangor. menghadiri KIBAR. sungguh, saya tak sabar. lama tidak berada dalam biah golongan sefikrah. saya rindu suasana itu. nak recharge iman, restore semangat, re-clean hati. semoga Allah menginzinkan.
usai KIBAR, saya akan bergerak ke negeri sembilan untuk menghadiri JOM pula. insya-Allah, akan bertindak sebagai fasi. tapi, homework tak buat lagi. ades.
:-X
bila balik kelantan semula, saya tak pasti lagi. mungkin buat roadtour ke intec dan uia dulu sebelum pulang. ingat nak ke kuantan juga jika mama mengizinkan. tengoklah macam mana. kalau tak dapat greenlight ke kuantan, cepatlah saya balik. heh.
ini semua perancangan semata-mata. kalau Allah izin kan, menjadilah plan saya kesemuanya. Moga Dia permudahkan. Amin.
No comments:
Post a Comment