assalamualaikum.
asif lambat update.
kesihatan agak tak mengizinkan selepas balik berperang.
huhu.
terima kasih pada semua yang mendoakan kelancaran program ini.
sayang kalian!
^^
alhamdulillah.
meskipun cuma berlima untuk dua jam pertama dan berempat pada dua jam yang seterusnya,
Allah memberi kemudahan kepada kami untuk menguruskan adikadik.
mereka agak nakal, tetapi semuanya masih dalam kawalan.
paling seronok bila cikgu mengumumkan program sudah hampir ke penghujung, ada adik yang berkata:
"alaa. da nak habis ke cikgu?"
:')
saya banyak belajar daripada program ini.
daripada aspek pengurusan, komunikasi, dan pembinaan keyakinan diri.
saya juga belajar untuk meletakkan sepenuh pergantungan dan keyakinan kepada Allah.
project manager mana yang tidak cuak bilamana kakitangan program berkapasiti 70 peserta cuma 5 orang sahaja.
tapi, dengan keyakinan bahawa Allah cuma mentakdirkan yang terbaik untuk hambahambaNya,
hati saya jadi tenang dan lapang.
itulah indahnya tarbiyyah.
ia menjadikan kita insan yang tidak cuma tersenyum pada nikmat,
tapi juga pada ujian.
:)
ucapan setinggitinggi terima kasih dan penghargaan pada fasi-fasi yang sudi meluangkan masa dan tenaga untuk menjayakan program ini:
ecah dari ucd, k. ijah dari rcsi, nurul dari university of lancaster dan akh mustaqi dari manchester university.
begitu juga dengan orangorang di belakang tabir yang banyak membantu menyumbangkan idea dan memberi semangat kepada saya (meskipun terpaksa berjaga sampai jam 3 pagi).
jazakumullahu khairan katheera.
setakat ini saja update untuk kali ni.
maaf tiada gambar sebab nak cepat sangat pagi tu sampai lupa nak bawa kamera.
haish!
2 comments:
bangun lambat la tu..haiss..
Post a Comment