Monday, July 25, 2011

harta karun bernilai buat senyum ketawa.

assalamualaikum.

kerana bosan tak tahu nak buat apa,
akhirnya saya pergi menyelongkar rak buku sendiri.
rak buku saya tak hensem.
jadi, hari ini adalah hari yang paling sesuai untuk saya kembali mengkacakkan beliau.

ini lah rak buku saya setelah diselongkar.
oh! amat tak kacak sekali.

cara untuk menghensemkan encik rak buku ini bukan payah;
cuma susun dan kemaskini sahaja.
namun, tidak saya menjangkakan prosesproses tersebut menemukan saya dengan harta karun yang tidak di sangkasangka.
*excited*

harta karun 1: file orientasi intec uitm dan isi kandungannya.
harta yang satu ini buat saya senyum di pagi hari. ia mengingatkan saya pada harihari terindah yang pernah saya lalui di sana. saya ketawa sendiri bila teringat episod lenyek pisang di explorace yang membuatkan saya teragak-agak untuk makan pisang sampai sekarang. heh. nak tahu apa yang menakjubkan tentang file ini? saya terlebih dahulu ke intec sebelum berpindah ke ipg ipoh. jadi, ianya adalah amat menakjubkan sekali bilamana file orientasi ini masih gagah (like seriusly, ianya tak kemek atau rosak sedikit pun) sedangkan file orientasi ipg sudah hilang sekian lama.

harta karun 2: buku text dan buku latihan bahasa korea.
saya membeli kedua buku ini dengan harga seratus lebih (mungkin. sebab saya sudah lupa.) namun sekarang, nilainya adalah; PRICELESS. mereka berdua amat berharga. saya pandai membaca dan mengeja dalam bahasa korea setelah sebulan menelaah mereka. dan mereka buat saya ingat test spelling setiap kali waktu kelas korea di intec dulu. juga mengingatkan saya pada cikgucikgu saya yang comel. dan lukisan penguin juga teddy saya yang digantung pada papan kelas kerana diiktiraf sebagai antara lukisan comel. heh. menakjubkan bukan? mereka cuma dua buah buku bisu, namun mampu mengingatkan saya pada banyak perkara yang saya  fikir saya takkan mampu ingat lagi sampai bilabila.

harta karun 3: penanda buku pink.
nak tahu apa yang menakjubkan tentang penanda buku ini? saya tak ingat lansung yang saya pernah memiliki penanda buku secomel ini. tambahan lagi, i'm not that kind of person who is good at keeping petty little things like this. ini sungguh ajaib bagi saya kerana saya berjaya menyimpannya dengan baik selama dua tahun! ngee. err. tapi saya lupa dari mana asal usulnya. haish.

harta karun 4: diari pink, diari merah.
sejak kecil, saya memang adalah seorang yang mengekspresikan diri melalui tulisan. sebelum mengenal friendster dan myspace, diari merah itulah yang jadi medium tempat saya menconteng menumpah rasa. saya senyum pada si diari merah; kerana ia menjadi sahabat saya yang amat baik. saya amat terkesan dengan kehilangan umi. ia merupakan satu tamparan yang membekas dalam hati saya. namun, saya tidak pandai berkongsi dengan manusia. si diari merah itulah yang jadi terapi menenangkan saya. 
:)

diari pink itu pula terkandung tulisantulisan saya sebelum fly ke uk. saatsaat itu saya mengalami banyak konflik diri yang akhirnya membawa kepada saya yang baru ini. ya, pada waktu itu saya sudah punya blog. namun, tidak semua yang saya rasakan itu saya mampu coretkannya di sini. kerana itu saya membeli satu diari. tadi, saya luangkan masa menyingkap helaiannya satu persatu. perasaan waktu membaca diari memang aneh; seakan-akan belajar mengenali diri sendiri. heh.

harta karun 6: Analogi cerpen Amanda Balqis.
saya fikir ia sudah hilang. namun alhamdulillah, masih ada. meskipun sudah kurang cantik kerana koyak muka depannya. saya menyimpan buku ini semenjak tahun 2004. analogi cerpen ini merupakan buku yang menjadikan saya pengkagum karya sastera moden. buku ini mengenalkan saya pada puisi (hasil contengan meratarata peminjam buku sebelum saya), cerpen falsafah juga karyakarya fiksyen yang menjana imaginasi kanakkanak saya. apa yang lebih bermakna, buku inilah yang membuka mata saya pada keindahan UK melalui salah satu karyanya. semenjak membaca buku ini, saya memasang impian untuk menjenguk ke sana dan melihat sendiri keindahannya. alhamdulillah, Allah sudah merealisasikan salah satu impian saya. 
:)

harta karun 7: poket doraemon.
nak tahu apa isi kandungannya?
sila tunggu entry seterusnya.
hee.
:p

9 comments:

Mohamad Shahrilniza said...

penanda buku warne pink mase kite bwat exhibition culture daa..haiss..btw...memang sangat tak kacak okey..sekian..

fatinmarini said...

eh, exhibition culture? bila kita pernah buat exhibition culture? *masih lupa*

sebelum dikacakkan memang la tak kacak. sekarang sudah hensem kacak cool bergaya yang amat. ^^

Mohamad Shahrilniza said...

environment..save animals..El,dib, farah..bilik no 7..sem 2 first year..haha..ingat kite bwat zoo tu...haha..xpe la tin x ingat...

kekacakan itu anugerah,...*tetibe*

miramin said...

pisang lenyekkkkk euwwww....!! naseb baek ada si marwan habeskan haha

fatinmarini said...

charil:
oh, yang itu ka? ingat2. tapi tu bukan subjek culture la. itu social study. haih!

kerana kekacakan itu adalah hak milik setiap insan. ;D

mira:
hihi. mira ingat jugak eh? kannnn. nasib baik ada beliau. yang lain makan semua muka ke longkang tak pun tong sampah. :))

arina said...

saya pun suke selongkar barang2 lama. selongkar suke lah, nak kemas balik tuh macam payah siket hahaha. :D

ps: comel penanda buku tuh.

fatinmarini said...

hehe. marini pun macam tu jugak sebenarnya. sebab tu kena selongkar waktu mood dalam gred a. time tu mood nak mengemas pun ada juga lah. :DD

hehe. tapi bukan marini buat. orang lain. nak buat sendiri tak taw. ;p

Mohamad Shahrilniza said...

Tett...kekacakan itu milik shahrilniza...sekian

Unknown said...

Hi ! saya pun pernah ada buku cerpen amanda balqis tu. Ummi saya yg design cover buku tersebut. in fact, nama saya diambil sempena buku itu sendiri. anddd buku tu dah kena rampas dengan cikgu sebab saya baca masa exam, masa tu darjah 4. ummi marah betul sebab 1 copy tu je yg dia ada. saya jugak pernah ada kekasih-lah-konon, nama tareq. lebih kurang kan macam nama hero dalam cerpen amanda balqis tu, tariq kalau tak silap ejaan dia. dah lama buku tu kena rampas, saya pun dah 22 tahun :D but still ada few cerpen dalam tu yg saya ingat tak ingat macam kisah burung (kot) hehehe and of course cerpen amanda balqis tu sendiri.