..sesiput sisiput..
alkisah..pada satu malam pada minggu lalu, sy dan fuyyoh keluar utk mkn malam di luar. selepas makan, kami pergi ke kedai runcit pula utk membeli roti. dalam perjalanan blk, kami melalui jalan yg gelap kerana tidak dipasang lampu jalan di kawasan tersebut. di sebelah jalan itu terdapat kawasan berumput yg terkenal sebagai habitat semula jadi siput2 yg lambat. kamu pasti taw apa siput itu kan? tbe2, terlintas idea di benak sy ini utk menggelar keturunan siput itu sbg siput barbie. ok, sy taw kamu fikir lawak sy itu tdk lucu. tp, sy tdk kisah kerana para fuyyoh ketawa riang ria mendengar nama jolokan siput tersebut.
sedang enak ketawa, sy tbe2 terdengar bunyi 'shell' 'crack' setelah sy menapak ke hadapan. oleh kerana terkejut, sy melompat dan tatkala kaki sy mencecah tanah, sekali lagi kedengaran bunyi tersebut. AAAAAAA~~~!! sumpah sy trauma! sy telah terpijak dua ekor siput dalam masa tdk sampai seminit pun. "ak nmpak siput 2 hancur. lenyek. penyek." gambaran keadaan siput2 itu drpd deep yg berada di blkg sy cukup utk membuatkan bulu roma sy tegak kerana kegelian yg melampau tlh menguasai diri. keresahan yg dialami membuatkan jantung sy berdegup kencang, melebihi kelajuan semasa sy perlu berucap di speaker's corner. sy berpeluh dan gelisah seperti cacing kepanasan. sy tdk dapat menerima kenyataan bahawasanya sy telah membunuh dua ekor siput dgn memijak mereka sehingga hancur, lenyek, dan penyek. huhu~ sungguh mengerikan. perasaan bersalah itu wujud, namun perasaan yg lebih dominan ialah geli. uwaa~ tlg la. mereka ialah siput lembik dan berlendir dan saya telah memijak mereka. ouch~!
sampai ke bilik, muka sy sedikit pucat. nafas termengah2. sy tarik nafas dlm2. buang bayangan arwah2 siput itu dari kotak fikiran sy. ok, sampai di situ saja cerita sy kali ini. sy tdk dapat bercerita lg. bayangan mangsa2 itu muncul lagi. dan kegelian mula menguasai diri. yucks~!