Wednesday, March 31, 2010

cuma luahan rasa hati.

yang zahir nampak indah.
tapi hakikat itu cuma Dia saja yang taw.

.
.
.

rasa itu.
saya simpan.
saya simpan.
saya simpan.

.
.
.

faham?
tidak?
maaf.
tulisan ini bukan untuk difahami.
tulisan ini cuma luahan rasa hati.


.
.
.

uish, jangan fikir macam tu.
saya tak emo lah.
senyum.
:)

Saturday, March 27, 2010

aku.&ego ku.

banyak yg perlu diubah.
tentang aku. dan egoku.
ego itu tidak selalunya negatif.
aku taw itu.
tapi kalau langsung terus mendongak ke langit.
hingga tak nampak tanah di bumi,
itu memang tidak positif.
kan?

hidup berprinsip.
berserta keinginan yang sarat.
buat ego aku tinggi melangit.
selalu meminta.
tapi tidak pernah belajar untuk memberi.
oh, tidak.
kadangkala aku memberi.
tapi cuma sedikit.
mungkin hanya setitik dari apa yang aku miliki.
sedangkan aku mendamba segunung dari dia yang menyayangi.

aku.
banyak menunding jari kepada orang lain.
sehingga buta untuk nampak salah sendiri.
itu salah aku. dan egoku.
dan aku taw itu.

Friday, March 26, 2010

this is how i perceive commitment.

in my opinion, commitment:

* doesn't meant you've got to stick to your partner for 24/7
* needs you to trust each other and be faithful as well
* requires sacrifice from one another
* needs you to understand the need of each other
* is not a green light to take over your partner's life
* is not merely responsibility, it's something more than that

well, there's some more. but these are the most important of all.
oh,do feel free to add on. :)

footnote:
- the presence is not really important. because love matters most.
- i can survive without you. but the absence of your love would surely make my life a misery.

hati menangis.

bilik empat segi petak ini bisu. pekak.
mana mungkin ia akan berbicara kepada ku.
pada saat hati rasa ingin menangis,
adakah telinga yang sudi mendengar?

Wednesday, March 24, 2010

all.in.1

i feel so uneasy today.
there's something which keep bugging my mind.
yet i'm not sure of what it is.

this feeling.
it's kinda weird.
it cause a pain
deep down in there.
and i don't like it.

and.
the tension grows steadily.
i've got a pack schedule.
every week there will be
an assignment to be passed up
until 16th april.
oh, and not forgotten,
the mock exam on the first week of april.
hmm. i'm really a deadmeat.

the faith is fading.
will i be able to get through the final?
ouch!
merely thinking about the failure
is hurtful enough.
what's more if i really can't make it.
nauzubillahi min zalik.

i ought to start working.
there's not much time left.
pray for the best everyone.
may no child will be left behind.
amin.

Tuesday, March 16, 2010

untitled.

i don't mind if the whole world cant understand me.
as long as you do.
i don't mind if no one can see it.
as long as you do.
people might think you are so much so like them.
yet i believe you aren't.
look beyond what your eyes can see.
then you will find what the others don't.
you will know what the others don't.

footnote:
- there is something inside there.
and it will always be there until
the time has come
to show it off.

Sunday, March 14, 2010

yang hak dan yang batil.

yang suci itu tak akan pernah maw menempatkan
dirinya pada satu bilik hitam yang kotor.

sedang yang kotor itu perlu mensucikan dirinya
terlebih dahulu sebelum singgah ke
satu bilik putih yang bersih.

akan sentiasa ada pemisah
antara yang hak dan yang batil.

yang hitam dan yang putih itu
tak boleh bercampur.
nanti hasilnya kelabu.

Friday, March 12, 2010

penutup diari sbe.

assalamualaikum.

semalam dengan rasminya sbe saya telah berakhir. oh, sangat sedih. saya baru saja mula rasa serasi dengan sekolah itu. dengan guru2 nya. staff2 nya. pelajar2 nya. suasananya. persekitarannya. erm, pendek kata segala-galanya lah. tapi saya sudah harus angkat tangan ucap selamat tinggal kepada mereka semua. hurm, siapa yg tak sedih? huhu.


tapi hari terakhir semalam tidak pula saya habiskan dengan titis2 air mata. (oh, air mata marini yang sensitif ini sudah jadi makin mahal sekarang. heh.) saya habiskan masa dengan membahagikan coklat kepada student saya yang comel2. seronok tengok mereka berebut-rebut coklat tersebut dan kemudiannya memakan coklat itu dengan comel. hoho.


dan saya juga ada masuk bilik guru untuk berjumpa dgn para guru. kebetulan, mereka sedang meraikan kejayaan sekolah yang mana prestasi spm nya meningkat pada tahun ni. hurm, betul la apa orang cakap. murid berjaya, guru gembira. murid gagal, cikgu sedih. saya ada nampak muka sorang cikgu yang kecewa bila ada sorang target student ni x leh dapat straight A kerana tersangkut di subjek yang diajarnya. oh, hanya cikgu je yang dapat faham perasaan cikgu taw.

dan sekarang juga saya faham kenapa golongan guru ni patut dihargai oleh anak didik mereka. oit2. tanpa cikgu yang bersusah payah ni korang x kan pandai taw. ya, anda mungkin dianugerahkan Tuhan dengan otak yang bijak pandai. atau anda juga mungkin terasa menjadi pandai setelah menghabiskan beribu-ribu fulus untuk pergi tuisyen berbayar. tapi, anda masih perlu menghormati guru anda yang bersusah payah panjat tangga untuk ke kelas anda, yang sanggup menghabiskan petrol keretanya untuk ke kedai fotostat semata-mata untuk fotostat homework yang bertimbun bagi anda setelah mesin fotostat di sekolah rosak serta yang sanggup bersengkang mata tanda kertas peperiksaan anda dan macam-macam lagi la.

apabila sbe tamat, itu maknanya cuti sekolah pun bermula. tapi, saya tak leh cuti sangat. esaimen banyak. dan sepanjang dua minggu di rumah, saya memang tak study langsung. huhu, teruk betul perangai. haish~ jadi, time cuti ni saya berazam untuk study dengan gigih. yalah. masa dan semakin suntuk. suntuk sangat2. dan saya sendiri tak pasti apa kandungan pelajaran yang ada dalam otak saya. cukup atau tidak ni untuk membawa saya ke warwick. ada banyak mata yang sedang memandang, ada banyak telinga yang sedang mendengar. by hook or by crook, saya perlu berjuang untuk ke sana. saya tidak maw orang-orang itu bertepuk tangan bersorak riang atas kegagalan saya dan air mata mama abah saya. hurm, jadi marini, jangan cakap saja. jom study sekarang!

wassalam. :)

Wednesday, March 10, 2010

what do i do in an all-boys classroom?

1. enter the class with a straight face.
2. put my handbag on the teacher's desk.
3. sit down properly.
4. sign the teacher's attendance book.
5. ask the students to do their on work and keep quiet without even looking at them. [i keep staring at the attendance book]
6. only smile to them when it is soooooooooooooooo necessary.
7. rarely laugh to their jokes.
8. only look at them for a few times to stop them from making noise.
9. staring at my handphone for thousand times.
10. writing nonsense stuff in my notebook. [i keep on writing to the extend a student say this to me, "rajin betul cikgu ni. dari tadi asyik menulis aje. x nak cakap dengan kita pun."]
11. release them to the canteen 5 minutes early. [i cant stand be in the class for a minute because even a minute feels like forever]

in conclusion, i cant teach in all-boys school. and i dont even want to. heh.

.
.
.

oh, muka ketat saya itu cuma untuk tutup muka segan. ooi2. segan taw tak biarpun mereka cuma kanak-kanak 16 tahun. saya kan pemalu.
;p

dan. dan.
ini quotation yang terpilih pada hari semalam:

"cikgu, saya ada abang umur 22. abang saya hensem. cikgu try la kawan dengan dia. meh saya adjustkan."
[erk. niat yang baik. tapi terima kasih saje lah. heh.]

dan. dan. dan.
esok hari terakhir. memang bunyinya macam pelik. tapi ikhlas dari hati saya nak cakap yang saya rasa amat sedih untuk tinggalkan sekolah itu.

T___T

Monday, March 8, 2010

ucapan selamat lambat-lambat.

dulu kita pernah senyum bahagia bersama.
itu dulu.
dulu kita pernah menangis sedih bersama.
itu dulu.
dulu kita pernah ketawa riang bersama.
itu dulu.
dulu kita pernah diam luka bersama.
itu dulu.
dulu kita kongsi cerita suka duka bersama.
itu dulu.
dulu kita harung pahit manis hidup bersama.
itu dulu.

sekarang.
kamu dengan hidup mu.
dan aku dengan hidup ku.
jalan hidup yang kita susuri sekarang adalah berbeza.
aku sudah jauh meninggalkanmu.
tapi kenapa kamu masih berdiri di persimpangan itu menunggu aku?
maju lah.
demi kebaikan.
ingat apa yang ku katakan dulu.
semuanya adalah untuk kebaikan mu.

kamu hanya memahami makna yang tersurat di sebalik setiap perkataan ku.
mungkin sebab itu kamu tidak dapat menerima hakikat kehilanganku.
kamu fikir aku sedih.
kamu fikir aku kecewa.
kamu fikir aku terluka.
seperti kamu.
tapi maaf.
aku tidak kecewa.
aku tidak terluka.
aku tahu pilihan ku itu yang terbaik buat kita.

salah aku.
kerana tidak menjelaskan maksud yang sebenarnya.
tapi aku harus tetap merahsiakannya.
cukuplah menyakiti kamu sekali sahaja.
kamu seorang yang terlalu baik untuk aku lukakan hatinya.
aku sedih dengan mimpi ngeri yang aku hadiahkan kepadamu.
tapi aku lebih sedih jika aku terus menghadiahkan senyum bahagia palsu kepadamu.

kamu mungkin baca coretan ini.
mungkin juga tidak.
lama diam aku menyepi.
tapi aku tidak pernah lupa ini.
ucapan selamat ini sengaja aku lambat-lambatkan.
agar kamu tidak terus mengharapkan yang terbaik dari aku.
kerana jelas masih banyak gadis yang lebih baik untuk senyum bahagia, menangis sedih, ketawa riang dan berdiam luka bersama kamu.

akhir kata, selamat hari jadi kamu. (05032010)
moga bahagia biar tiada aku dalam hidup mu.
oh, selamat buang aku jauh-jauh juga ya.
jangan pernah sayang atau tunggu aku lagi ya.
selamat maju ke hadapan.
percayalah, ada yang sedang menunggu mu beberapa langkah dari sekarang.
:)

Friday, March 5, 2010

sabar. sabar. sabar.

bila Allah turunkan sesuatu ujian, ianya bukanlah percuma.
setiap sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya.
ia mungkin cara Dia mengejutkanmu pada saat kamu alpa.
atau mungkin, itu cara Dia memanggil kamu supaya lebih dekat denganNya.
pada saat diturunkan ujian, bersabarlah.
jangan cepat mengeluh. bersedih. atau berputus asa.
ingatlah.
Allah menjanjikan kemenangan buat hamba-hamba-Nya yang bersabar.

Firman Allah:
"Dan Kami pasti menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, dan buah-buahan.
Dan sampaikanlah berita gembira pada orang yang sabar."
(Al-Baqarah, ayat 155)



Thursday, March 4, 2010

saya.

saya adalah seorang saya.
saya tak akan pernah jadi macam dia. atau dia. atau dia.
kerana 18 tahun saya hidup, saya hidup dengan cara saya.
berpaksikan kepada kepercayaan saya, prinsip saya, serta apa yang diajarkan kepada saya.
sewaktu kecil dulu, saya rasa amat kerdil.
terasa diri penuh dengan pelbagai kekurangan.
saya sentiasa cuba bentuk diri untuk jadi macam orang lain.
macam orang itu. orang itu. atau orang itu.
tapi saya tak pernah berjaya.
akhirnya saya sedar juga.
mereka adalah mereka.
kami tidak sama.
dan tidak akan pernah sama.
kerana Tuhan menciptakan manusia itu dengan sifat yang berbeza sebagai tanda kekuasaan-Nya.
hari ini.
saya berdiri sebagai diri saya sendiri.
apa yang kamu lihat itulah cerminan wajah asli saya.
saya tidak pernah cuba berselindung di sebalik identiti sesiapa.
saya tidak hipokrit.
kalau kamu nampak wajah saya ada seratus rupa, yang seratus rupa itu semuanya adalah saya.
ya.
saya manusia dengan wajah seratus rupa.
sikap berubah seiring persekitaran.
bukan saya tidak tegar.
tapi itu memang saya.
saya akan jadi seperti apa yang ada di sekitar saya.
tapi saya tidak mengikut mereka.
saya cuma jadi apa yang ingin saya jadi tatkala saya berhadapan dengan mereka.
saya bentuk identiti berbeza bagi setiap persekitaran berbeza.
kalau bagi kamu itu adalah hipokrit, terserah.
itu memang cara saya.
cara saya untuk terus survive di dunia yang bermacam rupa.
cara saya untuk adapt dengan masyarakat yang bertingkah caranya.
kalau kamu tidak dapat merima cara saya, tidak mengapa.
saya tidak berhak menolak kamu.
kerana manusia itu memang berbeza.
saya faham itu.
dan saya harap kamu juga faham itu.


nota kaki: jikalau saya khilaf, betulkan saya dengan cara yang aman.
kerana saya juga faham kalau manusia itu tiada yang
sempurna. termasuk saya. dan cara saya. :)

Wednesday, March 3, 2010

cikgu, boifren tu apa?

assalamualaikum.

selepas 2 hari yang bosan, hari ke-4 sbe saya jadi hari yang sangat hectic. saya ada 3 kelas relief, hampir 4 jam kesemuanya. fuh2! tarik nafas panjang saya bila dapat jadual pagi tadi. kelas pertama mula awal-awal pagi lagi - 7.35 a.m. dan kelas terakhir berakhir pada jam 1.10 p.m. phew~ kali ni saya nak cerita tentang kisah pelajar 2 usaha, kelas ketiga yang perlu saya relief.

pukul 12, kelas 2 usaha. yang ini, ada guru yang bagi warning awal-awal lagi pada saya. ini memang kelas pelajar nakal. bila saya masuk, macam-macam gelagat pelajar dalam kelas itu. sekumpulan pelajar lelaki sedang buat persidangan meja bulat. ada yang kakinya di atas meja. ada yang sedang conteng meja. ada juga yang tidur. wow! macam-macam ada. bila masuk, saya memang berdebar. apa yang saya nak buat dengan diorang ni. lepas bagi salam dan perkenalkan diri, saya tanya mereka, "awak nak belajar tak?" dan dengan yakinnya mereka menjawab serentak, "tak nak!" hmm..sudah dijangka. "habis tu awak nak buat apa?" tanya saya. "kita berbual saja la cikgu." jawab salah seorang dari mereka. ok. mula-mula, saya minta mereka introduce nama masing-masing. nickname saje. sewaktu introduce diri, memang bising. mereka saling ejek-mengejek. ada anak sultan ismail, ada tauke ikan, ada tauke carpet dari bangladesh dan macam-macam lagi. saya cuma senyum saja. saya bagitaw mereka, tauke ikan dengan tauke carpet pun boleh kaya taw. terus saja mereka bersorak memanggil dua pelajar tadi dengan anak orang kaya pula. haha. macam-macam lah korang.

habis sesi introduce diri, sesi soal jawab tentang diri saya pula. macam-macam soalan mereka tanya: nama, result spm, result pmr, result upsr. ada jugak yang tanya result tadika. hahah. memang melalut la korang. lepas tu soalan biasa-biasa lah macam rumah kat mana, tarikh lahir. dan oh, mereka sangat terkejut bila saya mengaku yang saya ini berumur 19 tahun. tiba-tiba saja ada pelajar lelaki yang mengajak saya keluar pasar malam dengan dia petang ni. haha. kemudian, ditanya pula soalan-soalan cepu mas. "cikgu da kawen?" "belum." "bila cikgu nak kawen?" "nanti da sampai jodoh." "bila nak sampai jodoh?" "err...bila ada orang datang meminang lah. hehehe." masing-masing senyum. mungkin berpuas hati dengan jawapan yang diberikan. hahaha.

sebab ni kelas bahasa inggeris, saya tak nak totally buang masa dengan mereka. saya minta mereka tanya apa saja perkataan yang mereka nak taw dalam bahasa inggeris. ada yang bertanya, "apa itu revolusi?" "revolution." "kasut yang kotor?" "the dirty shoes." "merosakkan harta benda awam?" "vandalisme." "what is your name?" "my name is fatin marini." tiba-tiba, ada pelajar lelaki di tengah-tengah kelas bangun dan bertanya, "cikgu, boyfriend tu apa?" "err..boyfriend tu..." "teman lelaki la!" jerit rakan-rakannya yang berada di belakang. tiba-tiba kelas jadi hidup. pelajar lelaki yang sedikt nakal mula membocorkan rahsia kawan-kawannya kepada saya. kecoh satu kelas. kemudian, ada seorang pelajar perempuan pula bertanya, "cikgu da ada boifren ke?" dan saya cuma senyum saja. birlah rahsia. ;)

1.10 p.m., loceng berbunyi. lepas bagi ucapan terima kasih, mereka keluar meninggalkan kelas. saya jadi orang yang terakhir keluar. dalam perjalanan ke bilik guru, ada pelajar berseloroh dengan saya, "cikgu ada boyfriend tak? kalau takde, meh saya hantar balik rumah. saya bawak kereta sendiri." haha. saya cuma mampu gelak dalam hati.

Tuesday, March 2, 2010

kenapa rasa macam ni ek?

dua tiga hari ni, saya rasa jauh sangat dari kamu.
tak taw kenapa.
tapi saya rasa jauh dengan kamu.
bukan jauh sebab jarak.
tapi jauh hati.
rasa macam merajuk dengan kamu.
terasa macam ada sesuatu yang kurang antara kita sekarang.
apa dia?
saya tak taw.
takpe.
biar saya merajuk sendiri.
tidak penting untuk kamu pujuk saya.
serius.
kerana ini bukan salah kamu.
ini salah saya.
salah hati saya yang mengada-ngada.
nanti ok lah ia.
hurm.. apa saja lah.

Monday, March 1, 2010

cikgu form berapa?

assalamualaikum.
:D

ini ayat-ayat yang diucapkan para pelajar kepada saya hari ini:

1. ayat biasa dengar

# assalamualaikum cikgu. *muka blur*
jawab salam. *senyum biasa*
# assalamualaikum cikgu. *senyum biasa*
jawab salam. *senyum biasa*
# assalamualaikum cikgu. *senyum lebar sampai telinga*
erk. apakah?
# hai cikgu.
amboi.
boleh hai2 lagi. suka hati kamulah.
# hai kak!
ahaha. yang ini lagilah.
# err..ni cikgu ke?
huhu. da pakai camni tak nampak macam cikgu lagi ke?

2. ayat kurang biasa dengar
# baju akak cantik.
credit untuk mama akak. hik. :D
# cikgu ni cantik.
ahaha. awak buat cikgu segan.
# cikgu, jadi kakak angkat saya boleh?
err..sorry, cikgu tade bakat.
# phewwitt..cikgu ross tu~
grr..yang ni..saya report abah baru taw. x(

3. ayat luar biasa dengar
# cikgu form berapa?
erk. terkedu saya.