dulu kita pernah senyum bahagia bersama.
itu dulu.
dulu kita pernah menangis sedih bersama.
itu dulu.
dulu kita pernah ketawa riang bersama.
itu dulu.
dulu kita pernah diam luka bersama.
itu dulu.
dulu kita kongsi cerita suka duka bersama.
itu dulu.
dulu kita harung pahit manis hidup bersama.
itu dulu.
sekarang.
kamu dengan hidup mu.
dan aku dengan hidup ku.
jalan hidup yang kita susuri sekarang adalah berbeza.
aku sudah jauh meninggalkanmu.
tapi kenapa kamu masih berdiri di persimpangan itu menunggu aku?
maju lah.
demi kebaikan.
ingat apa yang ku katakan dulu.
semuanya adalah untuk kebaikan mu.
kamu hanya memahami makna yang tersurat di sebalik setiap perkataan ku.
mungkin sebab itu kamu tidak dapat menerima hakikat kehilanganku.
kamu fikir aku sedih.
kamu fikir aku kecewa.
kamu fikir aku terluka.
seperti kamu.
tapi maaf.
aku tidak kecewa.
aku tidak terluka.
aku tahu pilihan ku itu yang terbaik buat kita.
salah aku.
kerana tidak menjelaskan maksud yang sebenarnya.
tapi aku harus tetap merahsiakannya.
cukuplah menyakiti kamu sekali sahaja.
kamu seorang yang terlalu baik untuk aku lukakan hatinya.
aku sedih dengan mimpi ngeri yang aku hadiahkan kepadamu.
tapi aku lebih sedih jika aku terus menghadiahkan senyum bahagia palsu kepadamu.
kamu mungkin baca coretan ini.
mungkin juga tidak.
lama diam aku menyepi.
tapi aku tidak pernah lupa ini.
ucapan selamat ini sengaja aku lambat-lambatkan.
agar kamu tidak terus mengharapkan yang terbaik dari aku.
kerana jelas masih banyak gadis yang lebih baik untuk senyum bahagia, menangis sedih, ketawa riang dan berdiam luka bersama kamu.
akhir kata, selamat hari jadi kamu. (05032010)
moga bahagia biar tiada aku dalam hidup mu.
oh, selamat buang aku jauh-jauh juga ya.
jangan pernah sayang atau tunggu aku lagi ya.
selamat maju ke hadapan.
percayalah, ada yang sedang menunggu mu beberapa langkah dari sekarang.
:)
No comments:
Post a Comment