Thursday, March 4, 2010

saya.

saya adalah seorang saya.
saya tak akan pernah jadi macam dia. atau dia. atau dia.
kerana 18 tahun saya hidup, saya hidup dengan cara saya.
berpaksikan kepada kepercayaan saya, prinsip saya, serta apa yang diajarkan kepada saya.
sewaktu kecil dulu, saya rasa amat kerdil.
terasa diri penuh dengan pelbagai kekurangan.
saya sentiasa cuba bentuk diri untuk jadi macam orang lain.
macam orang itu. orang itu. atau orang itu.
tapi saya tak pernah berjaya.
akhirnya saya sedar juga.
mereka adalah mereka.
kami tidak sama.
dan tidak akan pernah sama.
kerana Tuhan menciptakan manusia itu dengan sifat yang berbeza sebagai tanda kekuasaan-Nya.
hari ini.
saya berdiri sebagai diri saya sendiri.
apa yang kamu lihat itulah cerminan wajah asli saya.
saya tidak pernah cuba berselindung di sebalik identiti sesiapa.
saya tidak hipokrit.
kalau kamu nampak wajah saya ada seratus rupa, yang seratus rupa itu semuanya adalah saya.
ya.
saya manusia dengan wajah seratus rupa.
sikap berubah seiring persekitaran.
bukan saya tidak tegar.
tapi itu memang saya.
saya akan jadi seperti apa yang ada di sekitar saya.
tapi saya tidak mengikut mereka.
saya cuma jadi apa yang ingin saya jadi tatkala saya berhadapan dengan mereka.
saya bentuk identiti berbeza bagi setiap persekitaran berbeza.
kalau bagi kamu itu adalah hipokrit, terserah.
itu memang cara saya.
cara saya untuk terus survive di dunia yang bermacam rupa.
cara saya untuk adapt dengan masyarakat yang bertingkah caranya.
kalau kamu tidak dapat merima cara saya, tidak mengapa.
saya tidak berhak menolak kamu.
kerana manusia itu memang berbeza.
saya faham itu.
dan saya harap kamu juga faham itu.


nota kaki: jikalau saya khilaf, betulkan saya dengan cara yang aman.
kerana saya juga faham kalau manusia itu tiada yang
sempurna. termasuk saya. dan cara saya. :)

No comments: