Friday, July 22, 2011

kecamuk jiwa.

assalamualaikum.

hari ini adalah hari hati berombak, fikiran berkecamuk dan hari menumpahkan air mata.
bukan salah sesiapa,
cuma kecewa dengan diri sendiri.

.

tadi, saya terjumpa kunci hati seseorang
yang membawa saya menyelam jauh ke dasar hatinya.
Allah, tidak pernah saya tahu itu persepsinya tentang hidup selama ini.
kalau sahaja saya tahu sebelum ini,
kalau.

.

saya mula muhasabah diri.
apakah saya ini seorang yang sangat peka diri, 
sehingga buta pada keberadaan orang sekeliling di dekat saya?
atau mungkin,
adakah saya ini seorang yang terlalu banyak mencintai manusia
sehingga tidak terpamer rasa itu secukupnya pada setiap individu yang memerlukan?

entah, saya tak punya jawapan.

.

apa yang saya tahu,
esok harus ada penambahbaikan.
mula belajar membina tsiqah dengan yang tersayang.
dan belajar menunjukkan kasihsayang secukupnya, dengan cara yang sepatutnya.
material bukan selalu berjaya membeli cinta -
saya harus ingat ini.

3 comments:

ibnuismail said...

alhamdulillah...^_^

Q. M. said...

jangan begini sayanggg...
i mishhhh u muchosss! T___T

ps: tibe2 terasa seakan mo menangis

fatinmarini said...

fiizi:
:)

omma:
omma, sudah okay. no worries. :DD
i miss u tooooo!

oh no! bakpo omma pulop nak tiok ni? huhu.