assalamualaikum.
ini cuma tulisan ringkas.
kesedaran akan betapa payahnya menjadi murabbi
meski mad'unya cuma adikadik sendiri.
serius, payah sehinggakan saya mahu membaca buku psikologi.
meluah rasa kepada naqibah saya usai tazkirah online.
katanya:
tak perlu baca buku psikologi.
lebih baik saya berusaha mencerna dan menghadam Kalamullah juga hadishadis nabi.
rahsia penyejuk penawar hati semuanya terhimpun di sana.
hurm, mogamoga saja saya ketemu hikmat penambat hati nanti.
ah, bunyinya seakan saya terlalu memandang usaha sendiri.
padahal hidayah itukan Dia yang beri.
bukan begitu.
saya cuma mahu berusaha sedaya mampu.
agar pada hujung sana nanti,
tidak ada ruang untuk saya kesali.
oh, tibatiba saya teringat.
ada seseorang cakap dakwah fardhiyah perlukan seni.
err, seni yang macam mana tu ya?
:x
p/s:
bukan cuma menjadi murabbi itu payah,
mahu membentuk diri menjadi murabbi juga payah.
p/s::
kepayahan menjadi murabbi buat saya lebih menghargai
murabbiahmurabbiah saya sebelum ini. saya tahu banyak
yang telah mereka korbankan untuk menarik saya ke jalan ini.
k.mimi, miss yati dan k. mira,
jazakumullahu khairan katheera.
:')
3 comments:
Sangat setuju..
menjadi murabbi itu tidak mudah..
dengan kelemahan yang ada pada diri dan ketidakbiasaan yang tidak dibiasakan...
tapi insya-ALLAH tidak mustahil untuk menjadi murabbi..andai ada usaha,doa dan tawakal pada-NYA.
Saya memang sentiasa merindui murabbiyah pertama saya..jika tidak kerana dia, saya tidak akan berada di sini pada hari ini..
Murabbiyah-murabbiyah yang lain juga. Jazakumullahu khairan kathiran buat semua.
nadzipah, mungkin awak boleh ajarkan pada saya seni DF itu? hee.
ngaa~saya pun masih belajar lagi fatin..huhu
insya-ALLAH mulakan dengan ta'aruf yang berpanjangan..
bina tsiqah..
Post a Comment