Saturday, December 12, 2009

deep, ni ha update. :p

assalamualaikum.

huhu. lama x update blog. bukannya saya sibuk sangat. eh, tak..saya memang sibuk..tapi sibuk dengan aktiviti yg tak berfaedah. on9, makan, tdo. memang takde benda lain saya buat hari-hari kebelakangan ni. jangan tiru aksi ini okay? gaya hidup yang teruk. sampai kan beberapa hari lepas mama kata camni, "ada ke orang nak meminang anak sulung mama ni?" hahaha. saya gelak sendiri. risau pulak dia. saya okay je. perjalanan masih jauh. plus nak kasi can pada kakak saya yang da tak sabar2 nak naik pelamin tu - deep adeeba. heh. ;p

oleh sebab mama da tegur, saya pun memalaskan diri untuk on9 dan pada masa yang sama merajinkan diri meluangkan lebih masa bersama mama dan buat apa sahaja aktiviti yang dilakukannya. opps, panjangnya ayat. tapi korang faham kan? heheh. perkara pertama yang kami buat semalam adalah face massage. memang sangat seronok. dan terasa dimanjakan. haha. saya nampak ikah jealous. tapi, hey, kanak-kanak mana boley pakai mekap yg segala bagai ni. nanti rosak muka tu. huhu.

habis sesi mekap2, mama tengok tv. saya tak minat tengok tv. lalu saya kembali pada laptop kesayangan saya. sambung main cafe world. ini adalah addiction terbaru saya. kepada hafiz, sekarang saya angkat bendera putih. game ni memang addictive. terima kasih kepada k.Qist. dia la yang mempengaruhi saya main game ni. huhu. tak patut sungguh. sanggup berjaga sampai 3 pagi tunggu makanan masak. kalau saya baca buku kan bagus. entah bila nak sedar. eh..tak..da agak sedar sekarang. LOTF da baca half way. tapi 17 essay tu tak bersentuh pun lagi. oh, tolong lah...

kemudian tiba waktu untuk masuk dapur. yeay, saya suka masuk dapur sekarang. seriously, tak tipu..masak-masak dan kemas dapur memang sangat menyeronokkan. dan semalam adalah pertama kali dalam hidup, saya belajar potong ayam. huk. ngeri. kesian ayam tu. hampir hancur. nasib baik nak dibuat bahan mee goreng. jadi, mama tade la kisah sangat. plus, itu adalah percubaan pertama. first time would rarely be perfect. oh, adakah?

petang, ke rumah maktok (nenek sebelah abah). tok ayah kata saya nampak kurus. haha. gelak sendiri. time kat kl hari tu tak lalu makan. memang la kurus. lepas ni gemok balik. huhu. lama di rumah maktok. dari waktu lepas asar sampai la lepas isyak. solat maghrib dan isyak jemaah dengan mereka. seronok lagi. lama da solat jemaah dengan mereka. saya suka tok ayah jadi imam. nak cari suami macam dia la. da tua2 nanti bila da tak larat nak g masjid, boley jemaah dalam rumah je. macam tok ayah dan maktok, even terawih pun dalam rumah masa ramadhan. kan senang tu.

balik rumah, mama tengok tv je. lalu saya pun sambung lepak depan laptop layan cafe world. ish, tensyen jugak men game ni. lepas makanan masak, saya pun tdo dengan nyenyaknya. sampai tak tereply msg ejat. dia kol pun saya tak sedar kot. haha. sorry..

jadi begitulah berakhirnya hari saya semalam. pergh, panjang btol entry ni. macam descriptive essay la pulak. harap deep mampu bertahan smpai ending. so, deep..aku da update ni. best x citer aku? hee.. :D

p/s:
*tiada special entry utk prev. vacation sbb ianya sangat MEMBOSANKAN.
*post raya haji pun x jadi jugak. da basi da kot citer 2. ta payah la.
*sebenarnya saya ada menulis. tapi saya draf kan entry2 2. rasa macam tak sesuai je.

4 comments:

.deep©. said...

hahahaha


ak dapat bertahan sampai ke akhir..
mwahahahaha

eh3
mention nm ejat lah..
kah3

:P

Shahril said...

deep julus..
gagaaga

Shahril said...
This comment has been removed by the author.
.deep©. said...

hahahaha..
xde maknenya nk julus ke jeles ke..

kwang3