Saturday, December 26, 2009

bomoh situ sana sini.

kenapa manusia jumpa bomoh?

a) mengubat penyakit
b) minta pendinding
c) nak pakai susuk
d) nak bomohkan orang lain
e) saya tak taw apa lagi dah sebab saya tak pnah pun g jmpa bomoh

.
.

ok, saya taw. ini topik yang sangat kritikal. silap bicara, boleh binasa. tapi, saya memang nak tulis jugak pendapat peribadi saya tentang hal ni - kenapa manusia jumpa bomoh sebab (d)?

kalau manusia pergi jumpa bomoh untuk tujuan d:nak bomohkan orang lain, itu memang adalah sangat-sangat negatif. kenapa nak bomohkan dia? kenapa nak guna sihir segala? dia ada buat jahat dengan awak ea? tapi, Tuhan kan ada. Dia kan adil. yang baik, dibalas baik. yang jahat, dibalas jahat. kalau tidak di dunia, di akhirat nanti dia akan kena juga. jadi, tak rugi pun kalau awak tak bomohkan dia. tapi, awak akan dapat balasan lagi teruk jika awak bomohkan dia sedangkan dia tak pernah pun nak kacau hidup awak. kenapa awak nak bomohkan dia ek? nak buat dia jatuh cinta dengan awak ea? dan kemudian nak amek dia jadi isteri/suami ea? tapi cuba awak fikir balik. best ke macam tu? orang lain berkasih sayang secara ikhlas. tapi awak dan pasangan? urgh..fikir la sendiri. ada juga orang yang bomohkan orang lain sebab dengki dengan kejayaan mereka. oh, awak-awak yang buat begini, ketahuilah bahawa perbuatan sebegini adalah sangat buruk. kalau awak bomohkan seseorang untuk dibuat pasangan hidup, ada juga nampak untungnya di pihak awak. walaupun ianya salah, at least awak dapat suami/isteri. tapi, jika awak bomohkan dia semata-mata kerana awak dengki kan dia, apa yang awak dapat? gembira ek tengok orang lain jatuh? seronok ea tengok orang lain gagal? puas hati ea kalau dapat taw manusia yang berjaya tu sekarang sudah tak berdaya sebab asyik sakit pagi dan petang? oh, kalau jawapan awak bagi semua soalan di atas adalah ya, awak memang manusia yang sangat p.a.t.h.e.t.i.c. = pathetic. sudah lah awak ni hati busuk sebab dengkikan orang secara negatif. kemudian terserlah pula sikap hati batu awak bila awak senang melihat kesedihan/kegagalan/keperitan hidup orang lain. huhu. kesian sungguh pada awak kerana punya hati begitu. sudahlah. masing-masing sudah dewasa. (tidak mungkin kanak-kanak 5 tahun pergi jumpa bomoh untuk bomohkan kawannya) punya otak, punya akal. sudah mampu berfikir secara rasional. sudah taw mana baik dan mana buruk.
INSAFLAH.


3 comments:

Anonymous said...

hohoho..ak sokom..

sbb femli ak slalu je kne..

huk3 :(

fatinmarini said...

huhu. menyampah btol dgn kewujudan golongan berfikiran cetek cmni. kn?

Anonymous said...

yesssss..!