Sunday, December 27, 2009

mama saya pesan..

mama saya pesan..
anak gadis harus jadi macam merpati.
senang didekati.
tapi bila cuba ditangkap,
ia akan lari.

mama saya pesan..
anak gadis harus baik budi pekerti.
akhlak dijaga.
maruah dipelihara.

mama saya pesan..
anak gadis harus menjaga pergaulan.
berkawan biar ramai.
tapi masih ada batasan.

mama saya pesan..
anak gadis harus berdikari.
hidup ini memang banyak cabaran.
tapi selagi benyawa,
jangan pernah putus asa.

mama saya pesan..
dunia itu memang indah..
tapi akhirat lebih indah..
oleh itu, kejarlah keindahannya secara selari.
untuk mendapat kebahagiaan yang hakiki.

5 comments:

Anonymous said...

betul tu akhirat dan dunia perlu dselarikan tp xramai yg mampu wat camtu.ada ketika juga kehidupan ni berubah2 umpama pertukaran malam dan siang juga tepian pantai yg berombak. m'nusia ada ketika terleka dlm perubhan2 ini. ada kala mereka mampu berjaya menongkah semua ini tapi bnyak kali juga tersungkur menyembah bumi. tp yg pnting smngat utk bngun kmbali. hnya perlu ingat Allah ada, Dia melihat juga mengetahui.

Shahril said...

er...
masalahnye..
kamu bukan seorang gadis...
huahuahuahuha

.deep©. said...

waaaaaahhhhh..bagus3


mmbuatkan ak terpk..wee~

safwan said...

i love da last para..

:-D

aPpLePiE said...

anonymous:
well said. :)
btw, who r u?

charil:
sudah 18.
means sudah jadi gadis. :p

deep:
moga ko pun mendapat manfaat drpd pesan mama ku. hee~ :D

safwan:
yes2. i like it too. the most important advice of all.