Saturday, December 12, 2009

highlight of the day.

alhamdulillah. akhirnya, waktu-waktu getir telah berlalu. dan kini, aku terasa kembali bernafas. terasa seakan hidup yang benar-benar hidup. sebelumnya, aku hidup. tapi hati aku mati. rasa aku mati. dan jiwa aku kosong. kekosongan yang aku rasa inilah yang membunuh segala keseronokanku semasa bercuti minggu lalu. dalam masa seminggu saja, aku kehilangan lebih drpd 3kg. hilang selera makan secara serius. selera untuk shopping juga. huh! mujur ada deep. dia yg jadi pelita buat aku kala hidup bertukar kelabu. hampir setiap hari aku menelefonnya. aku curi masanya lebih drpd sejam sehari kadangkala. tapi dia tak kisah. aku sangat menghargai hal itu. terima kasih deep. aku sayang kau smpai bila-bila. :)

seminggu lepas memang sangat memeritkan. banyak konflik dalaman yang aku hadapi. sehinggalah semalam, hari-hari yang kelabu nampak sedikit berwarna-warni apabila aku habiskan banyak masa dengan keluarga. untuk meceriakan lagi diri sendiri, aku decide untuk hang out di kb mall hari ni. sepatutnya aku keluar dengan seseorang. tapi tak jadi. tak pe lah. lebih bagus kerana sememangnya aku dari awal lagi berniat untuk keluar seorang diri. mahu meluangkan masa untuk diri sendiri. abah drop aku di kb mall lebih kurang dalam pukul 11.30 a.m. lalu berjalanlah aku seorang diri dengan arah tujuan. mula-mula gi atm, kemudian maxis. lepas tu pet shop. lepas tu kedai-kedai kasut. kemudian kedai-kedai baju. lepas tu kedai-kedai buku. eh, tak..kedai buku je. heh. meskipun banyak kedai aku pergi, tapi aku tak de la shopping sangat pun sebab memang dari awal lagi berniat untuk window shopping je. bila aku menghadapi masalah ke-tidak-stabil-an emosi, terdapat dua perkara yang boleh jadi terapi terbaik aku. menyanyi sesuka hati sorang diri dan window shopping. dua hal ni memang buat aku rasa alive. window shopping tu la sebab aku rasa lepas bebas bernafas hari ni.

lagi perkara yang buat aku rasa lebih hidup hari ni adalah sesi lepak dengan family di mcD. gred A buat abah yang bagi cadangan tu. walaupun aku dibuli untuk membelanja kami sekeluarga, aku tak kisah. tak ke mananya duit aku bulan ni. lalu melepak lah kami di mcD selama lebih sejam. seronok jugak berbual dengan mamaabah. terasa mereka macam kawan aku. rasa macam sedang lepak dgn deep dan sharil je. lol.

dengan perkara-perkara yang berlaku hari ini, aku benar-benar rasa hidup kembali. esok, tiada lagi awan mendung dapat menyelebungi hidupku. aku jamin tentang hal itu. lusa, aku tak taw lagi. tunggu dan lihat saja lah k.

6 comments:

.deep©. said...

hoho..
terharu mehhh

ak [heart] kamu jugaaa~

cmne laa lpak ngn mamaabah
jadi cam lpak ngn ak n charyll..

hak3

macam3

DoDu@HaHA said...

fuh.. frasa hebat...

"window shopping tu la sebab aku rasa lepas bebas bernafas hari ni."

addicted atau daa jadi keperluan neyH??

aPpLePiE said...

deep:
haha..seyes..kami ckp dan gelak ketawa mcm mcD 2 kami yg punya..ahaha. mcm yg kte slalu buat kat simpang 2 la..cakap dan gelak ketawa macam simpang 2 kte yg punya..heh. ;D

bro:
haha. xtaw~ natural mungkin. heheh.

asyraf said...

window shopping o widow shopping,,, hehe

aPpLePiE said...

asyraf:
walaupun saya single, saya ta penah lagi widow shopping. heheh

asyraf said...

ngeee,,, single?? ke singlet??
hehe...