Wednesday, March 3, 2010

cikgu, boifren tu apa?

assalamualaikum.

selepas 2 hari yang bosan, hari ke-4 sbe saya jadi hari yang sangat hectic. saya ada 3 kelas relief, hampir 4 jam kesemuanya. fuh2! tarik nafas panjang saya bila dapat jadual pagi tadi. kelas pertama mula awal-awal pagi lagi - 7.35 a.m. dan kelas terakhir berakhir pada jam 1.10 p.m. phew~ kali ni saya nak cerita tentang kisah pelajar 2 usaha, kelas ketiga yang perlu saya relief.

pukul 12, kelas 2 usaha. yang ini, ada guru yang bagi warning awal-awal lagi pada saya. ini memang kelas pelajar nakal. bila saya masuk, macam-macam gelagat pelajar dalam kelas itu. sekumpulan pelajar lelaki sedang buat persidangan meja bulat. ada yang kakinya di atas meja. ada yang sedang conteng meja. ada juga yang tidur. wow! macam-macam ada. bila masuk, saya memang berdebar. apa yang saya nak buat dengan diorang ni. lepas bagi salam dan perkenalkan diri, saya tanya mereka, "awak nak belajar tak?" dan dengan yakinnya mereka menjawab serentak, "tak nak!" hmm..sudah dijangka. "habis tu awak nak buat apa?" tanya saya. "kita berbual saja la cikgu." jawab salah seorang dari mereka. ok. mula-mula, saya minta mereka introduce nama masing-masing. nickname saje. sewaktu introduce diri, memang bising. mereka saling ejek-mengejek. ada anak sultan ismail, ada tauke ikan, ada tauke carpet dari bangladesh dan macam-macam lagi. saya cuma senyum saja. saya bagitaw mereka, tauke ikan dengan tauke carpet pun boleh kaya taw. terus saja mereka bersorak memanggil dua pelajar tadi dengan anak orang kaya pula. haha. macam-macam lah korang.

habis sesi introduce diri, sesi soal jawab tentang diri saya pula. macam-macam soalan mereka tanya: nama, result spm, result pmr, result upsr. ada jugak yang tanya result tadika. hahah. memang melalut la korang. lepas tu soalan biasa-biasa lah macam rumah kat mana, tarikh lahir. dan oh, mereka sangat terkejut bila saya mengaku yang saya ini berumur 19 tahun. tiba-tiba saja ada pelajar lelaki yang mengajak saya keluar pasar malam dengan dia petang ni. haha. kemudian, ditanya pula soalan-soalan cepu mas. "cikgu da kawen?" "belum." "bila cikgu nak kawen?" "nanti da sampai jodoh." "bila nak sampai jodoh?" "err...bila ada orang datang meminang lah. hehehe." masing-masing senyum. mungkin berpuas hati dengan jawapan yang diberikan. hahaha.

sebab ni kelas bahasa inggeris, saya tak nak totally buang masa dengan mereka. saya minta mereka tanya apa saja perkataan yang mereka nak taw dalam bahasa inggeris. ada yang bertanya, "apa itu revolusi?" "revolution." "kasut yang kotor?" "the dirty shoes." "merosakkan harta benda awam?" "vandalisme." "what is your name?" "my name is fatin marini." tiba-tiba, ada pelajar lelaki di tengah-tengah kelas bangun dan bertanya, "cikgu, boyfriend tu apa?" "err..boyfriend tu..." "teman lelaki la!" jerit rakan-rakannya yang berada di belakang. tiba-tiba kelas jadi hidup. pelajar lelaki yang sedikt nakal mula membocorkan rahsia kawan-kawannya kepada saya. kecoh satu kelas. kemudian, ada seorang pelajar perempuan pula bertanya, "cikgu da ada boifren ke?" dan saya cuma senyum saja. birlah rahsia. ;)

1.10 p.m., loceng berbunyi. lepas bagi ucapan terima kasih, mereka keluar meninggalkan kelas. saya jadi orang yang terakhir keluar. dalam perjalanan ke bilik guru, ada pelajar berseloroh dengan saya, "cikgu ada boyfriend tak? kalau takde, meh saya hantar balik rumah. saya bawak kereta sendiri." haha. saya cuma mampu gelak dalam hati.

2 comments:

zulhelmi said...

huhu best lak baca kisah cikgu ni :)

Nako Abdullah said...

u see, tho it they are really hard to deal with but at times they are fun.
kids.. :))