Tuhan,
aku mohon diberi kekuatan
pada hati yang rapuh.
bila-bila saja iman ini bisa runtuh.
kerana binaannya masih belum utuh.
Tuhan,
aku mohon diberi kegagahan,
untuk mendepani segala dugaan,
yang berat mahupun ringan,
yang bertalu singgah dalam kehidupan.
Tuhan,
hantarkan padaku kekuatan,
dan kegagahan itu,
dalam wajah seorang insan,
bernama TEMAN.
Teman,
teruskan memberi sokongan,
untuk aku teguh berdiri pada jalan ini.
jangan pernah biar aku sendiri,
bimbang akan tersasar lagi.
No comments:
Post a Comment