Thursday, November 4, 2010

KSE. lagi dan lagi dan lagi.

assalamualaikum.

kebelakangan ini, KSE melanda dengan pesat sekali. [erm. maaf kan bm yang sudah robek ini. erk.] entah apa maw nya hati. buat apa saja, semuanya serba kurang. sudah dapat oksigen perisa malaysia pun, hati masih tak tenang. entah apa maw nya hati.

kehidupan di bumi asing ini hambar bagi saya. harihari buat aktiviti yang sama juga:
bangun pagi.
pergi kelas.
balik rumah.
masak masak.
makan tengah hari.
basuh pinggan mangkuk.
melepak di alam maya.
buka buku, belajar sikitsikit.
lalu tidur.
dan bangun balik. dan ulang proses yang sama.

cuma weekend saja buat aktiviti yang berbeza. selalunya berjaulah. ke birm. ke london. dan minggu ni ke nottingham. entah minggu depan ke mana pula takdir nak bawa saya agaknya.

semenjak naik pangkat jadi perantau, emosi memang tidak tentu arah. zahir nampak tenang, tapi jiwa parah amat. kacau. sangat kacau. hari tu, fikirnya penyakit jiwa ini sudah sembuh. tapi penyakit yang membarah azalinya memang payah nak sembuh kan? dan ternyata, memang tak sembuh lagi.

entah apa maw nya hati. kusut juga bila fikir. maklum saja, semua serba tak kena.

saya rindu marini yang dulu. marini yang harmoni jiwanya, tenteram hatinya.

Tuhan, mohon dikembalikan saya yang dulu: yang kuat dan tenang itu.

2 comments:

Anonymous said...

kenapakah yangg??

.adib.

Anonymous said...

fatin yg dlu..