Monday, November 8, 2010

simpan saja.


bukan aku tidak punya rasa,
namun sengaja aku simpan semua,
biar jadi rahsia,
antara aku dan Dia.

diluah takut khilaf,
diucap takut leka,
jadi biarkan saja,
rasa itu pada tanganNya.

percaya aku,
rasa itu belum lagi mati,
malah tambah indah bilamana
didokong oleh iman,
dibajai dengan taqwa,
dihias dengan ikhlas dan redha.

beri ruang pada ku,
untuk membentuk rasa ini sesempurnya,
semoga jadi hadiah paling indah
buat dia yang punya hak,
juga Dia Yang Paling Berhak.

2 comments:

Shahril said...

LIKE!

Anonymous said...

wonderful (^_^)

~insyaAllah lelaki yang baik utk wanita yg baik !


~kak erma ~