assalamualaikum. :)
beberapa hari lalu saya ada menulis tentang alignment hidup saya yg sudah menjauh lari. saat menulis, saya bermuhasabah diri - merenung kembali apa yg kurang dan apa yg lebih dalam perbuatan saya sehari2. kenapa saya merenung perbuatan? kerana setiap perbuatan merupakan refleksi peribadi yg terbaik. orang yg buat begitu, begini sifatnya. dan orang yg buat begini, begitu pula sifatnya. benar kan?
setelah seharian saya berfikir, saya menemui jawapan bagi banyak perkara yg menyerabutkan hidup saya. saya sudah menemui persimpangan untuk keluar dari dunia yg aneh ini. dan sememangnya saya telah pun bertatih keluar dari tempat yg telah memutasikan personaliti saya. kenapa saya bertatih; tidak berjalan atau berlari? kerana saya takut rebah. saya takut saya akan tersungkur dan tidak mampu bangkit lagi. oleh itu, saya ambil keputusan untuk bertatih. biar lambat, asal selamat.
meskipun sy masih jauh dari landasan asal yg saya tuju, ketenangan hati yg saya cari semakin hampir dengan saya. gunung ego itu telah saya runtuh kan. dan saya sudah belajar untuk berani menyingkap kebenaran yg pahit.
hidup saya semakin normal. otak masih rajin berfikir, tapi fikiran saya tidak lagi sekusut dulu. hati pula jelas semakin tenang dan jiwa saya sudah tenteram. saya gembira sekarang. perjalanan membetulkan alignment hidup akan saya teruskan sehingga tiba saat itu. saat di mana saya merasakan dunia saya sudah sempurna dan ketenangan hati sudah menjadi milik saya yg abadi.
No comments:
Post a Comment