hidup saya agak kacau sekarang. salah siapa? hurm. saya tidak maw lg menunding jari kepada sesiapa. satu jari saya tunding ke arah mereka, empat jari lagi menunjuk ke arah saya. jadi, sudah jelas kan siapa yang salah? ternyata saya.
alignment hidup saya sudah lari. ke mana? entah. jangan ditanya. sebab saya sendiri juga tidak taw. apa yang saya taw hidup sy sudah kacau bilau. semuanya sudah tidak macam dulu lagi. saya semakin jauh dari landasan yang betul. fikiran resah dan hati berkeluh kesah. jiwa saya tidak tenteram. terlalu byk perkara yg berubah sehinggakan saya tidak mampu lg menyesuaikan diri dalam dunia yg aneh ini.
saya maw keluar dari dunia ini. terlalu banyak lakonan dan kepura2an dalam dunia ini. sy tidak lg menjadi diri saya yg dulu. dalam dunia baru ini, ego sy menggunung tinggi. banyak keputusan dibuat kerana kepentingan diri. kadang kala wujud juga sifat iri hati. huhuh. sy benci diri sy yg ini. sy rindu pada diri sy yg dulu. sy rindu pada diri sy yg lebih lembut hatinya dan halus sifatnya.
masih ada hari untuk sy berubah, untuk sy betulkan kembali alignment hidup sy yg menjauh lari. doa saya, semoga hari esok akan menjadi lebih baik dari hari ini. dan ketenangan hati menjadi milik sy yg abadi.
No comments:
Post a Comment