oh, lama sungguh x update blog. rindu. rindu. rindu. hee~
update 1:
saya sudah bebas dari assignment-assignment yg menekan jiwa itu. tidak bebas sepenuhnya kerana masih berbaki dua tasks untuk english study - play dan juga reflection. staging play itu akan diadakan malam esok. saya harap kami dapat melakukan yg terbaik. full-dressed rehearsal tadi macam okay saje. cuma jangka waktu play yg mencapai dua jam setengah itu buat saya mengantuk. huhu~ lalu, dgn penuh rasa tidak bertanggungjawab, saya curi2 tidur di bahagian atas gymnasium bersama fara dan deeba sewaktu act 4. saat kami sedar, audience sudah bertepuk tangan dan lampu sudah dipasang. (maksudnya, play itu sudah tamat.) oh, memang cemerlang lah!
update 2:
seorang junior saya telah meninggal dunia akibat kemalangan pada hari ahad lepas. usianya sebaya dgn saya. baru 18. awal sungguh dia pergi. saya tergamam seketika. sungguh ajal itu tidak mengira usia. teringat pula tentang rakan zaman kanak-kanak saya yg meninggal pada tahun lepas. juga akibat kemalangan. kalau dikira, ajalnya lebih awal. 17 tahun. belum pun sempat menduduki ujian spm, dia pergi menemui Tuhannya. soal kematian amat menggetarkan jiwa saya. ianya seakan terjadi pada saat yg tidak diduga. saya takut andai ajal itu tiba pada waktu di mana saya masih tidak bersedia. masih banyak kotoran dosa yg belum dihapus. dan amalan2 soleh juga masih sikit untuk ditunjuk dihadapan-Nya. doa saya semoga kita semua beroleh husnul khatimah. amin..
update 3:
jingga semakin gemuk. SANGAT GEMUK. oh ya, untuk pengetahuan org yg masih tidak tahu, jingga itu seekor hamster peliharaan fafa. hee~ dan..err..bukan sahaja jingga. tuan punya jingga juga semakin gemuk. sobs! tmbah lagi dua kg. oh!
.jingga.
1 comment:
tolong rekod yeeee.... kami nak sgt tgk play korang..
Post a Comment