Assalamualaikum.
Tuhan meguji manusia dengan bermacam cara. dan ujian diturunkan dengan pelbagai sebab. cuma Dia yang lebih mengetahui. Aku, selaku hamba yang lemah, hanya mampu berserah dan redha dengan setiap ketentuan yang telah ditetapkan olehNya.
tidak aku sangka, yang putih boleh bertukar kelabu dalam sekelip mata. tapi tidak mengapa. mungkin kelabu itu adalah lebih baik daripada putih. bersangka baiklah dengan setiap takdir Allah kerana Dia adalah Tuhan Yang Maha Bijaksana. tidak akan ditakdirkan olehNya sesuatu yang buruk bagi hambaNya kerana sesungguhnya Dia bersifat Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
saat tekad dibulatkan, hati tidak akan tidak akan tergugat lagi. katakan saja apa yang ingin kamu katakan kerana kebenaran itu hanya aku dan Dia saja yang tahu.
.
.
Firman Allah:
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
Surah Al-Baqarah, ayat 216
2 comments:
sesungguhnya ujian adalah penghapus dosa-dosa lampau kita..
redhalah.. dan tabahlah..
ko pls bwk ak sama3 ehhhh..
huu~~
ak tahu ko sgt kuat..
tabah k..
Post a Comment