salju putih itu,
mengingatkan aku tentang hakikat seorang insan.
sucinya dia waktu dilahirkan,
seputih salju di luar sana.
namun dewasanya ia berselaput dosa,
kerana hati tidak berbentengkan taqwa.
menunjukkan kepadaku
betapa berkuasanya Dia,
Yang Maha Mencipta segala.
apa sahaja yang berlaku adalah dengan kebesaranNya.
pantas saja aku harus sentiasa tunduk sujud padaNya.
salju putih di luar sana,
menunjukkan kepadaku
akan betapa indahnya dunia
diciptakan dengan kehendakNya.
yang diciptakan indah,
yang Menciptakan pastilah lebih indah.
salju putih itu,
membawa aku untuk mentafsir keindahan syurga.
bumi yang mendapat 1 peratus dari kasih sayangNya,
keseronokannya kadang kala tidak tergambar oleh kata,
lantas syurga yang melimpah ruah nikmatNya itu,
tidak tercapai akalku untuk memikirkannya.
salju putih itu,
mengajak aku untuk kembali muhasabah diri,
menarik aku untuk lebih mengenal DIa Yang Mencipta Segala,
menawan hatiku untuk lebih mencintai Dia,
mengingatkan aku tentang kerdilnya dunia untuk dibandingkan dengan syurga.
salju putih itu,
turunnya satu nikmat,
turunnya satu rahmat.
bersyukurlah aku,
kerana menjadi insan yang dipilih olehNya,
untuk melihat sendiri tandatanda kekuasaanNya.
Alhamdulillah.
1 comment:
like :D
Post a Comment