assalamualaikum.
pagi semalam untuk kali pertamanya saya merasakan saya adalah seorang 'kakak'. kenapa? begini ceritanya...
sewaktu bersiap-siap untuk ke kelas, tibatiba perasan ada miskol dari mama. eh, macam aneh la pulak mama sudah menelefon di pagi hari. sampai tiga kali pulak tu. ada rasa cuak pula dalam hati. bimbang, kalaukalau ada sesuatu telah berlaku. terus sahaja menelefon mama.
dengan suaru agakagak risau tanya khabar mama. yalah, mama sekarang tidak menentu kesihatannya. adakala hyper active. ada ketika sakit bermacam pula. mama cakap dia pening. saya tanyakan sebabnya. bersedia dengan segala teori biologi yang masih diingati yang mampu dikaitkan dengan pening. ruparupanya... "aten rasa ikah patut masuk mrsm ke tak?"
lorh. itu saja ke masalahnya? mama memang comel. heh. sampai tiga kali telefon nak tanya pendapat saya. bangga taw? tak pernahpernah mama tanyakan pendapat saya untuk urusan adikadik sebelum ini. mungkin kerana usia saya masih belasan. atau mungkin juga memang mamabah nampak saya dan adikadik sebaya saja umurnya. mama pernah cakap " adikadik semua da besar. baby pun da besar. awak tu aje yang belum." tehee. oh, well. dengan mamabah memang aten tak nak membesar. maw jadi anak manja selamanya. ahaha. boleh? :p
okay. cukup merepek. sambung cerita.
(kalau panjangpanjang yayash malas nak baca. ahaha!)
lalu, dengan tegasnya saya memberi pendapat: tidak. nada autoriti dapat dikesan di situ. mama pun bertanyakan sebabnya. lalu, dengan panjang lebarlah saya menjelaskannya berdasarkan pengalaman saya selama dua tahun di mrsm. dan juga, pengamatan saya tentang personaliti adik saya yang seakan tidak sesuai sahaja untuk dihantar ke sekolah berasrama penuh pada usia 13 tahun. kecik lagi taw? pada akhirnya, mama seakan bersetuju dengan pendapat saya. dan menyurakan hal tersebut kepada abah.
dalam perjalanan ke kelas, saya tidak dapat menghentikan diri daripada memikirkan perkara ini. saya masih menimbang tara adil atau tidak pandangan yang telah saya berikan tadi. khuatir juga kalaukalau si adik nanti menyalah ertikan keputusan saya sebagai menyekat kebebasan memilihnya. orang putih ada berkata, "two heads are better than one". lantas, saya pun membincangkan perkara ini dengan yayash. dan menurut beliau, baik sahaja diikutkan kehendak si adik. dibimbangi akan memberontak (macam kami) pula nanti.
balik dari kelas, terus sahaja menelefon mama untuk menyatakan pandangan terbaru. dan ternyata, sebelum saya memberitahu pun, mama sudah berfikiran begitu. malas nak cakap panjang, saya terus je bagitaw mama nak cakap dengan si adik. oh, bukan nak bebel. cuma nak berkongsi pengalaman: the do-s and dont-s di mrsm nanti. haha. hampir sejam juga. jenuh si adik nak mendengar. tapi, alhamdulillah. pesanan saya tak sekadar mencurahkan air ke daun keladi. bila diminta ulang, beliau ingat semuanya. :)
jadi, inilah dia senarai pesanan ikhlas seorang kakak kepada adiknya:
1. belajar basuh baju guna tangan dengan cik tipah
2. belajar lipat pakaian dengan cik tipah
3. belajar kemaskan tempat tidur
4. bawa yaasin, letak bawah bantal waktu tidur
5. bawa al-Quran, baca setiap hari sekurangkurangnya 2 mukasurat
6. cari kawan yang baik: kaki surau, bukan kaki fly, apa lagi kaki dating
7. usahakan solat 5 waktu di surau, elakkan solat di bilik
8. jangan pernah jalan sorangsorang kalau nak ke manamana, wajib berteman: PEREMPUAN
9. telefon mama setiap hari
10. belajar dengan tekun, harus fokus,
sistem pembelajaran di mrsm dengan sekolah gomen tak sama
11. jaga akhlak, jaga ikhtilat,
jangan pandai nak senyumsenyum pada teman tak sejantina,
apatah lagi berkawan tanpa urusan
12. pakai tudung besar, baju besar, baju kurung tak striking,
tapi perlu nak menonjol, nanti banyak orang usha
(untuk kali pertama saya confess mengatakan adik saya memang cantik)
13. coupling is a big no-no!
ya, ada 13 semuanya pesanan sebelum berangkat. dah sampai sana nanti, bila dah settle down, nanti aten sambung bebel lagi. okay?
pada awalnya, ada bermacam sebab yang membuatkan saya berkata tidak. satu, saya kenal sangat adik saya yang manja itu. tapi, bila difikirkan kembali, beliau lebih kebal berbanding saya dari sudut emosi. dua, saya taw dia tak pandai buat kerjakerja domestik. tapi, saya yang dahulu lagi dahsyat keadaannya daripada beliau survive juga hingga ke garisan penamat. hidup ini kan satu proses pembelajaran? tiga, beliau pendiam. err. saya pun pendiam juga asalnya. still, masih boleh survive. hee. empat, saya takut dia terlibat dengan gejala sosial (as in coupling, lepak merata sewaktu outing, etc.) tanpa pemantauan mamabah dari dekat. tapi, mrsm jeli bukannya jauh sangat pun. lima, kalau umur 13 da mula duduk asrama, boleh renggang hubungan dengan family. tapi takpe, every weekend akan spend masa dengan family. jeli dengan pasir mas tak jauh lah. enam, mama da tade anak perempuan nak teman dia kat rumah. huhuk. nanti mama bosan. kesian laaaa. tapetape. cik tipah ada. hee, buat la macam anak sendiri ya, mama?
da habis pesan bagai pada ikah semalam, pagi tadi telefon mama pula. memberi segala macam pesanan untuk kemaslahatan si adik. suruh mama belikan stok makanan sebanyak mungkin, minta bawakan iron (in case tak disediakan), suruh beli seluar track banyakbanyak, minta mama pergi jumpa bermesramesra dengan cikgu homeroomnya, pesan pada mama jangan bagi ikah pegang duit banyakbanyak, dan banyak lagi. sekali saya jadi konfius: anak saya ke adik saya yang nak masuk mrsm ni??
.gud luck, adik kecik.
p/s:
nanti kita tengok sape yang lagi dasyat homesicknya-
orang di jeli atau orang di uk?
:p