Wednesday, March 30, 2011

puisi hati.

assalamualaikum.


hati menjerit:
aku mahu lari ke hutan, ke gunung, ke tasik
untuk cari kaki pelangi.
lalu, kalian ketawa mengatakan hati gila.
walhal, kalian tidak pernah mahu cuba mendengar apa dibisik dia -
hati bisik:
aku cuma mahu pergi menyendiri,
memeluk sepi.


apa mungkin kalian mengerti?



6 comments:

you-know-who-coz-you-are-good-at-guessing-game- said...

tak perlu ke hutan, ke gunung, ke tasik untuk mencari kaki pelangi.
tunggu. akan ku bawa kamu meniti pelangi suatu masa nanti..
biar mereka ketawa, biar mereka berkata.
itu bukan halnya.
yang aku tahu, aku takkan pernah biar kau menyendiri lagi..

aku ingin kau benar-benar mengerti..

she-know-me-but-you-never-know said...

dia mungkin ingin sendiri..
dia mungkin inginkan sepi..
kerana dia tahu,
walau dimana dia berada.
Allah ada disisinya.

she-knows-you-and-i-do-think-i-know-you- said...

dia mungkin ingin sendiri, inginkan sepi..
tapi aku ingin sentiasa menemani walau di mana dia berada..
walau jauh mana jarak berbeza..
kerana aku juga ingin menumpang kasih dan rahmat yang dikurniakan padanya.

i-love-you-and-you-love-me (: said...

aku tak berpandai berkata-kata puitis,
atau mampu menulis sajak yg mampu membuat kalian menangis,
tapi aku mungkin mampu menjadi seorang sahabat,
sbgai teman suka dan duka..
aku akan cuba memahami bila engkau mahu sendiri,
tapi tatkala engkau perlukan teman,
aku akan setia menemani.. (:

p/s: susahnye nk komen ikut format peng-komen2 si atas. hee~

Shahril said...

ya Allah 2 orang nih..macam a samad said dah..ish23..hahaha

NAH said...

Assalammu'alaikum wbt

Cukuplah Allah SWT yg menjaga dan mengawasi hamba2Nya..tak perlu menumpang kasih dan rahmatNya pd sesiapa pun, kerana Dia sentiasa ada di sisi hambaNya..x perlu mengharap pd makhlukNya, tp berharaplah hnya pd Dia..manusia mmg lemah sifatnya, tp Allah maha berkuasa lagi maha sempurna.

P/s:perjalanan kita masih jauh sedangkan waktu yg kita ada semakin singkat..org yg selalu mperkatakan dan memikirkan tentang perkara2 yg kecil, tidak akan punya masa utk memikirkan dan mperkatakan perkara2 yg besar