Wednesday, March 23, 2011

memahami erti 'nikmat'.

assalamualaikum.

manusia melihat 'nikmat' melalui kacamata berbeza:
ada yang melihat kecantikan rupa sebagai nikmat,
ada pula yang menganggap kekayaan material itu nikmat,
dan ada juga yang merasa kuasa itu nikmat.
namun ada satu perkara yang seakannya sama pada kita semua:
kita sering sahaja mendefinisikan "nikmat" sebagai "segala sesuatu kebaikan atau kelebihan yang ada pada orang lain yang tidak ada pada kita".

lima tahun dahulu saya pernah menulis quotation ini di blog myspace saya:
"manusia,
dalam setiap perbezaan yang ada,
tetap kita punya sikap yang hampir serupa:
kita melihat bahagia itu seperti pelangi,
tidak pernah berada di atas kepala sendiri -
ianya sentiasa berada di atas kepala orang lain."

bahagia itu, sama seperti nikmat.
kerana bahagia itu adalah satu persepuluh (atau mungkin juga satu perseratus) daripada apa yang kita anggap sebagai nikmat.

jadi, pantas sajakan kalau quotation itu saya tukarkan kepada:
"manusia,
dalam setiap perbezaan yang ada,
tetap kita punya sikap yang hampir serupa:
kita melihat nikmat itu seperti pelangi,
tidak pernah berada di atas kepala sendiri -
ianya sentiasa berada di atas kepala orang lain.

namun,
mahu saya highlight-kan kalau kiranya qutation di atas cuma sesuai jika aspek duniawi yang jadi ukuran. manusia memang tidak akan pernah merasa puas bilamana semua perkara keduniaan dijadikan matlamat hidup. hal ini demikian kerana dunia itu akan sentiasa lari daripada orangorang yang mengejarnya.

kerana itu Allah selalu mengingatkan kita untuk bersyukur.
bersyukur dengan setiap apa yang ada pada kita sekarang.
apa yang ada pada kita hari ini adalah nikmat yang sebenarbenarnya.

bersyukur mengajar kita erti menghargai.
bersyukur membuatkan kita meletakkan harga yang tinggi dengan setiap kepunyaan kita:
hatta sebatang hidung yang pesek atau sebiji telur rebus di bawah tudung saji.
bilamana hati faham bahawasanaya setiap apa adanya kita amat berharga sekali,
kita akan memperoleh nikmat hidup yang tidak ada tolok tandingnya.

hati jadi lapang.
fikiran jadi tenang.
jasad jadi senang.

bahagia. sungguh bahagia.

nikmat kan?

tetapi,
bukan mudah untuk mencapai tahap syukur yang begini.
jika picisan cinta dunia masih wujud dalam hati,
akan ada wahan yang membentengi diri daripada merasakan 'nikmat' yang dicari.

untuk itu,
tinggal kan dunia.
hijrahkan hati untuk kembali mencari Illahi.
mulakan menabur benih amal untuk semaian di akhirat nanti.
sibukkan diri dengan perkara-perkara ukhrawi.
insya-Allah, dunia akan mendekati dengan sendiri.

No comments: