assalamualaikum.
بسم الله الرحمن الرحيم
"Mereka itulah orang yang telah diberi nikmat oleh Allah, yaitu dari (golongan) para nabi dari keturunan Adam, dan dari orang yang Kami bawa (dalam kapal) bersama Nuh, dan dari keturunan Ibrahim dan Israil (Yaakub) dan dari orang yang telah Kami beri petunjuk dan telah Kami pilih. Apabila dibacakan ayat-ayat Allah Yang Maha Pengasih kepada mereka, maka mereka tunduk sujud dan menangis.
Kemudian datanglah setelah mereka, pengganti yang mengabaikan solat dan mengikuti keinginannya, maka mereka kelak akan tersesat,
kecuali orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan kebajikan, maka mereka itu akan masuk syurga dan tidak dizalimi (dirugikan) sedikit pun,
yaitu syurga 'Adn yang telah dijanjikan oleh Tuhan Yang Maha Pengasih kepada hamba-hambaNya, sekalipun (syurga itu) tidak nampak. Sungguh, (janji Allah) itu pasti ditepati.
Di dalamnya mereka tidak mendengar perkataan yang tidak berguna, kecuali (ucapan) salam. Dan di dalamnya bagi mereka ada rezeki pagi dan petang.
Itulah syurga yang akan Kami wariskan kepada hamba-hamba Kami yang selalu bertaqwa.
Dan tidaklah Kami (Jibril) turun, kecuali atas perintah Tuhanmu. Miliknya segala yang ada di hadapan kita, yang ada di belakang kita, dan segala yang ada di antara keduanya, dan Tuhanmu tidak lupa.
(Dialah) Tuhan (yang mengusai) langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya, maka sembahlah Dia dan berteguh hatilah dalam beribadah kepadaNya. Apakah engkau mengetahui ada sesuatu yang sama denganNya?
Dan orang (kafir) berkata, "Betulkah apabila aku telah mati, kelak aku sungguh-sungguh akan dibangkitkan hidup kembali?"
Dan tidakkah manusia itu memikirkan bahawa sesungguhnya Kami telah menciptakannya dahulu, padahal (sebelumnya) dia belum berwujud sama sekali?"
(Maryam: 58-67)
***
hidayah ini tidak datang dengan percuma. ada harga yang perlu dibayar. dan cuma orang-orang terpilih: mereka yang berani, sabar, kuat, teguh hati dan redha sahaja yang mampu tetap terus gagah melangkah menempuh jalan yang panjang ini.
kerana dalam perjalanan ini, kita tidak akan melangkah senang. jalan mencari redha Illahi ini adalah satu pendakian yang curam. adakala kita akah tergelincir, tersungkur atau mungkin saja rebah sampai berdarah. cuma mereka yang terpilih itu sahaja yang akan mampu bangkit kembali meneruskan pendakian.
1 comment:
Assalammu'alaikum wbt
Subhanallah walhamdulillah..semoga kita menjadi hamba2 Allah SWT yg sentiasa mensyukuri nikmat2Nya sama ada yg besar mahupun yg kecil.
Tapi perlu tahu bhw setiap nikmat itu dtg dgn tanggungjawab dan setiap tanggungjawab itu dtg dgn nikmat.
Salah satu bukti kita mensyukuri nikmat Allah SWT adlh kesanggupan dan kesungguhan kita dlm menggalas kewajipan2 dan tugas2 yg diamanahkanNya kpd kita sbg org2 yg dipilih utk menjadi penyelamat dan pembangun ummah. Tak mungkin Dia yg maha bijaksana memilih, mberikan ilmu dan kelebihan, dan memuliakan seseorg itu tanpa sebarang tujuan kan yg besar kan?
Setiap tanggungjawab itu sama ada mudah atau berat akan dibalasi dgn nikmat yg sgt memuaskan, malah jauh lebih baik drpd apa yg kita harapkan, dgn syarat kita bersabar dan ikhlas melakukannya semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah SWT.
So jgn rasa risau atau malu dlm menjalankan tanggungjawab tp jgn pula terlalu yakin. Segala kemuliaan dan kekuatan itu hanya milik Allah SWT dan Dia telah berjanji utk menolong org2 mukmin yg berjihad.
Yakin dgn pertolongan Allah SWT ye? Kita mmg x mampu, tp Dia yg mberikan kemampuan. Kita mmg mudah buat silap, tp Dia yg mberikan bimbingan. Kita mmg cepat berasa sedih dan putus asa, tp Dia yg mberikan ketenangan dan keyakinan. Yakin je inshaAllah:)
Post a Comment