Saturday, April 2, 2011

kenapa lelah pada jalan tarbiyyah?

assalamualaikum.

seringkali saya tertanya-tanya:
mengapa ada ketikanya kita merasa lelah pada jalan tarbiyyah ini?
lebih menyedihkan, bilamana ada ketika rasa bosan menyinggah di hati.
aneh, kan?

jalan tarbiyyah ini merupakan jalan terbaik yang sepatutnya menjadi rebutan semua ummat manusia.
namun, sayang sekali tatkala ada insan-insan bertuah yang telah dipilih oleh Allah untuk melalui jalan ini merasa terbeban dengan anugerah istimewa ini.
tidak menunding jari kepada sesiapa, saya bercerita tentang diri sendiri.
sejujurnya, saya pernah bosan berada di jalan tarbiyyah.
itu antara sebab mengapa saya jadi monster buat seketika.
moga Allah mengampuni saya kerana menjadi manusia yang tidak bersyukur atas nikmat kurniaannya.
Allah.
:'(

dan hari ini, saya temukan jawapannya.
saya rasa lelah di jalan tarbiyyah kerana saya turut menggalas bebanan jahiliyyah dalam pengembaraan saya di jalan ini.
bersama saya, ada bermacam jahiliyyah yang heret sama ke jalan ini.
jadi, bagaimana untuk tidak lelah bila ada beban tambahan?

penting untuk kita semua faham terutamanya saya sendiri:
untuk menyertai tarbiyyah,
kita haruslah ikhlas membuang semua jahiliyyah.
hal ini kerana yang hak tak mungkin dapat bercampur dengan yang batil,
sepertimana air tak mungkin bercampur dengan minyak.

jadi, marilah bersamasama berusaha menyingkirkan karat jahiliyyah yang masih wujud dalam diri.
semoga perjalanan kita di jalan tarbiyyah akan lebih dipermudahkan oleh Allah.
insya-Allah.



No comments: