Tuesday, April 19, 2011

masih mahu tetap pegun?

assalamualaikum.

saat hidayah menyapa,
adakalanya kita merasa tidak bersedia
untuk menerima jemputan
bergerak menuju ke fasa hidup baru
yang lebih baik dari sebelumnya.

padahal tahukah kita
kalau kiranya
jemputan hidayah itu
adalah jemputan yang terbaik
yang akan pernah seorang manusia peroleh
sepanjang perjalanan hidupnya?

kerana yang menjemput itu
adalah Allah sendiri,
Raja kepada sekalian makhluk.

analoginya adalah seperti
kita menerima jemputan daripada seorang
sultan untuk tinggal di istana baginda selamalamanya.
yang mana di dalam istana itu kita akan memperoleh
segala bentuk kenikmatan dan kesenangan
yang kita impikan selama ini.
apa tidak merasa istimewa?

jikalau ya,
grab the chance and make a move!

kerana jemputan seperti itu bukan akan selamanya ada,
mungkin akan sampai ketika
jemputan itu akan ditarik kembali.

sungguh,
tiada yang lebih merugikan
melainkan nikmat hidayah itu ditarik kembali.

andai tidak mampu berlari mengejar syurga,
bertatih juga tidak mengapa.
kerana usaha itu yang Allah kira.

:)

No comments: