Tuesday, April 5, 2011

maafkan saya, kerana saya juga tidak sempurna.

بسم الله الرحمن الرحيم

assalamualaikum w.b.t.

kebelakangan ini Allah banyak menguji saya dengan ujian hati, ujian iman, ujian ukhuwwah, ujian mental, etc.

dalam mendepani ujian yang bertali arus, ada ketikanya saya gagal. dan saya terima kegagalan saya dengan sungguhsungguh berlapang dada. apa sahaja kesilapan yang saya lakukan sepanjang menghadapi ujian ini, saya ambil sebagai pengajaran dan iktibar. kesakitan yang saya tanggung saya jadikan sebagai tonggak kekuatan untuk tempuh masa hadapan. saya bersyukur dengan setiap ujian yang Allah timpakan sebelum ini. kerana dari ujian-ujian itu, saya jadi lebih gagah, berani, tabah hati, lapang dada, dan redha. namun, sayang sekali saya terlepas pandang banyak perkara sewaktu melalui ujian-ujian ini. saya terlalu sibuk dengan diri sendiri sehingga saya terlupa orang di sekeliling. dalam tidak sedar, 'kegagalan' dan 'rebah' saya jadi bahan bualan.

terima kasih, kalian. :)
dari kalian, saya belajar.

saya tidak marah, sungguh.
saya tidak rasa terhina, sungguh.
saya tidak rasa sedih, sungguh.

saya cuma rasa kecewa.
kerana khilaf saya dikaitkan dengan 'tudung labuh', 'al-Quran' dan 'agama'.

just a little thing to ponder:
adakah kerana salah 6 kali, saya kena tanggalkan tudung labuh saya?
adakah kerana tidak cukup faham saya kerana tak cukup belajar lagi, saya kena tinggalkan al-Quran saya?
adakah kerana tidak cukup pandai saya menghadapi realiti hidup, saya tak layak jadi solehah sampai bila bila?
adakah?

maafkan saya, kalian.
bilamana lahiriah saya tidak menepati 'sifat dalaman yang sepatutnya saya ada mengikut apa yang kalian impi'.
maafkan saya, kalian.
kerana saya tidak mampu jadi malaikat yang tidak punya nafsu.
maafkan saya, kalian.
kerana saya tidak mampu jadi manusia super yang tidak pernah tewas dengan hasutan syaitan.
maafkan saya,
kerana saya cuma manusia yang tidak sempurna dan sememangnya tidak akan sempurna tetapi tetap berusaha untuk menyempurnakan dirinya.

tidak banyak yang ingin saya perkatakan.
kerana saya bukanlah ingin menegakkan yang basah.
apa yang salah tetap salah walau seribu alasan yang digunakan.

saya cuma ingin mengatakan:
jangan cakap pernah cakap belakang tentang orang.
kalau ingin menegur kekurangan, berhadapan saja dengan empunya diri.
atau, khabarkan pada seseorang yang rapat dengan si empunya supaya nanti dapat ditegurnya.

kalian bercakap sesama sendiri takkan merubah apa.
lebih sadis, kalian bercakap mengikut pemerhatian sendiri atau mendengar dari mulut ke mulut yang belum tentu benar kisahnya.

kalau ada masalah dengan saya, silakan berhadapan saja.
sungguh, saya pasti berlapang dada.
sebab saya sedar, meski bertudung labuh, meski terlibat usrah, meski sentiasa bersama al-Quran,
saya masih tidak sempurna:
hati, iman, sikap, pemikiran, seluruhnya.

kerana masih, hingga sampai hujung nyawa, saya tetap cuma manusia biasa yang tidak sempurna tetapi tetap akan cuba menyempurnakan dirinya demi meraih peluang melihat wajahNya di syurga nanti.

sekian, wassalam.

4 comments:

Mohamad Shahrilniza said...

sapo cari pasal ni meh nk hempuk sket

NAH said...

Assalammu@alaikum wbt

Tak mungkin seseorang hamba Allah itu layak dibalasi dgn syurga sebelum terlebih dahulu diuji keimanan dan kesabarannya..penilaian manusia memang lemah, sedangkan Dia maha mengetahui keadaan hamba2Nya.. berusahalah mperbaiki diri demi memenuhi expectation Allah, bukan expectation manusia..tp kdg2 Dia 'menegur' melalui lidah manusia di sekeliling kita supaya kita sedar bhw aqidah, ibadah dan kefahaman kita masih belum seiring dgn amalan dan keperibadian kita..so move on, masih byk ruang dan peluang yg dikurniakanNya utk kita mpertingkatkan kualiti diri sbg hamba yg taat kpdNya..jadilah mukmin yg sentiasa berlapang dada, rendah diri, sabar dan memaafkan kerana itu lebih baik bagi kita di sisi Allah inshaAllah..cukuplah Allah sbg pelindung dan penolong, Dia benar2 maha pengampun lagi maha penyayang terhadap hamba2Nya..semoga hari esok lebih baik drpd semalam :)

NAH

Anonymous said...

pokok takkan bergoyang klu tade angin.. tapi bilamana pokok tu bergoyang, tak semestinya angin yang buat kn.. tak semestinya ap yg org ckp tu btol belaka kn..just ignore it la.. mulut org mmg kita x dpt tutup.. trima dengan hati yang terbuka wpun diorg ckp blkg.. tlg doa jugak lah utk diorg so diorg akan berubah jgk..
jangan emo3 oke.. just be yourself ma.. chil~ :)

fatinmarini said...

charil:
tak baik hempuk. memaafkan lebih baik. :p

k.mira:
thanks for the words, kak. tak pernanh gagal untuk menusuk qalbu. :')

anon (but obviously i noe u. kesh3):
ini bukan emo writing la. haish. just a little things for people (termasuk penulis sendiri) to ponder. plus, bagi nasihat supaya mereka tak cakap belakang. if dorang tak berani tegur depan2, they can talk to someone yang close to me so that orang tu boleh bagi nasihat dan peringatan. fatin tak marah langusng kot. tak caya tanya kakak naqibah. senyum je time ditegur. kredit untuk orang yang cakap dekat kakak naqibah. mereka mengikut kaedah dan cara yang betul. :)