Tuesday, April 19, 2011

sakitrumah, lagi.

assalamualaikum.

semenjak pulang dari dorchester, saya mengalami homesick yang sungguh kritikal. sehingga dada terasa sempit, jiwa rasa sesak, dan hati sakit macam nak pecah. sungguh. sudah sekian lama saya tidak homesick dengan sebegini teruk. dan kali ini, penyakit adalah lebih kritikal kerana saya bukan sahaja merindui manusia, tetapi juga perkaraperkara lain di Malaysia.

semalam, sewaktu berseorangan air mata laju mengalir bilamana tibatiba rasa nak pergi masjid. rindu sungguh pada rumah Allah tu. kalau tak dapat masjid, surau pun jadi. saya rindu nak dengar azan yang lunak mengalun macam di Malaysia. di prayer hall university, azannya tak sama. lagunya lain. lagi, saya rindu bening suasana jemaah menunaikan solat sunat qabliyah antara azan dan iqamah. jarang saya dapati suasana ini di prayer hall. lagi, saya rindu ketenteraman hati tatkala beriktikaf di rumah Allah. hening, sejuk, nyaman - satu perasaan yang tidak kira ke mana pun tempat saya tuju, saya tak akan merasakan ketenangan yang sama seperti si situ. Allahu Allah, rindu benarbenar rindu.

petang, mengintai ke luar jendela. saya rindu nyaman hujan Malaysia pula. lalu saya, hujan air mata. bukan di coventry ini tidak pernah hujan. tapi, hujannya lain. di Malaysia, hujan buat seringkali buat saya senyum ketawa. tapi, hujan di sini kerap kali jadi teman keluh kesah saya. saya rindukan hujan itu, dan orangorang yang selalu buat saya senyum waktu hujan itu. mungkin tidak patut, tapi biarlah. cuma sekali ini saya ingin rindu.

bangun pagi, saya rindukan mamabah. mungkin kerana sudah beberapa hari bersarapan dengan 'ibu', meski cuma ibu angkat, pagi hari ini yang sepi tanpa senyuman seorang ibu menyambut saya buat hati jadi tak keruan. berdenyut, sakit, macam nak pecah.

tengah hari, saya lajulaju minta yayash masakkan gulai ayam untuk makan tengah hari. saya rindukan makanan harian saya di malaysia. saya rindukan air tangan mama. sewaktu sedang masak, segala bentuk rupa makanan makanan malaysia terhidang dalam otak saya. makanan itu bukanlah nasi lemak nasi kerabu segala. yang hadir tatkala itu cuma makanan ringkas tapi penuh kasih sayang macam telur mata yang dimakan dengan kicap, sos tomato dan bawang merah gaya mama. saya tahu, bukan makanan itu yang saya rindu sebenarnya. suasana di meja makan itu yang saya rindukan. dan tibatiba, saya rindukan liz juga. beliau la ibu angkat saya sewaktu saya berkunjung ke dorchester tempoh hari.

usai makan, tangan lajulaju cari tiket untuk pulang ke kota bharu dari kuala lumpur 27 jun nanti. percubaan membeli tiket kali ini berjaya. saya rasa sangat excited nak telefon mama, tapi hampa. di malaysia waktu itu sudah hampir 12 malam. mama pasti sudah tidur, dan saya menangis lagi. saya rindukan suara mama sebenarnya. bukan tentang tiket itu yang ingin saya ceritakan, tapi kerinduan ini yang ingin saya luahkan.

petang tadi, berjalanjalan ambil angin bersama deepdeep dan yayash. saya dapati penyakit homesick saya sungguh teruk bilamana yayash cakap, "morrison ini rupanya sedikit macam giant di ipoh tu", saya terus rasa nak menangis. tak. tak. saya bukan rindu giant. saya rindukan ipoh, dan suasana di sana. bilamana yayash dan deepdeep bercakap pasal kedai makcik simpang, kedai abang lah, kedai runcit barakath zamzam, saya rasa pedih ulu hati mencucukcucuk. saya rindukan suasana maktab ipoh yang dulu, sangatsangat. saya tahu, bila kami pulang menyambung pengajian di sana 3 tahun lagi, suasana tidak akan sama lagi dengan dahulu. meski maktab yang sama, pelajar dan pensyarahnya sama, citranya pasti akan berbeza, dan saya yakin dengan itu.

balik dari morrison, kami terserempak dengan sebuah kereta yang sama macam kereta abah. dan itu memang sungguh menusuk kalbu. saya sentiasa rindukan abah. tapi, rindu yang ini lain rasanya. entah kenapa.

saya tidak suka homesick begini. tapi, rasa ini datang sendiri. mungkin benar apa yang kakakkakak senior cakap sebelum ini, semakin dekat tarikh kepulangan, semakin serius penyakit homesick.

68 days to go.

moga Allah panjangkan usia saya, supaya saya akan dapat kembali memijak bumi yang dicintai. Allahumma Amin.

No comments: