Thursday, March 31, 2011

tentang hati.& ayat yang tujuh itu.

assalamualaikum.

bilamana tidak ada getaran,
atau rasa gentar,
atau rasa rindu,
atau sesak dada,
atau pedih mencucuk di ulu hati,
pada saat lidah mengalun ayat yang tujuh itu,
diketahui saja kalau kiranya hati sedang sakit.

ayat yang tujuh itu,
ia yang mula menggegarkan hati,
memanggil saya pulang ke jalan Ilahi.

ayat yang tujuh itu,
tidak pernah gagal buat saya tangis sendu sendiri.
mengenang limpahan rahmat Ar-Rahman yang tidak terhitung oleh saya,
yang telah saya siasiakan selama masa.

ayat yang tujuh itu,
tidak pernah gagal buat saya rasa hina.
menyedarkan saya kalau manusia itu hanyalah hamba daif yang tidak punya apa
tanpa penjagaan dariNya.

ayat yang tujuh itu,
tidak pernah gagal buat saya tambah cinta
pada Ar-Rahim yang tidak pernah mengabaikan saya
pada sekian waktu saya melupaiNya.

ayat yang tujuh itu,
tidak pernah gagal buat saya gerun
pada panas tak terbendung api neraka.

ayat yang tujuh itu,
tidak pernah gagal buat saya putus asa
dalam usaha meraih syurga.

ayat yang tujuh itu,
tidak pernah gagal mendapat tempat terbaik
di hati saya.

kerana ayat yang tujuh itu
adalah antara bukti kecintaanNya
pada setiap hambahambanya.

Allahu Allah.
:')

puisi cinta agung yang tidak punya harga -
yang hanya mampu dimiliki oleh hati yang tulus
ingin menggapai redha dan maghfirahNya:

1. Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.
2. Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam,
3. Yang Maha Pengasih, Yang Maha Penyayang,
4. Pemilik hari pembalasan,
5. Hanya kepada Engkaulah kami menyembah
dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan.
6. Tunjukilah kami jalan yang lurus,
7. (yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya;
bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.

******

saya kini dalam usaha merawat kembali hati.
kembali memanusiakan diri setelah menjadi monster barubaru ini.
mohon didoakan hati segera pulih kembali seperti sediakala.



p.s.
perihal puisi hati:
baca dengan mata hati.
kerana cuma hati yang mampu memahami bahasa hati.
dan oh ya,
puisi hati itu bukan puisi cliché cinta 'aku dan dia',
tetapi 'aku dan Dia'.

Wednesday, March 30, 2011

puisi hati.

assalamualaikum.


hati menjerit:
aku mahu lari ke hutan, ke gunung, ke tasik
untuk cari kaki pelangi.
lalu, kalian ketawa mengatakan hati gila.
walhal, kalian tidak pernah mahu cuba mendengar apa dibisik dia -
hati bisik:
aku cuma mahu pergi menyendiri,
memeluk sepi.


apa mungkin kalian mengerti?



a little good night note.

dear mama,
i miss you a lot right now.
i wish i can have a good night tight hug from you tonight.
:'(

love,
your forever little marini.





footnote:
i know it somehow sounds cheesy and annoying,
but really, i wish i never grow up.

Tuesday, March 29, 2011

travel marathon episode 5: oxford

assalamualaikum.

date: 21 march 2011
theme: dear oxford, i'm in love!

venue: around oxford city centre.

activities:
1) strolling around city centre.

2) park-hunt.
none of us have any contact in oxford. thus, we had to wander around the city looking for a park to perform prayer. and it's not easy as all of us dont have the expertise in reading maps. thanks to technology. we have iphone to guide us. heh.

3)boat riding under the blue blue sky.

4)souvenir-hunt and we caught some.

travel note:

travel marathon episode 4: london

assalamualaikum

date: 20 march 2011.
theme: of the youths and moderate muslims.
venue: university college london.

activity:
attending Forum Perdana Hal Ehwal Islam.
topic discussed:
(i) Peranan Pemuda Sebagai Pemangkin Kegemilangan Ummah

(ii) Islam and Global Movement of the Moderates

travel note:
- di antara semangat pemuda dan hikmah orang dewasa, ada kebaikan yang boleh bibawa untuk ummah.
- jangan marah bila dicop pengganas bila kita sediri buat keganasan ke atas agama ini.

***

travel note ringkas cuma. tak sempat nak fikir banyak. sibuk salin nota. utaian ayat dari panelis macam mutiara kata. bijaksana dan berhikmah semuanya.
:)

travel marathon episode 3: coventry

assalamualaikum.

date: 19 march 2011
theme: US.
venue: around coventry city centre & noodle bar.

activities:
hanging out with girlfriends.
shopping.
having lunch together.

well, what else can you expect?
hee.
:D

travel note:
Tuhan,
terima kasih kerana menghantarkan padaku
bidadari-bidadari buat pecah tembok sunyi,
buat pasak teguh berdiri,
buat bergantung kejap saat rapuh sendiri.
:")

***

US itu bermakna ukhuwah selamanya.

ya. hatihati yang dipaut dengan tali kasih sayang berkat rahmat Ilahi mana mungkin terputus begitu saja. meski jauh, hati tetap merindu. dan jauh itu, bukan termaktub pada kadar jarak cuma.

Saturday, March 26, 2011

travel marathon episode 2: birmingham

assalamualaikum.

date: 18 march 2011
theme: of the full moon, Palestine and little children

venue: st. francis hall, university of birmingham

activity:
looking after the children & having fun with them.

meet siti zulaikha
i love her soooooooo much!
the most adorable girl of all.
:)

of chocolate & sweets & cross-word puzzle
i learn something:
chocolate and sweets are good weapons when you encounter
you-adults-cannot-make-me-sit-down-or-shut-up
kind of children because eventually, they will.
;D

my name is iman and i am wise
can anyone believe this is an utterance of an eight years old girl?:
it's okay (not to be perfect or not capable of doing something perfectly).
because no one is perfect.
she's wise, isn't she?
:)

travel note:

Bisikan Mahabbah Palestina

Dari suatu sudut di balik tembok,
mereka menanti.
Kapankah bumi barakah ini akan kembali merasa
nyaman hembusan bayu merdeka?

Kerana Palestin itu milik kita semua,
bersatulah kita untuk membebaskannya.
Sanggupkah kita kembali bertemuNya
dengan membawa bebanan hutang sakit derita juga air mata
saudara kita dari sana?

travel marathon episode 1: leamington spa

assalamualaikum.

date: 17 march 2011
theme: spring is in the air, daffodils are everywhere!

venue: jephson gardens

activities:

1) photo-walking

2) squirrel-feeding

3) picnic by the lakeside

4) nature-capture

travel note:
langit biru, hijau rumput,
lembut desir angin bayu,
buat jadi penyejuk jiwa, penawar duka.
terima kasih Allah.
"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?"
(Ar-Rahman:13)

dari alam, saya belajar.
:)

Friday, March 25, 2011

wanita seindah bidadari itu adalah wanita acuan al-Quran & sunnah.


cukup indah buat jadi muhasabah diri:
mampukah aku membentuk diri untuk jadi bidadari?








kerana ini saya jatuh cinta sama puisi.
juga Dia yang mengilhami manusia hingga mampu menulis puisi sepuitis ini.



nota kaki:
entry birmingham-coventry-london-oxford-manchester akan meyusul nanti.
insya-Allah.
:)

Wednesday, March 23, 2011

memahami erti 'nikmat'.

assalamualaikum.

manusia melihat 'nikmat' melalui kacamata berbeza:
ada yang melihat kecantikan rupa sebagai nikmat,
ada pula yang menganggap kekayaan material itu nikmat,
dan ada juga yang merasa kuasa itu nikmat.
namun ada satu perkara yang seakannya sama pada kita semua:
kita sering sahaja mendefinisikan "nikmat" sebagai "segala sesuatu kebaikan atau kelebihan yang ada pada orang lain yang tidak ada pada kita".

lima tahun dahulu saya pernah menulis quotation ini di blog myspace saya:
"manusia,
dalam setiap perbezaan yang ada,
tetap kita punya sikap yang hampir serupa:
kita melihat bahagia itu seperti pelangi,
tidak pernah berada di atas kepala sendiri -
ianya sentiasa berada di atas kepala orang lain."

bahagia itu, sama seperti nikmat.
kerana bahagia itu adalah satu persepuluh (atau mungkin juga satu perseratus) daripada apa yang kita anggap sebagai nikmat.

jadi, pantas sajakan kalau quotation itu saya tukarkan kepada:
"manusia,
dalam setiap perbezaan yang ada,
tetap kita punya sikap yang hampir serupa:
kita melihat nikmat itu seperti pelangi,
tidak pernah berada di atas kepala sendiri -
ianya sentiasa berada di atas kepala orang lain.

namun,
mahu saya highlight-kan kalau kiranya qutation di atas cuma sesuai jika aspek duniawi yang jadi ukuran. manusia memang tidak akan pernah merasa puas bilamana semua perkara keduniaan dijadikan matlamat hidup. hal ini demikian kerana dunia itu akan sentiasa lari daripada orangorang yang mengejarnya.

kerana itu Allah selalu mengingatkan kita untuk bersyukur.
bersyukur dengan setiap apa yang ada pada kita sekarang.
apa yang ada pada kita hari ini adalah nikmat yang sebenarbenarnya.

bersyukur mengajar kita erti menghargai.
bersyukur membuatkan kita meletakkan harga yang tinggi dengan setiap kepunyaan kita:
hatta sebatang hidung yang pesek atau sebiji telur rebus di bawah tudung saji.
bilamana hati faham bahawasanaya setiap apa adanya kita amat berharga sekali,
kita akan memperoleh nikmat hidup yang tidak ada tolok tandingnya.

hati jadi lapang.
fikiran jadi tenang.
jasad jadi senang.

bahagia. sungguh bahagia.

nikmat kan?

tetapi,
bukan mudah untuk mencapai tahap syukur yang begini.
jika picisan cinta dunia masih wujud dalam hati,
akan ada wahan yang membentengi diri daripada merasakan 'nikmat' yang dicari.

untuk itu,
tinggal kan dunia.
hijrahkan hati untuk kembali mencari Illahi.
mulakan menabur benih amal untuk semaian di akhirat nanti.
sibukkan diri dengan perkara-perkara ukhrawi.
insya-Allah, dunia akan mendekati dengan sendiri.

Tuesday, March 22, 2011

cebisan peringatan buat diri.

Jalan Ku Pulang by UNIC

Tundukku malu di depan Mu
kernaku insan berdosa
ku adukan sesalanku
apakah kan Kau terima

kesunyian ini sedarkan diriku yang lena
tinggalkan semalam yang nanah
lantas meratap hina kan ku pada sempurnaMu,
terpaut aku tak berpaling

ku bersyukur hanya padaMu, Tuhan
Kau temukan laluan bermula
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara buatku melepas dahaga

suburkan cahaya menerangi langkahku
semaikan segala kiasan indah cintaMu

ku bersyukur hanya padaMu, Tuhan
Kau temukan laluan bermula
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara buatku melepas dahaga

Ku mohon kau tenangkan gusar hatiku yang rawan
bimbang Kau singkirkan taubatku
ku rayu Kau hulurkan keampunanMu padaku
kelak ku zalimi diriku

Ku Bersyukur hanya padaMu tuhan kau temukan laluan bermula
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara buatku melepas dahaga

Janjiku padaMu abdikan seluruh jiwa
sehingga masanya kau seru hujung nyawaku

Ku Bersyukur hanya padaMu tuhan kau temukan laluan bermula
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara buatku melepas dahaga

Tak temu dimanakah hentinya rayuan taubatku padaMu





very well-said. it portrays every message which i intend to convey.

Monday, March 21, 2011

tag dari arina tambah bebelan seringgit dua.

assalamualaikum.

pukul 2.15 pagi.
baru balik dari london.
tak boleh tido.
blogwalking.
dan sedar yang saya ditag oleh arina: the teenage doctor.
hee.
terima kasih!
(selalu malas je nak buat. tapi sebab malam ni tade kerja jadi rajin la pulak sampai cakap terima kasih. heh.)

1. Adakah anda rasa anda hot?
tentulah tidak. se-hot mana pun saya tak boleh nak lawan hot api neraka.

2. Upload wallpaper yang anda guna sekarang.
(tak jumpa letak mana gambar asal. terpaksa la screen capture. heh.)

3. Cerita pasal gambar ini.
Simply because it is pink in colour - as always. heh.

4. Kali terakhir anda makan pizza?
Dalam minggu ini juga tapi lupa hari apa. breakfast in bed with omma and yayash. pizza cheese and onion. harga one pound, beli di iceland. sedap! :D

5. Lagu terakhir yang anda dengar?
For the rest of my life by Maher Zain.
oh tak tak. jangan nak cakap saya jiwang sebab omma yang pasang lagu tu, saya tumpang dengar je. heh.

6. Apa yang anda buat selain selesaikan tag ini?
Erm, tengah fikir kenapa la tibatiba tak boleh nak tido ni. oh, blame it to paypal!
x(

7. Selain nama sendiri anda dipanggil dengan nama apa?
oh, nama glamer ke apa nih? zaman dulu kala banyak la. tapi sekarang empat je kot:
fatin, marini, aten, mayeeni.
oh ya! tapi omma dengan yayash ada banyak lagi nickname yang comelcomel untuk saya.
tanda kasih sayang mungkin. tehee.
:DD

8. Tag lagi 5 orang:
err. tanak lah. sapesape rajin buat la ya (kalau berminat).

9-14: soalan berkaitan dengan orang yang ditag:
because i tag none, i skip all these questions. tapekan, arina? hee.
:D


***

abes tag. nak bebel seringgit dua boleh?


tade nak cakap apa pun.
nak cakap ini saja:

1. saya rindu mamabah.
2. saya geram dengan paypal.
3. ini jadual saya: jumaat: birmingham | sabtu: coventry | ahad: london | isnin: oxford | selasa: manchester. nanti saya buat satu entry birmingham-coventry-london-oxford-manchester. mesti menarik. tehee.
4. saya sedang bercuti sempena easter break sekarang. 5 minggu. tapi, saya ada 3 assignment untuk disiapkan.
5. sekarang sudah spring. matahari bersinar terang. bungabunga pun dan mula kembang. cantik!
6. itu saja. update seterusnya lepas saya balik manchester ya? banyak nak cerita ni. till then, take care! :)

Sunday, March 20, 2011

urusan hati, hanya Allah saja yang tahu.

assalamualaikum.

kita yang manusia:
mata yang celik tidak semestinya melihat.
mata yang tertutup tidak tentu pula buta.

untuk itu:
akal jangan laju merejam hukum.
lidah jangan cepat menutur dalil.

kerana:
untuk setiap urusan hati,
hanya Allah saja yang tahu.




mengerti?



kadangkala yang sedikit itu lebih bermakna.
kerana sekalian kita mengintrepitasikan
'makna' itu dengan definisi yang berbeza.
kan?

Tuesday, March 15, 2011

why do you even bother when He is always there by your side. :)

assalamualaikum.

people walk in and out of your life.
but there is one who will forever stay,
Allah.

when people leaves,
don't be sad.
don't be mad.
just believe what happen is the best thing to happen.
Allah knows best, dearies.

life is never a burden,
it is just not a bed of roses .

stay strong.
hold on.
look up.
& smile.
:)

Monday, March 14, 2011

i'm trying.

assalamualaikum.


this heart is striving at its best
to keep breathing
when it is actually barely able to breath.

Allahu Allah.
for You are The One who understands me best,
keep this heart strong along the journey,
never let it go astray,
so that i will finally be able to see You.
Amin Ya Rabb.

Thursday, March 10, 2011

kembali menenun sejadah iman.

assalamualaikum.

Rasulullah S.A.W. bersabda:
"al-iimanu yazid wa laa yankus."

lebih kurang makna hadith itu adalah: iman itu kadangkadang menaik dan kadangkadang berkurang. dan kebelakangan ini, iman saya berada pada tahap paling rendah semenjak kedatangan saya ke uk. sungguh menyedihkan bila saya kembali muhasabah diri. melihat dan menghitung segala amal baik dan buruk yang telah saya lakukan. ternyata, saya lemah dalam mujahadah. T___T

benarlah kata orang, untuk melangkah ke jalan Allah itu payah. tapi, untuk terus tsabat pada jalan Allah ini adalah lebih payah. boleh dikatakan tidak kurang dari tiga minggu saya 'hilang pedoman'. hurm, sungguh mengerikan. pengalaman hilang pedoman dalam masa tiga minggu banyak membuat saya lebih mengenal diri. itu kalau sungguh tiga minggu, mungkin saja lebih lagi.

patut sahaja banyak masalah menerpa secara tibatiba. rupanya saya sudah jauh dari Dia. jauh yang ter-lalu jauh. mujur saya saya dapat tamparan percuma semalam. kalau tidak, mungkin saja saya akan terus alpa dalam dunia baru ciptaan nafsu saya sendiri.

kini, saya ingin kembali bertatih. memulakan langkah baru seperti anak kecil yang baru belajar melangkah. saya tidak layak meneruskan apa yang telah saya tinggalkan. sejadah iman yang dahulu sudah rabak, mana mungkin saya meneruskan tenunannya. saya ingin mula menenun yang baru. saya ingin sekali menekuni tenunan iman ini sehalusnya. agar saya kenal baik setiap alur benangnya, biar saya faham setiap pintalannya. harus saja begitu. supaya sejadah baharu ini tidak akan koyak di pertengahan seperti yang dulu lagi.

Wednesday, March 9, 2011

delightful. :)

assalamualaikum.

things are falling back into places.
alhamdulillah.
alhamdulillah.
alhamdulillah.

i've got my tickets to Malaysia.
even earlier than before.
26 June 2011.

the house is in progress.
insya-Allah.
if everything goes smoothly,
we'll have a much much cheaper house.

what else?

oh yeah.
the washing machine and the door will be fixed soon.
for free i guess.
heh.

and! and!

yayash took me for shopping yesterday.
and my closet had succesfully been updated.
tehee.
:)

well. i think that's all so far.

oh!
not to forget.
i met a little girl this evening.
she kept calling me 'mummy'.
aww.
that's so sweet of her.
suddenly, i feel like adopting a kid.
(haha. macam layak je nak ada anak angkat.
umo baru nak masuk 20.
pelisss laaaaa.)
but, yes!
she delighted my day.
:DD

.she looks almost similar like her.


okay. that's all for now.
salam.
:)



mode: pelangi petang&salam terakhir
*tibetiba*

Tuesday, March 8, 2011

La haula wala quwwata illa billah ♥

assalamualaikum.

baru saja sudah me-remove status facebook yang buat ramai orang curious dan tertanyatanya. maaf tak bermaksud nak buat kalian risau. itulah. bila otak sudah tak mampu berfungsi dengan baik, mudah saja hilang kawalan. benda sekecil itupun boleh dipostkan menjadi status facebook. tak patut sungguh.

semalam hari saya agak upside down. entah kenapa semua benda tidak menjadi. dari pagi sampai ke malam, ada saja yang tak kena. dari sekecil-kecil hal seperti mesin basuh universiti telan duit tapi tak basuh pun baju tu setelah setengah jam tunggu sehingga lah kepada hal yang besar seperti tiket flight balik ke Malaysia dibatalkan oleh egypt air. maw nya tak depress saya sekejap?

untuk disenaraikan seluruh perkara yang terjadi sepanjang hari semalam, mungkin tak perlu lah kot. sebab nanti saya juga yang nampak cengeng (manja). hal kecil juga nak dijadikan masalah sampai stress segala. tapi itulah saya. bila terlalu banyak perkara jadi tak kena dalam sati hari, sekecikkecik hal pun saya nampak besar.

abaikan saja apa yang dah jadi pada hari semalam. hari ni, saya bangun awal. bangkit dengan semangat baru, dengan doa semuanya akan kembali seperti sediakala. moga Allah permudahkan segalanya buat saya.

perihal tiket yang cancel, perihal rumah sewa yang cancel, mengajar saya sesuatu: berlapang dada. ya, saya harus polish skill yang satu ini. kalau sungguh saya redha, mungkin reaksi saya semalam jadi berbeza.

kisah semalam saya habiskan di sini. terima kasih buat semua yang risaukan saya. saya okay sahaja di sini, insya-ALLAH. sungguh, setiap yang berlaku ada hikmahnya. dan hari ini saya belajar yakini sesuatu, setiap perkara berada di bawah kawalan Allah. jangan terlalu yakin dengan usaha sendiri dan jangan pula terlalu mengharap pada manusia lain untuk memberikan sesuatu kepada mereka. serahkan segalanya kepada Dia. dan ucapkanlah: La haula wala quwwata illa billah (tiada daya & upaya utk melakukan sesuatu kecuali atas pertolongan Allah).

Rasulullah S.A.W. bersabda:
"Wahai Abdullah bin Qais, belumkah aku mengajarkan kalimat yang menjadi bangunan megah di syurga.
Yakni bacaan:
La haula wala quwwata illa billah."
(hadis riwayat Bukhari)

Monday, March 7, 2011

izinkan aku menangis.




kerana segagah mana pun kau memandang diri ini,
aku tetap cuma: seorang perempuan.

Sunday, March 6, 2011

kegagalan itu bukan pengakhiran, tapi permulaan. :)

assalamualaikum.

orang selalu cakap: hidup ini macam roda, adakalanya kita di atas dan adakalanya kita di bawah. benar sekali ucapan kalian. adakala hidup akan mengangkat kita ke puncak tertinggi di mana diri ini dipenuhi kesenangan, kebahagian, kemudahan, kegembiraan, etc. namun, pada waktu yang lain pula, hidup melempar kita ke jurang gelap yang paling dalam di mana di sana kita terpaksa menempuh keperitan, kepayahan, kegagalan, kesedihan, etc. pada waktuwaktu gelap inilah yang selalunya membuatkan manusia hilang arah. setelah seketika bergelumang dengan kesenangan, ujian yang dihadapi dilihat sebagai akhir kehidupan. tidak kawan, ini bukan akhirnya. bahkan ini adalah satu permulaan. :)

saat putaran roda berada di bawah, gagahlah berdiri. jangan duduk menangis sendiri. bangkitlah dari terus berada dalam kelam. usahakan untuk mencari pintu keluarnya. musibah tidak melanda dengan siasia. setiap kejadian yang menimpa ada ibrah di sebaliknya. sedangkan Rasulullah kekasih Allah itu diuji berbagai rupa, inikan pula kita - hamba yang masih bertatih mencari jalan pulang kepadaNya.

“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?”
(Al-Ankabut: 2)

semakin hebat ujian yang Allah timpakan pada seseorang individu, itu tandanya Allah makin sayang kepadanya. lantas, bersyukurlah bila diuji. itu tanda Allah inginkan lebih kita dekat padaNya. ujian seringkali membuatkan kita menjadi rapuh. lalu, berpautlah pada dahan Ilah. sesungguhnya, itulah satusatunya tempat berpaut yang paling teguh - yang tak pernah menjatuhkan dan tak kan boleh dijatuhkan. andai kita jauh, dekatkan diri padaNya kembali. mungkin saja ditimpakan ujian itu agar kita sedar akan adanya Dia, yang sentiasa di sisi, selalu menemani, tapi sering saja dilupakan.

selain itu, anggap saja musibah yang datang sebagai peluang, bukan ujian. musibah membuka peluang untuk kita memperbaiki diri juga memperbaiki hidup ini. kerana itu orang tuatua selalu berkata: yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan. hidup ini seperti sebuah buku. oleh kerana setiap bab menceritakan kisah yang berbeza, tentu saja pengakhiran bab setiap cerita akan jadi berbeza. pasti akan ada pengakhiran yang tidak menyenangkan kerana hidup kita ini bukanlah buku kompilasi cerita dongengan yang mana setiap akhir cerita adalah "and they live happily ever after..". jadikan musibah ini sebagai penutup satu bab. dan mulakanlah kisah hidup yang baru. jangan pernah putus asa. usahakan supaya coretan yang baru ini lebih baik dari sebelumnya. :)

"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar."
(Al-Baqarah: 155)

dalam menghadapi ujian, elemen yang menjadi tonggak yang paling gagah adalah sabar. bersabarlah mendepani ujian yang melanda. langit tidak mungkin mendung sepanjang hari. pada saat awan berarak pergi, matahari yang dinanti pasti akan muncul kembali. :) kumpullah kesabaran melalui doa. itu senjata yang paling berkuasa. Allah itu Maha Mendengar, Maha Pengasih, Maha Penyayang. Dia tidak pernah jemu mendengar rintihan kita, jadi mengapa harus kita lelah memohon daripadaNya? dan bersangka baiklah kepadaNya. diulangi: Allah mendatangkan ujian kerana Dia sayang. positif lah dalam menjalani harihari yang payah. yakini ini adalah ketentuan yang terbaik dariNya. kan Allah itu Maha Mengetahui segala sesuatu yang terbaik buat hambahambaNya. kesenangan itu datang dariNya, pergi juga dengan izinNya. begitu juga dengan kesedihan. sentiasalah ingat kepadaNya agar tidak ada ruang buat syaitan membisikkan kejahatan yang boleh membuatkan kita tidak redha dengan ujian yang ada.

"Sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang."
(Ar-Ra'ad: 28)

saya faham: melihat dan berkatakata tidak sama dengan orang yang benarbenar merasakannya. tapi ingatlah, semua manusia akan diuji, cuma bentuk ujian itu sahaja yang berbeza. terimalah coretan ini sebagai sedikit ucapan untuk jadi sandaran kekuatan dari saya buat kita semua.

wallahu a'alam.

Saturday, March 5, 2011

hujan di hati.

assalamualaikum.

sebagaimana turunnya hujan
buat bersih debu di bumi,
ku mohon agar
titisan jernih ini mampu
buat bersih noda hitam
dalam hati.

Friday, March 4, 2011

metafora alam.

assalamualaikum.

kalau laut tidak berombak,
tentu pantai tak pernah berubah.

kalau awan tak berarak,
tentu hari tak akan hujan.

kalau hari tetap siang,
tentu kita tak kenal bulan.




pada setiap kejadian alam,
ada metafora untuk mereka yang rajin berfikir.
ayuh, kita melazimi tadabbur alam.
:)



"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi,
dan pergantian malam dan siang
terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal."
(Ali-Imran: 190)

Wednesday, March 2, 2011

adik nak pindah sekolah, kakak yang gelabah.

assalamualaikum.

pagi semalam untuk kali pertamanya saya merasakan saya adalah seorang 'kakak'. kenapa? begini ceritanya...

sewaktu bersiap-siap untuk ke kelas, tibatiba perasan ada miskol dari mama. eh, macam aneh la pulak mama sudah menelefon di pagi hari. sampai tiga kali pulak tu. ada rasa cuak pula dalam hati. bimbang, kalaukalau ada sesuatu telah berlaku. terus sahaja menelefon mama.

dengan suaru agakagak risau tanya khabar mama. yalah, mama sekarang tidak menentu kesihatannya. adakala hyper active. ada ketika sakit bermacam pula. mama cakap dia pening. saya tanyakan sebabnya. bersedia dengan segala teori biologi yang masih diingati yang mampu dikaitkan dengan pening. ruparupanya... "aten rasa ikah patut masuk mrsm ke tak?"

lorh. itu saja ke masalahnya? mama memang comel. heh. sampai tiga kali telefon nak tanya pendapat saya. bangga taw? tak pernahpernah mama tanyakan pendapat saya untuk urusan adikadik sebelum ini. mungkin kerana usia saya masih belasan. atau mungkin juga memang mamabah nampak saya dan adikadik sebaya saja umurnya. mama pernah cakap " adikadik semua da besar. baby pun da besar. awak tu aje yang belum." tehee. oh, well. dengan mamabah memang aten tak nak membesar. maw jadi anak manja selamanya. ahaha. boleh? :p

okay. cukup merepek. sambung cerita.
(kalau panjangpanjang yayash malas nak baca. ahaha!)

lalu, dengan tegasnya saya memberi pendapat: tidak. nada autoriti dapat dikesan di situ. mama pun bertanyakan sebabnya. lalu, dengan panjang lebarlah saya menjelaskannya berdasarkan pengalaman saya selama dua tahun di mrsm. dan juga, pengamatan saya tentang personaliti adik saya yang seakan tidak sesuai sahaja untuk dihantar ke sekolah berasrama penuh pada usia 13 tahun. kecik lagi taw? pada akhirnya, mama seakan bersetuju dengan pendapat saya. dan menyurakan hal tersebut kepada abah.

dalam perjalanan ke kelas, saya tidak dapat menghentikan diri daripada memikirkan perkara ini. saya masih menimbang tara adil atau tidak pandangan yang telah saya berikan tadi. khuatir juga kalaukalau si adik nanti menyalah ertikan keputusan saya sebagai menyekat kebebasan memilihnya. orang putih ada berkata, "two heads are better than one". lantas, saya pun membincangkan perkara ini dengan yayash. dan menurut beliau, baik sahaja diikutkan kehendak si adik. dibimbangi akan memberontak (macam kami) pula nanti.

balik dari kelas, terus sahaja menelefon mama untuk menyatakan pandangan terbaru. dan ternyata, sebelum saya memberitahu pun, mama sudah berfikiran begitu. malas nak cakap panjang, saya terus je bagitaw mama nak cakap dengan si adik. oh, bukan nak bebel. cuma nak berkongsi pengalaman: the do-s and dont-s di mrsm nanti. haha. hampir sejam juga. jenuh si adik nak mendengar. tapi, alhamdulillah. pesanan saya tak sekadar mencurahkan air ke daun keladi. bila diminta ulang, beliau ingat semuanya. :)

jadi, inilah dia senarai pesanan ikhlas seorang kakak kepada adiknya:
1. belajar basuh baju guna tangan dengan cik tipah
2. belajar lipat pakaian dengan cik tipah
3. belajar kemaskan tempat tidur
4. bawa yaasin, letak bawah bantal waktu tidur
5. bawa al-Quran, baca setiap hari sekurangkurangnya 2 mukasurat
6. cari kawan yang baik: kaki surau, bukan kaki fly, apa lagi kaki dating
7. usahakan solat 5 waktu di surau, elakkan solat di bilik
8. jangan pernah jalan sorangsorang kalau nak ke manamana, wajib berteman: PEREMPUAN
9. telefon mama setiap hari
10. belajar dengan tekun, harus fokus,
sistem pembelajaran di mrsm dengan sekolah gomen tak sama
11. jaga akhlak, jaga ikhtilat,
jangan pandai nak senyumsenyum pada teman tak sejantina,
apatah lagi berkawan tanpa urusan
12. pakai tudung besar, baju besar, baju kurung tak striking,
tapi perlu nak menonjol, nanti banyak orang usha
(untuk kali pertama saya confess mengatakan adik saya memang cantik)
13. coupling is a big no-no!

ya, ada 13 semuanya pesanan sebelum berangkat. dah sampai sana nanti, bila dah settle down, nanti aten sambung bebel lagi. okay?

pada awalnya, ada bermacam sebab yang membuatkan saya berkata tidak. satu, saya kenal sangat adik saya yang manja itu. tapi, bila difikirkan kembali, beliau lebih kebal berbanding saya dari sudut emosi. dua, saya taw dia tak pandai buat kerjakerja domestik. tapi, saya yang dahulu lagi dahsyat keadaannya daripada beliau survive juga hingga ke garisan penamat. hidup ini kan satu proses pembelajaran? tiga, beliau pendiam. err. saya pun pendiam juga asalnya. still, masih boleh survive. hee. empat, saya takut dia terlibat dengan gejala sosial (as in coupling, lepak merata sewaktu outing, etc.) tanpa pemantauan mamabah dari dekat. tapi, mrsm jeli bukannya jauh sangat pun. lima, kalau umur 13 da mula duduk asrama, boleh renggang hubungan dengan family. tapi takpe, every weekend akan spend masa dengan family. jeli dengan pasir mas tak jauh lah. enam, mama da tade anak perempuan nak teman dia kat rumah. huhuk. nanti mama bosan. kesian laaaa. tapetape. cik tipah ada. hee, buat la macam anak sendiri ya, mama?

da habis pesan bagai pada ikah semalam, pagi tadi telefon mama pula. memberi segala macam pesanan untuk kemaslahatan si adik. suruh mama belikan stok makanan sebanyak mungkin, minta bawakan iron (in case tak disediakan), suruh beli seluar track banyakbanyak, minta mama pergi jumpa bermesramesra dengan cikgu homeroomnya, pesan pada mama jangan bagi ikah pegang duit banyakbanyak, dan banyak lagi. sekali saya jadi konfius: anak saya ke adik saya yang nak masuk mrsm ni??


.gud luck, adik kecik.

p/s:
nanti kita tengok sape yang lagi dasyat homesicknya-
orang di jeli atau orang di uk?
:p

jom! =D

assalamualaikum.


tarikh: 18 Mac 2011
venue: University of Birmingham
aturcara program: forum, nasyid, jualan viva palestina & pounds for lives.

one pound donated may save one life.
insya-Allah.

berminat?
jom daftar!
klik sini.
:)

Tuesday, March 1, 2011

kegemaran baru:

plum.puisi.umar al-farouq.



.semuanya indah dan manis-manis belaka.
:)