Friday, November 6, 2009

cantiknya wanita.

i was checking my inbox message at facebook. among the message which i received, this one managed to touch my heart, that i finally decided to post it here. i'm not sure if it is an original masterpiece of the sender. nevertheless, a credit to the poet no matter who he is. oh, credit to the sender as well.
:)

.CANTIKNYA SEORANG WANITA.

Cantiknya seorang wanita itu, sebagai gadis
bukan kerana merah kilau lipstik pada bibir mekar senyum kosmetik

Cantiknya seorang wanita itu, sebagai remaja
tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah

Cantik seorang wanita itu, sebagai Hawa
tidak kerana bijak meruntuh iman kaum Adam

Cantiknya seorang wanita itu, sebagai anak
tidak menjerat diri pada kedurhakaan

Cantiknya seorang wanita itu, sebagai isteri
merempuh badai di sisi suami

Cantiknya seorang wanita itu, sebagai menantu
menjauhi persekongkolan ipar lamai

Cantiknya seorang wanita itu, sebagai ibu
membuai anak, kala suami menjalin mimpi

Cantiknya seorang wanita itu, sebagai mertua
telus hati mengagih kasih setara pada semua

Cantiknya seorang wanita itu, sebagai nenek
menjaring teladan para anbia buat cucu-cicit

Cantiknya seorang wanita itu, sebagai warganegara
peka membela nasib dan maruah negara

Cantiknya seorang wanita itu, sebagai warga tua
menghitung hari dengan selembar mashaf

Cantiknya seorang wanita itu, sebagai intelektualis
menyala obor mewangi setanggi profesionalis

Cantiknya seorang wanita itu, sebagai akidah solehah
mengandam rindu kekasih pasrah di atas sejadah...

beauty does not only be measured through appearance. a good attitude would also be counted into matter. so ladies, do not only beautify yourself with make-up and good dresses. we need to work on our attitude as well. let's mould our self-beauty with the guidance from al-Quran and as-Sunnah because i believe it would lead us to be a truly beautiful lady inside-out.

No comments: