Monday, November 16, 2009

duit & saya.

lecturer minta kami practice menulis esei dalam english. tapi err..saya malas. harap maklum.

jj. dua hari berturut-turut da mem-pijakkan kaki di tempat itu. semalam dan hari ini. maka dengan rasminya, duit elaun fatin marini tinggal lg rm30. haha. memang cemerlang, gemilang dan terbilang lah. x smpai sepuluh hari pn lg dpt elaun. tp bley berbaki smpai rm30 je. wah! memang saya patut kawen dgn millionaire. haha! [erk. marini mmg kuat berangan!]

duit mengalir macam air. tidak taw disalurkan ke mana. tengok2 saje da nk abes. aduh! aduh! aduh! pusing otak bila fikir pasal duit. dulu semangat kot nk buat financial management. tapi mcm hampeh je. mampu bertahan sebulan je kot. lepas tu hancur musnah plan tersebut. tinggal kenangan. huu! malang sungguh jadi insan boros ni.

lg seminggu nk blk rumah da. igt nk balik shopping di rantau panjang. tapi, hurm..simpan je la niat 2. mana ada duit lg da. malas arh nk pow mamabah. bukan kesian. tapi ada plan lain. kesh3. nnt smpai kl baru nk pow mereka banyak. ngeh3. *evil laugh* naseb badan la mamabah terchenta dapat anak mcm saya. x pandai nk berjimat cermat langsung. huu!

dengan perangai yg boros macam ni, saya x fikir yg saya akan dapat survive di warwick nanti. oleh itu, harus nekad untuk berlatih berjimat cermat dari sekarang. sedih jugak sebenarnya bila mengingatkan duit yg habis dengan sia-sia. tidak taw ke mana hala tujunya. kalau ada baju sepasang dua 2 okei juga la kan. ini tidak. entah ke mana saje duit tu membawa diri. huhu. sedih!

kalau ikut plan masa depan, banyak benda yg ingin saya lakukan memerlukan DUIT. [kawen x masuk dalam list. harap maklum.] semua plan itu adalah untuk kepuasan diri. jadi saya tidak ingin menyusahkan mama abah. oleh yg demikian, saya fikir saya harus serius dalam menabung. dua posen sehari pn okei kn? kalau didarab dengan 365 hari, saya bley dapat rm73 setahun. lepas 2 kalau didarab dengan 5 tahun, dalam akaun saya bley ada rm365. ok la 2 kn? sudah boley beli tiket untuk melancong ke sarawak lepas habis study nanti. hee~ [tapi, pelancongan ke sarawak pun tade dalam list masa depan saya. heh.]

semoga plan financial management saya untuk tahun depan akan berjaya. harapnya tidak berakhir separuh jalan sebagaimana yg terjadi pada tahun ini. tahun ni cukup 18 tahun usia saya. [erm, sekarang blom lg. lg 13 hari. hehe.] sudah sepatutnya saya mula fikir tentang masa depan. rancangan ekonomi perlu ada untuk menjamin kesejahteraan hidup di masa akan datang. no one knows what's gonna happen next, right? jadi, molek lah sekiranya saya mula menyediakan payung pada hari ini. bimbang pula kalau2 hujan lebat di esok hari.

3 comments:

Shahril said...

blah...
aku x caye patin bley menabung...
aku brani bet thun depan..
tgk die simpan duet 20 sen ke x

DoDu@HaHA said...

hahahah.. kejam2...

aPpLePiE said...

charil:
hoho! bagus sungguh komen mu. sounds like a challenge to me. tgk ar next year ak nak beli tabung gajah sbijik. n every day ak akan campak 20 sen dlm tabung 2.wiwiw~