Sunday, November 1, 2009

kem pengakap.

esok kami perlu menghadiri kem pengakap di teluk batik. seronokkah saya? tidak. terujakah saya? tidak. seumur hidup saya, saya tidak pernah terfikir untuk menyertai pengakap. dan penyertaan saya dalam badan beruniform kali ini adalah kerana terpaksa. oh!

kenapa saya tidak suka kem pengakap?
ada banyak sebabnya.

pertama, saya tidak suka kawad kaki. itu adalah kelemahan diri saya yg tidak mampu diperbaiki dari kecil hingga dewasa. dulu semasa menyertai pasukan jpa3 ketika di mrsm, skill kawad kaki saya agak meningkat sedikit. tetapi menurun kembali setelah tidak dipraktikkan selama lebih 2 tahun. lama tu okay? kalau umur baby pasti sudah boleh berjalan dan berkata-kata.

kedua, saya tidak suka disiplin yg tinggi. saya tidak pernah menghadiri kem pengakap. tapi saya taw disiplin pengakap sangat tinggi. sama seperti kadet polis. tapi rasanya kadet polis lebih teruk. saya tidak suka tempat yg mengamalkan disiplin yg tinggi. kenapa? kerana saya tidak berdisiplin. titik.

ketiga, otak saya perlu belajar untuk adapt dengan tempat baru. dan kali ini ianya adalah di dalam khemah. pasti otak saya akan mengalami mental torture yg lebih. oh! kalau di sabah hari tu pun, mata saya cuma tertutup rapat setelah jam 5.30 pagi pada hari pertama. kali ini saya tidak taw situasinya bagaimana. harap-harap lebih baik. argh! serius saya tidak suka camping.

keempat, saya bimbang. tempat camping itu adalah berhampiran pantai. dan ada banyak cerita tentang tempat perkhemahan yg masih segar dalam otak saya. hidup saya semakin pulih tapi saya masih trauma dgn kejadian yg berlaku tujuh bulan lalu. rasa takut masih ada dalam diri. hmm. doakan saja semuanya selamat pergi dan kembali.

kelima, saya malas nk packing barang. ada sape2 sudi tolong tak?

p/s: kalau ada yg sudi nk replace saya lg bgos. heheh. ;D

No comments: