yang saya bicara tentang pembekuan hati.
ada yang menyapa bertanya,
"kenapa harus begitu?"
lalu saya menjawab malas,
"kerana saya inginkan ianya sebegitu. titik."
bila diasak dengan soalan yang sama, saya akan membalas dengan jawapan yang sama.
mudah.
tidak letih untuk saya fikir.
tapi saya lihat, orang-orang ini seakan tidak faham.
masih ingin menanti.
masih ingin mencuba.
masih mencari peluang.
mungkin silap saya juga.
bila bercakap tidak sampai maksud.
kini, saya mahu telus, tanpa selindung memberikan jawapan yang sebenar.
agar nanti mereka akan faham.
lalu berhenti menanti.
berhenti mencuba.
dan berhenti mencari peluang.
hati itu telah saya kunci.
kerana saya rasa saya sempurna begini.
berdua bukan selalunya lebih baik.
adakalanya sendiri itu lebih membahagiakan.
perjalanan hidup saya masih jauh.
dan saya tidak mahu menjadi terlalu futuristik.
biarlah saya dengan diri saya.
mengejar apa yang terdaya dengan kudrat saya.
menggapai apa yang tercapai dengan dua tangan saya.
daripada leka merancang perkara yang samar-samar kejadiannya,
lebih baik saya bekerja keras menyempurnakan cacat cela dalam akhlak saya, ibadah saya, pelajaran saya.
itu lebih utama.
hati itu telah saya kunci.
dan kunci itu saya serahkan kepadaNya.
Dia Maha Mengetahui..
siapa yang paling layak dianugerahkan kunci itu..
serta masa terbaik buat pintu itu dibuka.
jadi selepas ini, jangan lagi mengajak saya berbincang tentang hal ini.
kita noktahkan segalanya di sini.
anda yang berkenaan,
sudah faham bukan?
4 comments:
kalau xsampai juga maksud post ini, xtahulaaa...
dodu: ahahaha..sgt lawak ayat tersebut..keh3
i agree with u syg,
maybe two is better than one
tp kadang3 sowunk3 ag baik...
hohoho..
kau dan aku..sama~~
ye lps nih xkan berhenti bertanya.. sampai bila2...sampai nafas terakhir
hmm. gud decision sis. serahkan hak yg spatutnye kpd yg sepatutnya. lots of other things to think kn. kukuhkn study, ibadah a.k.a, iman, family bond.. others leave it to Allah. He knows best. ^__^~
Post a Comment