Saturday, April 30, 2011

Spring Gathering 2011: of the food, love, joy & excitement.

assalamualaikum.













.
photography 
does not only allow me to capture pictures
but also moments.

Friday, April 29, 2011

menapak langit: bilamana garis hujung langit itu adalah garis penamatnya.

assalamualaikum.

bilamana kaki letih melangkah
untuk maju menderap langkah,
angkat dagu
dan dongaklah ke langit biru.
lelah mungkin tidak hilang. 
namun sekurangnya
kita akan lupa seketika
sejauh mana telah kita berlari
bila kita sedar
kita tidak tahu di mana kita akan berhenti.


bila langit terlihat sepicing cuma dari tempat jasad terbaring,
kita tahu perjalanan kita sudah pun terhenti.
selamanya.

Thursday, April 28, 2011

tertegaknya kita di sini pada hari ini adalah kerana satu suratan - bukan kebetulan.

assalamaualaikum.

i would love to present you
a video which is worth sharing
and worth watching by all.

Wednesday, April 27, 2011

ku ketepikan cinta untuk Cinta,

dan ku simpan rasa kerana Rasa










itu:
urusan Dia bukan kita













titik.

Tuesday, April 26, 2011

mulai hari ini, motivasi hidup saya adalah Allah. :)

assalamualaikum.

bagi seorang yang berada di jalan dakwah dan tarbiyah,
adalah tidak mungkin untuknya kehilangan motivasi atau
untuk melakukan apa sahaja perkara kebaikan di dalam hidup.

kenapa?

kerana orang yang teguh hatinya di jalan ini tahu
tujuan hidupnya ada Allah.
maka,
apa sahaja yang dilakukannya hendaklah kerana Allah.
jadi,
motivasinya ada Allah.

bila dia tahu Allah sentiasa bersamanya,
mana mungkin dia akan hilang semangat atau motivasi diri.

kawankawan,
jom samasama jadikan Allah sebagai motivasi diri.
insya-Allah,
kita tak akan hilang semangat lagi.
insya-Allah,
kita tak akan letih dengan perjuangan ini.
insya-Allah,
kita tak kan berputus asa lagi.
dan insya-Allah,
kita akan lebih gembira menikmati harihari terakhir hidup ini.

:)

Monday, April 25, 2011

pada yang mengerti.

ada banyak benda nak diberitahu,
tapi tak terkata.
ada banyak benda nak diucap,
tapi tak terluah.
andai saja mata mampu berkomunikasi,
kamu pasti akan faham semua rasa hati.
jangan terus bentengi diri.
membiar aku terjengket sendiri dari sudut ini.
lelah aku menanti.
tolong,
jangan sampai aku penat.
aku akan menunggu.
tapi aku takut tiba satu waktu,
di mana aku akan berlalu begitu sahaja.
namun sungguh,
selagi punya kuasa, ada daya, ada tenaga,
aku akan terus terjengket di sudut ini.
mengintai dari sisi tembok.
menunggu kau datang,
untuk merobohkannya.

Sunday, April 24, 2011

mungkin hati ini berbolakbalik. tapi ku yakin hati ini Dia yang punya jadi pasti Dia akan menjaga. :')

assalamualaikum.

kuatkan aku, Ya Allah.
kuatkan aku, Ya Allah.
kuatkan aku, Ya Allah.

saat titik kelemahan dijadikan medan pertempuran.
aku banyak tewas.
namun, perjuangan ini tak akan pernah berhenti
sampai tiba masa
aku pasti akan gagah juga.
kerana aku yakin,
hatiku ini punyanya Dia
dan Dia pasti akan menjaganya.

kan, Cinta?


Rasulullah S.A.W bersabda:
"Peliharalah Allah, nescaya Allah akan memeliharamu.
Peliharalah Allah, nescaya engkau akan dapati Dia di hadapanmu."
(Hadis riwayat Imam al-Tirmizi - hadis 19)

i desperately need motivation,

LIKE SERIOUSLY!











setelah sekian lama bercuti, motivasi untuk belajar langsung tiada. hal ini menyebabkan saya tidak punya kekuatan langsung itu mengerjakan assignment-assignment yang tergendala itu terus menerus sehingga siap. oleh kerana tiada motivasi, saya merasa sungguh tension lalu pergi menghabiskan duit di ebay. haih. tak patut sungguh - memang saya tahu tapi saya terpaksa. betul!

sifat malas tiada dalam muwasofat tarbiyah. untuk menjadi muslim yang baik, saya mesti menghalau hantu malas ini dari terus menerus merasuki diri saya. tapi, ergh. saya tak malas sebenarnya. saya cuma tidak bersemangat dan bermotivasi langsung sekarang ini. entah ke laut mana motivasi dan semangat saya pergi menyembunyikan diri.

tolong lah balik kamu berdua. SLA and sociolinguistic desperately need you!

Saturday, April 23, 2011

mawar di taman larangan.

assalamualaikum.


mawar,
asal mekar,
di mana pun ia tetap indah.
di lereng bukit, indah.
di tepi laluan ramai, juga masih indah.
namun,
apa akan sama harga mawar di jalanan
kalau dibanding dengan yang di taman larangan?

mawar,
meski dengan duri yang sama,
tetap yang di jalanan lebih jinak dari yang di taman larangan.
jadi,
apa akan masih sama
harga mawar di jalanan kalau dibanding dengan yang di taman larangan?

Thursday, April 21, 2011

puisi hati 2.

assalamualaikum.

andai diizin Tuhan
ku punya superpower,
ku mahu punya kuasa
mampu tebak isi hati manusia.
mahu ku selam sedalam dasar hati semua
mencari apa sebenar inginnya mereka
menelaah apa sebenar rasa mereka
untuk bikin senang
aku perelokkan dunia.


namun masih,
aku bukan Tuhan yang mampu sempurnakan semunya.

Wednesday, April 20, 2011

apa mungkin ianya adalah kerana kita kurang jati diri?

assalamualaikum.

setelah bermastautin di bumi inggeris selama beberapa ketika, saya sedar tentang sesuatu.
adakalanya orang melayu kita adalah lebih 'inggeris' daripada orang inggeris itu sendiri.
contohnya, dalam berfesyen.
anehnya, celupan itu bukan berlaku pada anak bangsa yang hidup di tanah ini.
tapi yang ghairah mencelup budaya di sini adalah yang menetap di tanah Melayu sana.
lantas, saya berfikir.
apa fenomena ini terjadi kerana anak melayu kurang jati diri?



mari samasama kita fikirkan.


Tuesday, April 19, 2011

sakitrumah, lagi.

assalamualaikum.

semenjak pulang dari dorchester, saya mengalami homesick yang sungguh kritikal. sehingga dada terasa sempit, jiwa rasa sesak, dan hati sakit macam nak pecah. sungguh. sudah sekian lama saya tidak homesick dengan sebegini teruk. dan kali ini, penyakit adalah lebih kritikal kerana saya bukan sahaja merindui manusia, tetapi juga perkaraperkara lain di Malaysia.

semalam, sewaktu berseorangan air mata laju mengalir bilamana tibatiba rasa nak pergi masjid. rindu sungguh pada rumah Allah tu. kalau tak dapat masjid, surau pun jadi. saya rindu nak dengar azan yang lunak mengalun macam di Malaysia. di prayer hall university, azannya tak sama. lagunya lain. lagi, saya rindu bening suasana jemaah menunaikan solat sunat qabliyah antara azan dan iqamah. jarang saya dapati suasana ini di prayer hall. lagi, saya rindu ketenteraman hati tatkala beriktikaf di rumah Allah. hening, sejuk, nyaman - satu perasaan yang tidak kira ke mana pun tempat saya tuju, saya tak akan merasakan ketenangan yang sama seperti si situ. Allahu Allah, rindu benarbenar rindu.

petang, mengintai ke luar jendela. saya rindu nyaman hujan Malaysia pula. lalu saya, hujan air mata. bukan di coventry ini tidak pernah hujan. tapi, hujannya lain. di Malaysia, hujan buat seringkali buat saya senyum ketawa. tapi, hujan di sini kerap kali jadi teman keluh kesah saya. saya rindukan hujan itu, dan orangorang yang selalu buat saya senyum waktu hujan itu. mungkin tidak patut, tapi biarlah. cuma sekali ini saya ingin rindu.

bangun pagi, saya rindukan mamabah. mungkin kerana sudah beberapa hari bersarapan dengan 'ibu', meski cuma ibu angkat, pagi hari ini yang sepi tanpa senyuman seorang ibu menyambut saya buat hati jadi tak keruan. berdenyut, sakit, macam nak pecah.

tengah hari, saya lajulaju minta yayash masakkan gulai ayam untuk makan tengah hari. saya rindukan makanan harian saya di malaysia. saya rindukan air tangan mama. sewaktu sedang masak, segala bentuk rupa makanan makanan malaysia terhidang dalam otak saya. makanan itu bukanlah nasi lemak nasi kerabu segala. yang hadir tatkala itu cuma makanan ringkas tapi penuh kasih sayang macam telur mata yang dimakan dengan kicap, sos tomato dan bawang merah gaya mama. saya tahu, bukan makanan itu yang saya rindu sebenarnya. suasana di meja makan itu yang saya rindukan. dan tibatiba, saya rindukan liz juga. beliau la ibu angkat saya sewaktu saya berkunjung ke dorchester tempoh hari.

usai makan, tangan lajulaju cari tiket untuk pulang ke kota bharu dari kuala lumpur 27 jun nanti. percubaan membeli tiket kali ini berjaya. saya rasa sangat excited nak telefon mama, tapi hampa. di malaysia waktu itu sudah hampir 12 malam. mama pasti sudah tidur, dan saya menangis lagi. saya rindukan suara mama sebenarnya. bukan tentang tiket itu yang ingin saya ceritakan, tapi kerinduan ini yang ingin saya luahkan.

petang tadi, berjalanjalan ambil angin bersama deepdeep dan yayash. saya dapati penyakit homesick saya sungguh teruk bilamana yayash cakap, "morrison ini rupanya sedikit macam giant di ipoh tu", saya terus rasa nak menangis. tak. tak. saya bukan rindu giant. saya rindukan ipoh, dan suasana di sana. bilamana yayash dan deepdeep bercakap pasal kedai makcik simpang, kedai abang lah, kedai runcit barakath zamzam, saya rasa pedih ulu hati mencucukcucuk. saya rindukan suasana maktab ipoh yang dulu, sangatsangat. saya tahu, bila kami pulang menyambung pengajian di sana 3 tahun lagi, suasana tidak akan sama lagi dengan dahulu. meski maktab yang sama, pelajar dan pensyarahnya sama, citranya pasti akan berbeza, dan saya yakin dengan itu.

balik dari morrison, kami terserempak dengan sebuah kereta yang sama macam kereta abah. dan itu memang sungguh menusuk kalbu. saya sentiasa rindukan abah. tapi, rindu yang ini lain rasanya. entah kenapa.

saya tidak suka homesick begini. tapi, rasa ini datang sendiri. mungkin benar apa yang kakakkakak senior cakap sebelum ini, semakin dekat tarikh kepulangan, semakin serius penyakit homesick.

68 days to go.

moga Allah panjangkan usia saya, supaya saya akan dapat kembali memijak bumi yang dicintai. Allahumma Amin.

masih mahu tetap pegun?

assalamualaikum.

saat hidayah menyapa,
adakalanya kita merasa tidak bersedia
untuk menerima jemputan
bergerak menuju ke fasa hidup baru
yang lebih baik dari sebelumnya.

padahal tahukah kita
kalau kiranya
jemputan hidayah itu
adalah jemputan yang terbaik
yang akan pernah seorang manusia peroleh
sepanjang perjalanan hidupnya?

kerana yang menjemput itu
adalah Allah sendiri,
Raja kepada sekalian makhluk.

analoginya adalah seperti
kita menerima jemputan daripada seorang
sultan untuk tinggal di istana baginda selamalamanya.
yang mana di dalam istana itu kita akan memperoleh
segala bentuk kenikmatan dan kesenangan
yang kita impikan selama ini.
apa tidak merasa istimewa?

jikalau ya,
grab the chance and make a move!

kerana jemputan seperti itu bukan akan selamanya ada,
mungkin akan sampai ketika
jemputan itu akan ditarik kembali.

sungguh,
tiada yang lebih merugikan
melainkan nikmat hidayah itu ditarik kembali.

andai tidak mampu berlari mengejar syurga,
bertatih juga tidak mengapa.
kerana usaha itu yang Allah kira.

:)

Monday, April 18, 2011

apa nak dikata bilamana:

mama anda berkata salah satu impian beliau adalah
untuk menimang cucu pada usia 49 tahun
di hari jadi beliau yang ke45,





hurm?





err,
kalau saya:
"amboi, laju benar nak timang cucu ya.
takpe, adik farah ada.
nanti aten balik cuti summer,
kita pinjam dia.
hee."


monolog dalam hati,
"kalau Tuhan izin, 53 la ya?"


err.
geli sebenarnya.
cinta.tunang.kahwin.dan sewaktu dengannya.
ini bukan topik yang sesuai untuk dibicarakan dengan saya sekarang.
serius, geli.





lagi pula umur saya baru 20.
TAK SESUAI
langsung.




cuma tak sampai hati nak bagitahu mama
sebab hari ini hari jadi dia.
tunggu esok.
esok, isu ini sudah tak kelakar lagi.
serius.


assalamualaikum.

Sunday, April 17, 2011

Buat insan yang paling dicintai selepas Allah dan Rasul. :)

assalamualaikum.

ini adalah tulisan yang dititipkan khas buat
insan yang paling saya cintai setelah Allah dan Rasul.
:)

tiada kasih yang paling tulus,
budi yang paling ikhlas,
sentuhan yang paling mulus,
senyuman paling manis,
tangisan paling jujur,
pernah saya terlihat lahir dari seorang insan,
melainkan dari dia
yang bergelar ibu.

selamat hari lahir ke 45,
mama.


terima kasih atas segalanya.
untuk dihitung jasa dan budi satu persatu,
pasti habis nombor dikira.
mungkin kerana itu 'infiniti' dicipta.
buat mudah seorang anak mengucapkan terima kasih kepada ibunya
atas infiniti cinta yang dicurah selama masa.

may you have great years ahead.
may Allah shower you with all His blessings.

love you before, now, & forever.
:)

from dorchester with love,
your forever little marini.

Saturday, April 16, 2011

titipan rindu dari dorchester.


dear omma and deepdeep,
our visit to maiden castle has made us fall in love with dorchester.
still, we miss coventry.
on top of all,
we miss you more!
:)

p/s:
sambal terung for dinner on monday pretty please?
:DD

Thursday, April 14, 2011

things are falling back into places, Alhamdulillah.

assalamualaikum.

alhamdulillah wa syukurillah.
hidup sudah kembali pulih seperti sediakala.
apa sahaja masalah yang sebelum ini mengkacaubilaukan hidup saya
seakan-akan selesai dengan sendirinya,
satu persatu.
atau dengan kata lain yang lebih tepat lagi:
Allah bantu selesaikan masalah saya, satu persatu.
terasa sungguh kasih sayang Allah di situ.
alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah.
:)

masalah ukhuwwah sudah selesai.
masalah tiket sudah selesai.
refund tiket sudah selesai.
masalah rumah macam dah nak selesai.
sakit hati sudah makin pulih.

tiada apa lagi yang tertinggal, insya-Allah.

eh, ada lah!
hatiku tertinggal di Malaysia.
hihi.
:p

saya bukan ekstrimis.

assalamualaikum.

malam ini,
secara tibatiba saya telah melantik diri saya sebagai seorang yang ekstrimis.
oh!
*sigh*

entah apa isu yang berkecamuk dalam fikiran saya,
secara tibatiba dengan sengajanya,
saya telah meremove 155 makhluk Allah dari facebook saya.
kalau sebelum ni, saya main hide and seek je.
tapi kali ni memang betulbetul remove.

yang paling tak boleh tahan,
lepas remove tu baru nak fikir daladalam dan analisa semula tindakan.
kan da kena tegur dengan kakak usrah:
"tidak ada sifat 'malas nak fikir' dalam muwasofat muslim."

tapi,
sejujurnya saya bukanlah mahu menjadi ekstrimis.
cuma, saya ingin menjauh dari golongan 155 makhluk Allah ini.
entah kenapa, saya semacam ingin menyembunyikan diri dari kalian semua.
saya ada satu macam perasaan yang dulu sudah pernah ada dalam diri saya.
kemudiannya, dia pergi buat seketika.
dan sekarang, dia kembali lagi.
perasaan itu dinamakan:
perasaan saya-cuma-ingin-hidup-dalam-kalangan-ahli-keluarga-dan-teman-teman-wanita-sahaja-tanpa-ada-seorang-kawan-lelaki-sekali-pun-kerana-itulah-comfort-zone-saya-yang-sebenar-benarnya.
bunyinya macam merepek sungguh.
tapi saya langsung tak merepek ataupun menipu.

susah untuk orang faham penyakit aneh ini jika anda tak mengalaminya.
tapi, orang yang kenal rapat dengan saya mungkin faham.

dan yang penting, saya bukanlah ekstrimis.
saya tidak mahu lagi menjadi fitnah kepada dakwah, usrah dan tarbiyyah.
bukan dakwah, usrah dan tarbiyyah yang merupakan faktor total saya ambil langkah ini.
ianya adalah 'comfort zone' itu.
:)

dan oh ya,
saya masih single.
belum berpunya.
dan tak mahu dipunyai sesiapa
kecuali
Allah, Rasul, agama, ibubapa, keluarga, dan temanteman
sebelum tiba masanya.
eh, tibatiba.
:p

eh, tade la tibatiba pun.
cakap awalawal bimbang nanti orang salah faham
saya remove orangorang itu kerana ada orang tertentu yang minta.
tidak ya, kawankawan?
:)

oh ya ada lagi,
post ini mungkin boleh sedikitsebanyak menjelaskan puisi hati
kalau ada yang masih belum memahami.
:)

Monday, April 11, 2011

puteri kecil sudah besar. :DD

assalamualaikum.

puteri kecil kesayangan saya sudah setahun!


selamat setahun puteri kecil.
semoga membesar sebagai mujahidah solehah.
aten sayang puteri selalu.
ngee.
:DD


aiseh.
kecikkecik pun da pandai buat mulut itik.
tape. masih adorable.
macam aten la.
yedok che su?
:p

Allahu Allah, beri kami kekuatan dan tsabatkan kami di atas jalanMu ini. Allahumma Amin.:')

assalamualaikum.

بسم الله الرحمن الرحيم

"Mereka itulah orang yang telah diberi nikmat oleh Allah, yaitu dari (golongan) para nabi dari keturunan Adam, dan dari orang yang Kami bawa (dalam kapal) bersama Nuh, dan dari keturunan Ibrahim dan Israil (Yaakub) dan dari orang yang telah Kami beri petunjuk dan telah Kami pilih. Apabila dibacakan ayat-ayat Allah Yang Maha Pengasih kepada mereka, maka mereka tunduk sujud dan menangis.

Kemudian datanglah setelah mereka, pengganti yang mengabaikan solat dan mengikuti keinginannya, maka mereka kelak akan tersesat,

kecuali orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan kebajikan, maka mereka itu akan masuk syurga dan tidak dizalimi (dirugikan) sedikit pun,

yaitu syurga 'Adn yang telah dijanjikan oleh Tuhan Yang Maha Pengasih kepada hamba-hambaNya, sekalipun (syurga itu) tidak nampak. Sungguh, (janji Allah) itu pasti ditepati.

Di dalamnya mereka tidak mendengar perkataan yang tidak berguna, kecuali (ucapan) salam. Dan di dalamnya bagi mereka ada rezeki pagi dan petang.

Itulah syurga yang akan Kami wariskan kepada hamba-hamba Kami yang selalu bertaqwa.

Dan tidaklah Kami (Jibril) turun, kecuali atas perintah Tuhanmu. Miliknya segala yang ada di hadapan kita, yang ada di belakang kita, dan segala yang ada di antara keduanya, dan Tuhanmu tidak lupa.

(Dialah) Tuhan (yang mengusai) langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya, maka sembahlah Dia dan berteguh hatilah dalam beribadah kepadaNya. Apakah engkau mengetahui ada sesuatu yang sama denganNya?

Dan orang (kafir) berkata, "Betulkah apabila aku telah mati, kelak aku sungguh-sungguh akan dibangkitkan hidup kembali?"

Dan tidakkah manusia itu memikirkan bahawa sesungguhnya Kami telah menciptakannya dahulu, padahal (sebelumnya) dia belum berwujud sama sekali?"

(Maryam: 58-67)


***

hidayah ini tidak datang dengan percuma. ada harga yang perlu dibayar. dan cuma orang-orang terpilih: mereka yang berani, sabar, kuat, teguh hati dan redha sahaja yang mampu tetap terus gagah melangkah menempuh jalan yang panjang ini.

kerana dalam perjalanan ini, kita tidak akan melangkah senang. jalan mencari redha Illahi ini adalah satu pendakian yang curam. adakala kita akah tergelincir, tersungkur atau mungkin saja rebah sampai berdarah. cuma mereka yang terpilih itu sahaja yang akan mampu bangkit kembali meneruskan pendakian.

Thursday, April 7, 2011

pahit. tapi manis. :)

assalamualaikum.

adakala teguran dari Allah itu keras.
pahit.
tapi manis.
:')


dari pengalaman, saya belajar.
terima kasih awak yang menegur telus.
terima kasih Allah yang menegur hikmah.
:')

Tuesday, April 5, 2011

maafkan saya, kerana saya juga tidak sempurna.

بسم الله الرحمن الرحيم

assalamualaikum w.b.t.

kebelakangan ini Allah banyak menguji saya dengan ujian hati, ujian iman, ujian ukhuwwah, ujian mental, etc.

dalam mendepani ujian yang bertali arus, ada ketikanya saya gagal. dan saya terima kegagalan saya dengan sungguhsungguh berlapang dada. apa sahaja kesilapan yang saya lakukan sepanjang menghadapi ujian ini, saya ambil sebagai pengajaran dan iktibar. kesakitan yang saya tanggung saya jadikan sebagai tonggak kekuatan untuk tempuh masa hadapan. saya bersyukur dengan setiap ujian yang Allah timpakan sebelum ini. kerana dari ujian-ujian itu, saya jadi lebih gagah, berani, tabah hati, lapang dada, dan redha. namun, sayang sekali saya terlepas pandang banyak perkara sewaktu melalui ujian-ujian ini. saya terlalu sibuk dengan diri sendiri sehingga saya terlupa orang di sekeliling. dalam tidak sedar, 'kegagalan' dan 'rebah' saya jadi bahan bualan.

terima kasih, kalian. :)
dari kalian, saya belajar.

saya tidak marah, sungguh.
saya tidak rasa terhina, sungguh.
saya tidak rasa sedih, sungguh.

saya cuma rasa kecewa.
kerana khilaf saya dikaitkan dengan 'tudung labuh', 'al-Quran' dan 'agama'.

just a little thing to ponder:
adakah kerana salah 6 kali, saya kena tanggalkan tudung labuh saya?
adakah kerana tidak cukup faham saya kerana tak cukup belajar lagi, saya kena tinggalkan al-Quran saya?
adakah kerana tidak cukup pandai saya menghadapi realiti hidup, saya tak layak jadi solehah sampai bila bila?
adakah?

maafkan saya, kalian.
bilamana lahiriah saya tidak menepati 'sifat dalaman yang sepatutnya saya ada mengikut apa yang kalian impi'.
maafkan saya, kalian.
kerana saya tidak mampu jadi malaikat yang tidak punya nafsu.
maafkan saya, kalian.
kerana saya tidak mampu jadi manusia super yang tidak pernah tewas dengan hasutan syaitan.
maafkan saya,
kerana saya cuma manusia yang tidak sempurna dan sememangnya tidak akan sempurna tetapi tetap berusaha untuk menyempurnakan dirinya.

tidak banyak yang ingin saya perkatakan.
kerana saya bukanlah ingin menegakkan yang basah.
apa yang salah tetap salah walau seribu alasan yang digunakan.

saya cuma ingin mengatakan:
jangan cakap pernah cakap belakang tentang orang.
kalau ingin menegur kekurangan, berhadapan saja dengan empunya diri.
atau, khabarkan pada seseorang yang rapat dengan si empunya supaya nanti dapat ditegurnya.

kalian bercakap sesama sendiri takkan merubah apa.
lebih sadis, kalian bercakap mengikut pemerhatian sendiri atau mendengar dari mulut ke mulut yang belum tentu benar kisahnya.

kalau ada masalah dengan saya, silakan berhadapan saja.
sungguh, saya pasti berlapang dada.
sebab saya sedar, meski bertudung labuh, meski terlibat usrah, meski sentiasa bersama al-Quran,
saya masih tidak sempurna:
hati, iman, sikap, pemikiran, seluruhnya.

kerana masih, hingga sampai hujung nyawa, saya tetap cuma manusia biasa yang tidak sempurna tetapi tetap akan cuba menyempurnakan dirinya demi meraih peluang melihat wajahNya di syurga nanti.

sekian, wassalam.

Saturday, April 2, 2011

kenapa lelah pada jalan tarbiyyah?

assalamualaikum.

seringkali saya tertanya-tanya:
mengapa ada ketikanya kita merasa lelah pada jalan tarbiyyah ini?
lebih menyedihkan, bilamana ada ketika rasa bosan menyinggah di hati.
aneh, kan?

jalan tarbiyyah ini merupakan jalan terbaik yang sepatutnya menjadi rebutan semua ummat manusia.
namun, sayang sekali tatkala ada insan-insan bertuah yang telah dipilih oleh Allah untuk melalui jalan ini merasa terbeban dengan anugerah istimewa ini.
tidak menunding jari kepada sesiapa, saya bercerita tentang diri sendiri.
sejujurnya, saya pernah bosan berada di jalan tarbiyyah.
itu antara sebab mengapa saya jadi monster buat seketika.
moga Allah mengampuni saya kerana menjadi manusia yang tidak bersyukur atas nikmat kurniaannya.
Allah.
:'(

dan hari ini, saya temukan jawapannya.
saya rasa lelah di jalan tarbiyyah kerana saya turut menggalas bebanan jahiliyyah dalam pengembaraan saya di jalan ini.
bersama saya, ada bermacam jahiliyyah yang heret sama ke jalan ini.
jadi, bagaimana untuk tidak lelah bila ada beban tambahan?

penting untuk kita semua faham terutamanya saya sendiri:
untuk menyertai tarbiyyah,
kita haruslah ikhlas membuang semua jahiliyyah.
hal ini kerana yang hak tak mungkin dapat bercampur dengan yang batil,
sepertimana air tak mungkin bercampur dengan minyak.

jadi, marilah bersamasama berusaha menyingkirkan karat jahiliyyah yang masih wujud dalam diri.
semoga perjalanan kita di jalan tarbiyyah akan lebih dipermudahkan oleh Allah.
insya-Allah.