Monday, November 23, 2009

satu playground buat aku.

lapan belas.
cuma tinggal enam hari saje lagi sebelum usia ku menginjak angka tersebut.
angka yg menjadi titik akhir zaman kanak-kanak ku.
angka yang mengharuskan aku bersiap sedia mengharung dunia secara lebih matang dan berdikari.
meskipun zaman kanak-kanak ku bakal berakhir, persepsi aku tentang hidup tidak akan pernah berubah.

hidup, bagi aku, adalah satu taman permainan.
ada bahagian yang menyeronokkan.
dan ada pula yang tidak.
kadangkala, aku berjalan di taman itu.
perlahan. tenang dan damai.
kadangkala, aku menjadi sangat teruja.
berlari-lari di sekitar taman.
gembira. ceria. bahagia.
ada waktunya takala aku asyik bermain, aku jatuh.
rebah.
sakit.
tapi aku tidak gentar.
pabila ku hulurkan tangan, ramai yang menyambut untuk membantu aku berdiri kembali.
ada mama.
ada abah.
ada keluarga tersayang.
ada sahabat tercinta.
dan sesekali aku ada dia.
namun, nasib aku bukan selalunya baik.
ada waktunya, aku rebah tersungkur di lembah yg sunyi.
menangis terduduk seorang diri.
ku hulur tangan, tapi tiada yg menyambut.
aku tidak kisah.
kerana aku faham.
walau tiada mama,
walau tiada abah,
walau tiada keluarga tersayang,
walau tiada sahabat tercinta,
dan walau aku tidak punya dia,
tapi aku ada...DIA.

dalam hidup ini.
dalam taman permainan ini.
aku tidak pernah sepi.
aku tidak pernah sendiri.
bersuka ria lah aku di taman ini.
jatuh dan rebah itu perkara biasa.
jangan bersedih atau berduka.
sakit itu cuma seketika.
luka itu akan sembuh juga akhirnya.
parutnya, mungkin ada.
hodoh.
tapi ingatlah aku.
yang hodoh itulah yg mampu memberi pengajaran dan peringatan buatku di hari muka.
sekali sudah jatuh, tidak mungkin aku mahu jatuh lagi.

::I live my life to the fullest::

4 comments:

DoDu@HaHA said...

seronok baca!!

Anonymous said...

hahaha..
budak tecitttt..

selamat hari besaw..hak3
advance sggh ucapan dr akak nih..
eh3 clap...
suami laa..kwang3
:P

fatinmarini said...

deep:
haha! x best la ucapan advance. ta surprise. nnt jgn lupa wish lg skali ok. pas2 maw hadiah sebesaw lembu korban nnt yep. hahak! :p

Anonymous said...

hahahaha..
yela3..t ak wish lagikkkkk
hihihi

hadiah sebesaw lembu korban?
ak smblih changka laa taun nih
hak3

t ak cr species atasan kasi kt ko
hahaa :D