Thursday, April 14, 2011

saya bukan ekstrimis.

assalamualaikum.

malam ini,
secara tibatiba saya telah melantik diri saya sebagai seorang yang ekstrimis.
oh!
*sigh*

entah apa isu yang berkecamuk dalam fikiran saya,
secara tibatiba dengan sengajanya,
saya telah meremove 155 makhluk Allah dari facebook saya.
kalau sebelum ni, saya main hide and seek je.
tapi kali ni memang betulbetul remove.

yang paling tak boleh tahan,
lepas remove tu baru nak fikir daladalam dan analisa semula tindakan.
kan da kena tegur dengan kakak usrah:
"tidak ada sifat 'malas nak fikir' dalam muwasofat muslim."

tapi,
sejujurnya saya bukanlah mahu menjadi ekstrimis.
cuma, saya ingin menjauh dari golongan 155 makhluk Allah ini.
entah kenapa, saya semacam ingin menyembunyikan diri dari kalian semua.
saya ada satu macam perasaan yang dulu sudah pernah ada dalam diri saya.
kemudiannya, dia pergi buat seketika.
dan sekarang, dia kembali lagi.
perasaan itu dinamakan:
perasaan saya-cuma-ingin-hidup-dalam-kalangan-ahli-keluarga-dan-teman-teman-wanita-sahaja-tanpa-ada-seorang-kawan-lelaki-sekali-pun-kerana-itulah-comfort-zone-saya-yang-sebenar-benarnya.
bunyinya macam merepek sungguh.
tapi saya langsung tak merepek ataupun menipu.

susah untuk orang faham penyakit aneh ini jika anda tak mengalaminya.
tapi, orang yang kenal rapat dengan saya mungkin faham.

dan yang penting, saya bukanlah ekstrimis.
saya tidak mahu lagi menjadi fitnah kepada dakwah, usrah dan tarbiyyah.
bukan dakwah, usrah dan tarbiyyah yang merupakan faktor total saya ambil langkah ini.
ianya adalah 'comfort zone' itu.
:)

dan oh ya,
saya masih single.
belum berpunya.
dan tak mahu dipunyai sesiapa
kecuali
Allah, Rasul, agama, ibubapa, keluarga, dan temanteman
sebelum tiba masanya.
eh, tibatiba.
:p

eh, tade la tibatiba pun.
cakap awalawal bimbang nanti orang salah faham
saya remove orangorang itu kerana ada orang tertentu yang minta.
tidak ya, kawankawan?
:)

oh ya ada lagi,
post ini mungkin boleh sedikitsebanyak menjelaskan puisi hati
kalau ada yang masih belum memahami.
:)

1 comment:

Mohamad Shahrilniza said...

fair enough..alasan diterima.