Wednesday, December 15, 2010

kekasih paling indah.

assalamualaikum.

anda taw siapa kekasih yang paling indah?

pada saya,
kekasih paling indah itu tiada di depan mata.
tapi Dia dekat amat sangat.
sedekat mana urat nadi dengan jasad,
Dia lebih dekat dari itu.

Dia, kekasih yang paling indah,
tiada di depan mata,
tapi Dia Maha Tahu akan semuanya.
susah senang saya, Dia tahu.
duka cita saya, Dia peduli.
dicukupkanNya segala keperluan saya.
dipermudahkanNya banyak urusan saya.

Dia, kekasih paling indah itu,
tidak pernah dilihat oleh saya.
tapi bijak Dia mengatur segala.
bila jarang nampak, pasti rindu bukan?
syukur.
kerana tidak nampak, hati membuak rindu.
lantas, dikerah jasad untuk sentiasa beribadat kepadaNya,
demi mensucikan segala dosa dan noda diri,
biar di hari abadi nanti,
sudi Dia memandang insan kerdil ini.

Dia, kekasih paling indah itu,
tiada di depan mata,
sedang agung bersemayam di Arasy sana,
kehebatanNya, kebesaranNya, kekuasaanNya,
memang tiada tara dengan apa saja yang ada di langit mahupun pun bumi.
lantas, pantas saja Dia jadi kekasih paling indah yang bertakhta di hati ini.
kan?

p/s:
ini bukan puisi.
:)

No comments: