assalamualaikum.
:)
alhamdulillah,
hari ni sudah boleh senyum balik.
ngee~
:D
thanks to kak arah, yang bawak kami ke birm semalam untuk melawat frankfurt market. seronok! frankfurt market tu tade apa la sangat pun. melainkan kalau awak sambut christmas dan gaji dalam pound sterling, frankfurt market itu heaven untuk awak shopping hadiah bagi anakanak adikadik makcikpakcik jiranjiran, semua orang lah senang cerita. hal ini demikian kerana di frankfurt market terdapat banyak kraftangan bermotifkan segala corak yang ada kaitan dengan christmas (santa klaus, pokok christmas, rusa kutub, salji, etc.) yang comelcomel semuanya. kagum sangat tengok lilin dan snowball-snowball di sana. rasa macam nak beli tapi, erm, tapelah. berjimat cermat amalan mulia. heh.
selain kraftangan yang sangat menarik perhatian, frankfurt market juga ada jual coklat yang baaanyaaakkkk. untuk choco addict macam saya, itu adalah sangat men-teruja-kan. ada macammacam rupa coklat, ada yang sangat comel sampai tak sanggup nak beli sebab tak sampai hati nak makan. heh. tapi, serius! rasa macam nak beli sekotak bawak balik malaysia. tunjuk kat adikadik akan kecomelan coklat german, tapi bila tengok harga 18 pound, terus tukar niat. macam tak berbaloi la pulak beli coklat almost rm 100 sekotak. baik saya angkut mainan banyakbanyak untuk diorang. kan? hee.
oh, sambung balik pasal coklat. aiyaiyai. coklat german sangattt sedappp. semuanya handmade barangkali. mahal juga, tapi rasanya macam berbaloi-baloi. sekali setahun apala salahnya kan? hee. ya, frankfurt market cuma ada sekali setahun iaitu pada bulan disember. saya beli cklat banyak juga lah. excited makan tak ingat homesick dah. tehee~ habis makan coklat, saya makan pancake german pulak. perisa coklat + cherry. sedapp jugak. coklat dia memang pekat super best lah.
jadi, sapesape yang nak rasa coklat german tanpa perlu melawat german, jemputlah ke uk sekarang juga. penginapan percuma, boleh tumpang tido rumah saya. hee. :DD
No comments:
Post a Comment