Friday, December 17, 2010

ketawa, tak bermakna gembira.

assalamualaikum.

bila kita tengok orang sedang banyak ketawa,
sila jangan terus benci dia.
sila jangan terus buat judgement macam:
ini perempuan gedik, tak taw diam.
sebab anda tak taw apa dalam hati dia.
mungkin dia sedang ketawa untuk basuh duka dalam hati.

ada sesetengah orang tak faham.
men-sinonimi-kan ketawa dengan cuma gembira semata.
melihat pada apa yang terzahir sahaja.
tidak pernah cuba memahami apa yang tersembunyi
dalam getaran suara yang ada pada ketawa itu.

saya tidak cuba berlagak pandai.
tapi saya memang tahu,
ada banyak orang begitu.
ketawa gembira untuk hilangkan rusuh dalam hati.
kerana banyak masanya,
saya pun tergolong dalam kalangan orang sebegitu.

ada masanya hati rasa sangat sesak.
sempit dengan seribu macam perasaan negatif yang menghimpit.
hendak diluah, tak nampak jalannya.
disimpan, menambah perit cuma.
lalu, saya ketawa seenaknya
demi satu rasa lapang yang seketika.

namun, lapang itu tidak selalu hadir.
adakala saya cuma ketawa untuk sembunyikan resah.
biar tidak nampak garis bimbang yang terlukis pada wajah.
biar yang di sekeliling tak dapat menebak apa yang sedang difikir.

saya memang suka sembunyikan emosi.
kerana sesungguhnya saya tidak pandai nak berkongsi cerita hati.
yang gembira senang saja saya hamburkan semua,
tapi gelora perasaan lebih senang disimpan kedap,
kerana saya percaya,
pada akhirnya hati akan tenang juga.

asbab penulisan ini mudah:
jangan sewenangnya mentafsir manusia.
kerana kita semua tidak serupa.
Tuhan menciptakan kita dari tanah yang sama.
namun gumpal darah yang membentuk diri kita adalah berbeza.


.gumpalan darah ini yang banyak mewujudkan perbezaan antara kita.

No comments: