Thursday, December 30, 2010

peluang ini bukan sahaja satu nikmat, tapi juga satu rahmat.

assalamualaikum.

seawal tiba di britain, sewaktu proses adaptasi diri berlaku, sering sahaja saya mengeluh. sering saja saya mempersoalkan kenapa Tuhan menempatkan saya di bumi asing ini. bukan tidak bersyukur, cuma proses adaptasi itu agak payah buat saya.

namun, setelah beberapa ketika, saya rasakan nikmat hidup di sini. nikmat kerana di sini lah bercambahnya cinta saya pada ilmu agama. di sini saya dapat banyak peluang untuk lebih mengenal Dia. lebih nikmat kerana saya berpeluang menjalin ukhuwah dengan orang-orang yang sangatsangat baik.

as the time goes on, saya sedar. yang peluang menapak di UK ini bukan sekadar nikmat, tapi juga rahmat. di sini saya belajar banyak perkara yang memaknakan hidup saya. baru hampir 3 bulan saya menetap di negara orang, tapi saya belajar banyak perkara. saya belajar berdikari, belajar untuk jadi orang berprinsip, belajar untuk struggle dan macammacam lagi. saya bukan sahaja belajar dari pengalaman hidup sendiri, tetapi juga melalui pengalaman hidup orang lain.

hampir 3 bulan di sini, tidak banyak ujian dan kesusahan yang perlu saya lalui. alhamdulillah. tapi saya faham yang perjalanan ini masih panjang. namun, tekad saya selepas ini saya tak kan mengeluh lagi. tidak kira sebanyak mana ujian yang menimpa, saya yakin apa saja yang berlaku adalah rencana yang terbaik buat saya.

lokasi: glandelough, ireland
kalau saya tak pernah datang ke sini, mesti saya akan fikir bahawa gambar ni cuma lukisan imaginasi manusia semata-mata. tapi, Allah bagi peluang pada saya untuk melihat dengan mata sendiri pemandangan seindah ini. Subhanallah.
:)

No comments: