assalamualaikum.
:)
ini entry terakhir menjelang untuk tahun 2010.
sejujurnya, saya lupa terus yang hari ni adalah 31 disember.
selepas buka fesbuk,
lihat kawankawan di malaysia buat status pasal new year,
baru saya ingat yang esok da 2011.
saya tidak berapa aware tentang new year
kerana diri saya masih lagi mengalami konflik masa.
ya, perkara yang paling susah saya nak adapt di uk ni adalah 'masa'.
mana mungkin tidak.
saya selalu confuse tentang semester lepas dengan tahun lepas.
maksudnya di sini,
saya sentiasa ingat peristiwa yang berlaku dari januari hingga jun sebagai tahun yang lain.
dan julai hingga disember sebagai satu tahun yang lain.
saya sendiri tidak pasti kenapa saya berhadapan dengan konflik ini.
mungkin kerana suasana yang amat berbeza.
malaysia. dan britain.
kan berbeza tu.
masa yang berbeza.
musim yang berbeza.
pemandangan yang berbeza.
sikap dan mentaliti masyarakat yang berbeza.
selainnya, saya rasakan konflik ini terjadi kerana perubahan fasa hidup.
alhamdulillah.
dari jahiliyah ke tarbiyah.
banyak perubahan yang dilakukan.
bukan sahaja fizikal.
tapi juga mentaliti dan spiritual.
terlalu banyak perubahan.
dan otak saya masih belajar menerima kenyataan
bahawasanya fasa-fasa perubahan ini berlaku pada satu tahun yang sama.
yalah, lazimnya titik perubahan saya berlaku pada tahun yang baru.
tapi citranya berbeza pada tahun ini.
kerana itu otak saya keliru agaknya.
apa pun,
selamat tinggal 2010.
mengikut jam britain,
ada 2 jam 58 minit lagi sebelum 2011 menjengah.
tahun ini seakannya tahun yang baik buat saya.
mari kita tengok checklist azam saya tahun ini:
1. tingkatkan ibadah
alhamdulillah, ada peningkatan berbanding tahun-tahun sebelumnya
2. tingkatkan prestasi pelajaran
alhamdulillah, saya berjaya menamatkan foundation dengan jayanya.
3. jadi lebih berdisiplin
yang ini perlu dipolish lagi. ini akan masuk dalam list azam 2011.
4. jaga dan perbaiki ukhuwah
alhamdulillah, yang rapuh sudah dikuatkan.
dan banyak ukhuwah baru yang terjalin sesampainya saya ke sini.
insya-Allah akan dijaga sebaik mungkin sampai akhir hayat nanti.
5. terbang ke warwick
alhamdulillah. cita-cita tercapai juga.
jadi, score azam saya tahun ni adalah 80%.
tahun depan, nak berazam untuk capai score 100%.
doakan saya ya?
hee.