Friday, December 31, 2010

selamat tinggal 2010.

assalamualaikum.
:)

ini entry terakhir menjelang untuk tahun 2010.
sejujurnya, saya lupa terus yang hari ni adalah 31 disember.
selepas buka fesbuk,
lihat kawankawan di malaysia buat status pasal new year,
baru saya ingat yang esok da 2011.
saya tidak berapa aware tentang new year
kerana diri saya masih lagi mengalami konflik masa.
ya, perkara yang paling susah saya nak adapt di uk ni adalah 'masa'.

mana mungkin tidak.
saya selalu confuse tentang semester lepas dengan tahun lepas.
maksudnya di sini,
saya sentiasa ingat peristiwa yang berlaku dari januari hingga jun sebagai tahun yang lain.
dan julai hingga disember sebagai satu tahun yang lain.
saya sendiri tidak pasti kenapa saya berhadapan dengan konflik ini.

mungkin kerana suasana yang amat berbeza.
malaysia. dan britain.
kan berbeza tu.
masa yang berbeza.
musim yang berbeza.
pemandangan yang berbeza.
sikap dan mentaliti masyarakat yang berbeza.

selainnya, saya rasakan konflik ini terjadi kerana perubahan fasa hidup.
alhamdulillah.
dari jahiliyah ke tarbiyah.
banyak perubahan yang dilakukan.
bukan sahaja fizikal.
tapi juga mentaliti dan spiritual.

terlalu banyak perubahan.
dan otak saya masih belajar menerima kenyataan
bahawasanya fasa-fasa perubahan ini berlaku pada satu tahun yang sama.
yalah, lazimnya titik perubahan saya berlaku pada tahun yang baru.
tapi citranya berbeza pada tahun ini.
kerana itu otak saya keliru agaknya.

apa pun,
selamat tinggal 2010.
mengikut jam britain,
ada 2 jam 58 minit lagi sebelum 2011 menjengah.

tahun ini seakannya tahun yang baik buat saya.
mari kita tengok checklist azam saya tahun ini:

1. tingkatkan ibadah
alhamdulillah, ada peningkatan berbanding tahun-tahun sebelumnya

2. tingkatkan prestasi pelajaran
alhamdulillah, saya berjaya menamatkan foundation dengan jayanya.

3. jadi lebih berdisiplin
yang ini perlu dipolish lagi. ini akan masuk dalam list azam 2011.

4. jaga dan perbaiki ukhuwah
alhamdulillah, yang rapuh sudah dikuatkan.
dan banyak ukhuwah baru yang terjalin sesampainya saya ke sini.
insya-Allah akan dijaga sebaik mungkin sampai akhir hayat nanti.

5. terbang ke warwick
alhamdulillah. cita-cita tercapai juga.

jadi, score azam saya tahun ni adalah 80%.
tahun depan, nak berazam untuk capai score 100%.
doakan saya ya?
hee.

Thursday, December 30, 2010

tiket balik.

assalamualaikum.

sekarang cik marini sedang dalam dilema.
adakah ingin membeli tiket pulang ke malaysia sekarang.
atau lepas da dapat elaun bulan 3 nanti.
konfius sangat ni.

kalau beli sekarang,
lepas ni memang kena berjimat cermat amalan mulia yang amat.
yelah.
kalau beli tiket tu,
duit dalam bank ada lagi 600 pound.
belum tolak bil gas dgn letrik lagi tu.
hohoho.
makan nasi dengan garam aje la lepas ni ek.

tapi,
kalau beli kemudian,
takut nanti tiket mahal.
atau habis.
tadi survey seat macam tak banyak je lagi yang
tinggal pada tarikh-tarikh yang diinginkan.

jadi,
macam mana ni?
haish!


peluang ini bukan sahaja satu nikmat, tapi juga satu rahmat.

assalamualaikum.

seawal tiba di britain, sewaktu proses adaptasi diri berlaku, sering sahaja saya mengeluh. sering saja saya mempersoalkan kenapa Tuhan menempatkan saya di bumi asing ini. bukan tidak bersyukur, cuma proses adaptasi itu agak payah buat saya.

namun, setelah beberapa ketika, saya rasakan nikmat hidup di sini. nikmat kerana di sini lah bercambahnya cinta saya pada ilmu agama. di sini saya dapat banyak peluang untuk lebih mengenal Dia. lebih nikmat kerana saya berpeluang menjalin ukhuwah dengan orang-orang yang sangatsangat baik.

as the time goes on, saya sedar. yang peluang menapak di UK ini bukan sekadar nikmat, tapi juga rahmat. di sini saya belajar banyak perkara yang memaknakan hidup saya. baru hampir 3 bulan saya menetap di negara orang, tapi saya belajar banyak perkara. saya belajar berdikari, belajar untuk jadi orang berprinsip, belajar untuk struggle dan macammacam lagi. saya bukan sahaja belajar dari pengalaman hidup sendiri, tetapi juga melalui pengalaman hidup orang lain.

hampir 3 bulan di sini, tidak banyak ujian dan kesusahan yang perlu saya lalui. alhamdulillah. tapi saya faham yang perjalanan ini masih panjang. namun, tekad saya selepas ini saya tak kan mengeluh lagi. tidak kira sebanyak mana ujian yang menimpa, saya yakin apa saja yang berlaku adalah rencana yang terbaik buat saya.

lokasi: glandelough, ireland
kalau saya tak pernah datang ke sini, mesti saya akan fikir bahawa gambar ni cuma lukisan imaginasi manusia semata-mata. tapi, Allah bagi peluang pada saya untuk melihat dengan mata sendiri pemandangan seindah ini. Subhanallah.
:)

Tuesday, December 28, 2010

nik puteri haasya: aten rindu.

contengan 3 pagi.

insomnia.
dan mula fikir bukanbukan.

fikiran bukanbukan,
pergi main jauhjauh.
annoying lah!
:(

review: PUISI 2010

assalamualaikum.
:)

sudah sekian lama saya tidak mengupdate blog yang entah-apa-apa ini. sejujurnya, memang bertindak menyepikan diri kerana tensyen dengan diri sendiri. iman goyah sedikit baru-baru ini. emosi pula tidak stabil. kerana itu gaya penulisan saya sungguh amat merapu-rapik terkebelakangan itu. mohon maaf kerana membazirkan masa anda membaca penulisan saya yang tak bermanfaat tu.

okay, tamat mukadimah. sekarang nak balik ke tujuan asal entry,
yakni perihal PUISI 2010.


minggu lepas, saya dan kawankawan serumah berjaulah ke ireland untuk menghadiri PUISI. PUISI itu adalah singkatan kepada Perhimpunan Ukhuwah Insaniyah Seluruh Ireland. saya tak nak tulis kisah macam diari. nanti kalian bosan pula membaca. jadi, saya tulis rumusan pengajaran yang saya peroleh pada jaulah ke PUISI kali ni.

pengajaran pertama:
saya belajar maksud sebenar 'berjaulah'. ianya bukan sekadar pergi melancong untuk keseronokan semata-mata. ianya adalah tentang memperkenalkan manusia akan erti sebenar hidup. ianya menuntut kesabaran yang tinggi dan menemukan manusia dengan banyak pengalaman baru yang tinggi nilainya. jadi, kunjungan ke nottingham untuk menghadiri notts game bukanlah satu jaulah.

pengajaran kedua:
saya belajar tentang nikmatnya bila berlapang dada. masalah yang menimpa tidak lagi terlihat sebagai satu masalah. pelajaran ini saya peroleh dari kak aqilah, ketua rombongan kami. beliau kehilangan dompetnya sewaktu shopping di dublin. tapi, sekali pun saya tak dengar kak aqilah mengeluh. yang saya dengar dari mulutnya setiap kali orang bertanyakan kejadian itu adalah redha, redha dan redha. saya ada membaca statusnya yang berkaitan kejadian itu di facebook. beliau sesungguh hati ikhlas menerima kejadian yang menimpa. satu role model yang memang patut saya contohi.

pengajaran ketiga:
saya mendapat reminder penting sewaktu sesi 'compass setting'. MATI ITU DEKAT. jadi, saya tidak sepatutnya lagi membuang masa saya melakukan perkara yang sia-sia. HIDUP INI CUMA SEKALI. jadi, cuma dalam sisa umur yang diberikan Allah ini saja saya mampu bekerja untuk melayakkan diri saya menempah tiket menuju syurga.

pengajaran keempat:
syurga bukan lagi PILIHAN, tetapi WAJIB!
serius. ada ke sapesape nak masuk neraka? tade kan? jadi, bergeraklah kita sejajar dengan kewajipan yang kita ada. dan ingat, cuma usaha yang terbaik beroleh ganjaran yang terbaik. apakah hadiah yang lebih baik untuk seorang manusia melainkan terpilih untuk menempati syurgaNya yang abadi? jadi, lakukanlah yang terbaik dalam sisa usia yang masih berbaki untuk meraih ganjaran yang terbaik itu.

pengajaran kelima:
saya mulai faham yang kita kena kuat untuk gagah. gagah di sini bukan lah gagah fizikal. tapi, kegagahan seorang muslim untuk tetap berdiri pada jalan Islam. pada era dunia akhir zaman, membentuk diri menjadi individu Muslim yang terbaik sungguh payah. kerana itu, kita perlu berusaha membentuk kekuatan dalaman untuk melawan hawa nafsu juga anasir-anasir luar yang cuba melencongkan kita dari jalan lurus ini.

pengajaran keenam:
semua orang adalah daie. semua orang adalah khalifah.
jangan menidakkan keupayaan diri sendiri. kerana sesungguhnya antara tujuan penciptaan manusia adalah untuk menjadi khalifah di muka bumi ini. dan sememangnya, menyebarkan ajaran agama Islam merupakan tanggungjawab setiap individu Muslim.

pengajaran ketujuh:
saya belajar cara-cara untuk menjaga hati. slot tazkiyatun nafs amat berkesan sekali pada saya. insaf bilamana saya mendapati hati saya mungkin tegolong dalam kategori hati yang sakit. sekarang, saya sedang belajar untuk merawat hati melalui 5 ubat hati yang disarankan.

yang tujuh ini merupakan antara pengajaran penting yang saya peroleh. ada banyak lagi. tapi saya catatkan yang penting-penting ini dahulu sebagai peringatan buat diri saya sendiri. doakan saya beramal dengan segala ilmu yang saya perolehi dan moga-moga saya dapat istiqamah dengan setiap amal perbuatan saya. dan saya harap perkonsian ini dapat memberi manfaat kepada kalian juga, insya-Allah.

Sunday, December 19, 2010

camera buta.

assalamualaikum.

kali ni nak cerita tentang camera buta.
anda taw tak camera buta tu apa?
tak taw?
hahaha.
mungkin saja anda tak taw term tu sebab saya sendiri yang invent.
heh.

camera buta tu adalah bersamaan dengan camera yang saya baru je beli.
lepas menang bid, da siap tidur dengan mimpi indah segala,
baru saya sedar bahawasanya camera yang saya menang tu cuma camera body semata.
tade lens.
aiyark!
jadi, macam mana ni?

godekgodek ebay tadi.
harga lens nampak nya nak sama mahal dengan camera with lens.
hurm,
itu adalah amat mem-frustrating-kan sekali.
ish, rasa macam nak jual balik je camera tuh.
tapi ada ke orang nak beli kamera buta?
huhu.

untuk itu,
saya ada pertanyaan.
mana saya boleh dapat
lens yang compatible dengan d5000
dengan harga yang murah?
(haruslah nak yang murah. berjimat cermat amalan mulia)
secondhand pun tak kesah.
camera buta saya pun secondhand jugak.
kalau barangan malaysia lagi bagus,
boleh terus pos ke rumah.
nanti minta mama hantarkan ke sini.
hee.

dan, dan,
kalau tak tahu mana saya boleh dapat benda tu pun,
boleh tak share dengan saya apa lens yang compatible dengan D5000,
yang ada VR (vibration reduction).
saya buka webpage nikon,
tapi serius saya tak paham apa pun yang dia tulis.
huhu.

oh ya,
saya lupa nak merakamkan ucapan terima kasih pada che nad.
beliau la yang bagi tips pada saya tentang caracara nak menang di ebay.
dan tips nya berkesan.
hohoho.
tQ nad.
jasamu dikenang sepanjang hayat.
sayang nad!
:D

okay, tu je nak conteng kali ni.
sebenarnya ada banyak lagi benda nak cerita.
perihal kami masak nasi dagang,
perihal kami sesat di coventry,
dan perihal kami main snow fight.
tapi, sebab saya ni amat sangat perasan busy,
saya cerita di lain masa lah, okay?

till then,
salam.
:)

p/s: maaf cara menulis berubah wajah, macam banyak keduniaan saja,
tak bermanfaat pun.saya sedar itu. tapi, takpe lah.
saya menulis untuk diri. bukan untuk fame.
bukan untuk tarik seratus follower baca blog saya.
macam yang tulis kat bawah header tu:
my life, my world, my story.

overnight di westwood. :D

assalamualaikum.
:)

ini nak cerita tentang apa yang sudah jadi hari kelmarin. kelmarin, saya dan kesayanganS serumah sepakat untuk overnight di westwood. mungkin sebab sayang nak lepaskan che nad yang dah beberapa hari berkampung kat rumah kami, kami pun ikut lah beliau pulang ke hall. malam overnight itu memang sangat fun. dan ridiculous pun ada jugak. heh.

fun sebab malam tu saya menang dslr d5000 kat ebay. alhamdulillah. saya menang dengan harga yang memuaskan. 275 pound including postage. senyum panjang sampai ke tidur pun masih belum mampu berhenti senyum. perasaan puas hati gembira yang tak tergambar oleh katakata. it has been sometimes i don't get things which i long so much. jadi, bila kali ni saya dapat, the feeling was super indescribable. yang saya cuma mampu cakap, thank you Allah for granting my wish. ini yang buat hati tambah cintacintacinta. Dia memang kekasih palingpalingpaling indah. :D

selain itu, part yang fun sewaktu overnight adalah makan. marini loooooooves food~ patut saja gemok tak kuruskurus. haish! sebelum bergerak ke westwood, just before leaving the house, saya, cik yash dan deepdeep makan nasi dagang kat dapur. kononnya untuk menghabiskan gulai ikan omma yang sedap yang basih berbaki dalam periuk. but, we ended up habiskan nasi dalam steamer tu sekali. then, terus pakai kasut lalu gerak gi west wood. oh, kami tidak bergerak dengan tangan kosong. kami bawa bersama seperiuk nasi dengan ayam. kat westwood, omma dan che yash masak sup ayam. jadi, makan lagi. seronok sungguh makan. extra seronok sebab makan kongsi pinggan dengan cik yash. bukan tade pinggan. tapi, saje nak manjamanja kongsi pinggan. sweet kan kami? ngeh. ;D

okay. sudah habis part fun, kami buat kerja yang ridiculous pula. time tu memang tak ingat pukul berapa. tapi, memang dah lewat malam jugak, kami gerak pergi tesco. tesco sini buka 24 hours. jadi, kalau lapar jam 2 pagi, boleh pergi tesco grab pizza untuk dimakan. heh. terasa hebat pula tatkala merempuh kesejukan di lewat malam begitu sematamata untuk ke tesco. serius sengallll.

di tesco, ada kejadian yang tidak diingini berlaku. bila da lewat malam macam tu, tade lagi makcik cashier yang nak tolong scan barang semua. segalanya perlu dilakukan sendiri kat machine yang disediakan. disebabkan omma pernah guna machine tu sekali, kami rasa konfiden lah nak guna benda alah tu. tapi, setelah 4 customer lain siap guna machine sebelah, kami baru siap scan 2 biji bawang dan sebiji timun yang ruparupanya bukan timun. aiyai. kami memang tak boleh duduk bandar. lambat adapt. pending sungguh. haish. setelah bertungkus lumus sendirian, dan setelah machine tu keluarkan bunyi dan menyalakan lampu, baru lah ada seorang pakcik pekerja tesco datang tolong ajar kami guna benda alah tu. pakcik ni pun satu, da lama kot berdiri kat area machine yang kami guna tu. kalau datang tolong awalawal kan senang. haish lagi.

balik dari tesco, kami supper dulu dengan yogurt deepdeep dan jus masingmasing. lepas siap kemaskemas bilik, hampar sleeping bag, saya pun tidur dengan jayanya. cerita saya mungkin bunyi macam bosan. tapi, saya yang experience ni tahu betapa preciousnya overnight ni. sebab tu saya conteng cerita ni kat blog. nanti 30 tahun lagi (kalau masih ada nyawa), boleh lah saya berjumpa lagi dengan kesayanganS dan bercerita tentang overnight ni. as for me, reminiscing and rejoicing the past is among the best thing i can do in the future. :)

.sayangsayangsayangsayang.
:)

Friday, December 17, 2010

random updates: undone esaimen.

assalamualaikum.

okie.
ini adalah keluh kesah saya terhadap diri sendiri.
bukan lagi ebay.
sudah give up dengan ebay.
yelah, penat menunggu berjam-jam.
ibarat menunggu bulan jatuh ke riba.
tapi, tak dapat pun jugak.
haish!
(=__=!)

keluh kesah kali ini adalah berkaitan dengan esaimen.
lagi 3 hari,
saya dan kesayanganS serumah akan bergerak ke ireland.
heyhoo! tak sabar.
ya, memang teruja sangat.
tapi, dalam keterujaan tu ada juga rasa serabut.
serabut sebab rasa macam masa tak cukup.
macam mana masa nak cukup,
bilamana diri sendiri banyak buang masa.
haish!
(-__-")

minggu pertama akademik Term 2 akan mula 10 January.
dan pada minggu tu,
ada DUA ASSESSED ASSIGNMENT yang kena SUBMIT.
tapi so far,
satu perkataan pun saya tak buat lagi.
satu buku reference pun saya tak cari lagi.
memang terbaik punya perangai.
*clap.clap.clap*
standing ovation untuk diri sendiri.

risau sungguh ni.
ada banyak benda untuk dibuat dalam masa yang singkat.
itulah, suka sangat buat kerja bertangguh.
hurm,
nak salahkan siapa bila da rasa serabut camni?
tunding jari pada diri sendiri lah!

oh,
kan seronok kalau esaimen tu boleh siap sendiri.
*merepek*
(=__=!!)

ketawa, tak bermakna gembira.

assalamualaikum.

bila kita tengok orang sedang banyak ketawa,
sila jangan terus benci dia.
sila jangan terus buat judgement macam:
ini perempuan gedik, tak taw diam.
sebab anda tak taw apa dalam hati dia.
mungkin dia sedang ketawa untuk basuh duka dalam hati.

ada sesetengah orang tak faham.
men-sinonimi-kan ketawa dengan cuma gembira semata.
melihat pada apa yang terzahir sahaja.
tidak pernah cuba memahami apa yang tersembunyi
dalam getaran suara yang ada pada ketawa itu.

saya tidak cuba berlagak pandai.
tapi saya memang tahu,
ada banyak orang begitu.
ketawa gembira untuk hilangkan rusuh dalam hati.
kerana banyak masanya,
saya pun tergolong dalam kalangan orang sebegitu.

ada masanya hati rasa sangat sesak.
sempit dengan seribu macam perasaan negatif yang menghimpit.
hendak diluah, tak nampak jalannya.
disimpan, menambah perit cuma.
lalu, saya ketawa seenaknya
demi satu rasa lapang yang seketika.

namun, lapang itu tidak selalu hadir.
adakala saya cuma ketawa untuk sembunyikan resah.
biar tidak nampak garis bimbang yang terlukis pada wajah.
biar yang di sekeliling tak dapat menebak apa yang sedang difikir.

saya memang suka sembunyikan emosi.
kerana sesungguhnya saya tidak pandai nak berkongsi cerita hati.
yang gembira senang saja saya hamburkan semua,
tapi gelora perasaan lebih senang disimpan kedap,
kerana saya percaya,
pada akhirnya hati akan tenang juga.

asbab penulisan ini mudah:
jangan sewenangnya mentafsir manusia.
kerana kita semua tidak serupa.
Tuhan menciptakan kita dari tanah yang sama.
namun gumpal darah yang membentuk diri kita adalah berbeza.


.gumpalan darah ini yang banyak mewujudkan perbezaan antara kita.

Wednesday, December 15, 2010

tolong ajar saya guna ebay boleh?

assalamualaikum.

dua tiga hari ni kegemaran cik marini tatkala online bukanlah facebook.
bukan juga blogging.
apatah lagi blogwalking.
tapi, ebay-ing!

.ini addiction terbaru.

haha.
bunyi macam pelik, huh?
abaikan.
ni nak sambung cerita balik.

seseorang,
tolong la ajar saya caracara nak menang di ebay pelisss.
aiyaiyai.
tensyen sungguh.
penat membida dengan masyarakat ebay yang tererterer tuh.
penat bida SEBELAS d90.
tapi satu pun saya tak dapat.
(=__=")
oh, sungguh amat frustrated sekali.
T__T

.siang malam mimpi dapat hadiah harijadi kamera hensem ni.

kenapa la saya tak terer nak guna ebay?
atau mungkin bukan masanya lagi untuk saya membeli d90 tu?
tapi saya nakkkkkk sangaattttttt.
:(

nak beli di malaysia mahal kott.
dengan ebay macam murah.
tapi tak pernah nak menang bid.
alahai, tensyen!

ok, itu je post merepek untuk kali ni.
maaf kerana mengepost sesuatu yang tak membina.
heh.
tapi kalau ada sapesape nak tunjuk ajar saya strategi guna ebay pun boleh juga.
ngee~
:D

kekasih paling indah.

assalamualaikum.

anda taw siapa kekasih yang paling indah?

pada saya,
kekasih paling indah itu tiada di depan mata.
tapi Dia dekat amat sangat.
sedekat mana urat nadi dengan jasad,
Dia lebih dekat dari itu.

Dia, kekasih yang paling indah,
tiada di depan mata,
tapi Dia Maha Tahu akan semuanya.
susah senang saya, Dia tahu.
duka cita saya, Dia peduli.
dicukupkanNya segala keperluan saya.
dipermudahkanNya banyak urusan saya.

Dia, kekasih paling indah itu,
tidak pernah dilihat oleh saya.
tapi bijak Dia mengatur segala.
bila jarang nampak, pasti rindu bukan?
syukur.
kerana tidak nampak, hati membuak rindu.
lantas, dikerah jasad untuk sentiasa beribadat kepadaNya,
demi mensucikan segala dosa dan noda diri,
biar di hari abadi nanti,
sudi Dia memandang insan kerdil ini.

Dia, kekasih paling indah itu,
tiada di depan mata,
sedang agung bersemayam di Arasy sana,
kehebatanNya, kebesaranNya, kekuasaanNya,
memang tiada tara dengan apa saja yang ada di langit mahupun pun bumi.
lantas, pantas saja Dia jadi kekasih paling indah yang bertakhta di hati ini.
kan?

p/s:
ini bukan puisi.
:)

Tuesday, December 14, 2010

saya sayang birm. :DD

assalamualaikum.
:)

heyho! ada emoticon senyum bawah ucapan salam.
itu tandanya saya gembira.
ngee~
:DD

ya. ya.
saya memang gembira sekarang.
penyakit homesick sudah kurang.
rasa macam dapat semangat baru lepas balik dari birm.

erk. birm lagi?
yup. birmingham lagi.
saya suka tempat tu.
suka sangatsangatsangat.
saya boleh dapat banyak benda di sana.
macammacam.

di pemergian yang terbaru ini,
saya bawa balik ke coventry:
* padded jacket
* makananmakananmakanan
* bukubuku
* tudung
* kasih sayang
* ilmu
..serta..
* teguran dari Tuhan

tengok.
banyak benda kan saya dapat dari birm.
jadi, macam mana untuk saya tidak suka akan tempat itu?
kalau anda jadi saya pun,
anda pasti akan jatuh sayang pada tempat tu.
dan saya,
saya memang sudah jatuh sayang dalamdalam pada birmingham.
pasti akan ke sana lagi bulan depan.
sangatsangat looking forward untuk itu.
hee.

tahun depan mungkin saya kena buat railway card kot.
sebab ada rasa juga macam nak jadikan birm itu rumah kedua saya selepas coventry.
tehee~
:D

orang kata setiap orang yang datang ke birm mesti akan ambil gambar dengan si lembu ini.
tapi, setelah empat kali ke birm,
sekali pun saya tak ambil gambar dengan dia.
tunggu nanti final year la kot baru saya ambil satu.
heh.

Thursday, December 9, 2010

repekan sematamata.

assalamualaikum.

pernah tak pada suatu masa,
kalian tibatiba rasa air mata ni murah sangat.
senang je mengalir laju
walaupun tade sebab?



kenapa saya tanya?

sebab itulah perasaan yang saya rasa sekarang.



ada perit di kerongkong.
ada pedih di hati.
menahan empangan itu dari pecah.



apa yang tak kena?

jangan ditanya.
kerana seperti biasa,
saya pun tak tahu.


...

entah apa yang tidak kena dengan diri saya akhirakhir ini. emosi tidak menentu. sekejap gembira sekejap sedih. kadangkadang high kadangkadang down. zahir banyak ketawa tapi hati banyak menangis. ya. ya. saya cuma pandai menangis dalam hati. sebab air mata saya tak pandai tumpah sedikitsedikit. bilamana saya menangis, lengan baju jarang tak basah.

erm. mengikut analisa saya, saya kerap mengalami ketidakstabilan emosi semenjak menjadi anak perantau. lihat saja entri-entri blog sesampainya saya di UK, banyak sungguh yang meruntun perasaan.

apakah mungkin penyakit homesick saya berada di tahap amat kronik sekali sekarang? erm. ya, barangkali.

hmm. menyampah sungguh kan bilamana remaja 19 tahun masih gedik nak homesick? tapi, bukan saya yang mintak nak homesick! apa kamu fikir homesick ni best? saya pun nak juga rasa gembira yibbayibba dapat hidup di negeri orang. tapi, itu lah...

kenapa homesick sebenarnya?
sebab ini bukan TEMPAT saya.sungguh, saya pernah rasa separa tak waras sewaktu cuba adapt dengan susasana di sini. tempat ini bukan sahaja membuatkan saya rasa jauh dari famili, kadangkala tempat ni membuat saya terfikir bahawa saya tidak lagi berada di Bumi. tak, tak. saya bukan rasa macam da mati. cuma rasa macam hidup di Marikh saje.

Tuesday, December 7, 2010

strangers, don't talk to me.

it's my bad.
i am neither snobbish,
nor arrogant.
and i am not ignorant too!
it's just that:
I SIMPLY DON'T HAVE TALENT TO TALK TO STRANGERS.
:x

Sunday, December 5, 2010

malu.

assalamualaikum.

tadi baca beberapa artikel pasal ikhtilat.
tibatiba rasa malu dengan diri sendiri.
tibatiba rasa malu dengan sahabat sekalian.
dan yang paling utama,
rasa malu dengan Allah.
astaghfirullah hal azim.
T__T

dalam menjalani hidup ni,
kadangkadang kita nampak macam kita dah baik,
dah elok.
rasa macam dah jaga ikhtilat,
tapi ruparupanya tak pun.
tsk. tsk.

malu sangat.
sebab selama ni perasan macam diri da baik la konon,
tapi ruparupanya,
tunggang terbalik jugak.
astaghfirullah hal azim.
T__T

alhamdulillah,
mujur Allah menegur.
kalau tak sampai bila pun tak kan nampak,
sampai bila pun tak kan sedar,
dan sampai bila pun tak kan boleh perbaiki diri.
walaupun malu,
tapi syukur.
alhamdulillah.
alhamdulillah.
alhamdulillah.

dalam situasi hari ini,
nak jaga ikhtilat memang susah sangat.
jadi masingmasing harus main peranan.
jaga peribadi diri sendiri.
insya-Allah nanti semuanya akan jadi senang.

dan sahabat sekalian (including kakakkakak kesayangan),
mulai hari ini,
tolong tegur ya jika saya tibatiba tersasar.
nasihat dan teguran kalian amat diperlukan.
saya tak kisah ditegur.
biar malu hari ini,
jangan malu sewaktu manghadap Dia nanti.
jadi, tolong ya?

saya nak jadi macam puteri Nabi Syu'aib.
dan saya pun nak mengajak kesayangan saya semuanya untuk jadi macam beliau.
mungkin mustahil untuk kita menjadi beliau,
tapi cukuplah jika kita mampu jadi "seperti" beliau.
andai tidak berjaya juga,
cukuplah jika usaha kita pun Allah kira.
insya-Allah.

p/s:
mohon maaf semua lelaki yang pernah saya kenali,
kerana saya tahu ada dosa tidak menjaga ikhtilat anda bertambah kerana saya.
insya-Allah lepas ni tade lagi pertambahan dosa sia-sia sebegitu.
mohon dimaafkan ya.

(permohonan maaf dibuat bimbang takut disabitkan di padang mahsyar nanti)

frankfurt market.

assalamualaikum.
:)

alhamdulillah,
hari ni sudah boleh senyum balik.
ngee~
:D

thanks to kak arah, yang bawak kami ke birm semalam untuk melawat frankfurt market. seronok! frankfurt market tu tade apa la sangat pun. melainkan kalau awak sambut christmas dan gaji dalam pound sterling, frankfurt market itu heaven untuk awak shopping hadiah bagi anakanak adikadik makcikpakcik jiranjiran, semua orang lah senang cerita. hal ini demikian kerana di frankfurt market terdapat banyak kraftangan bermotifkan segala corak yang ada kaitan dengan christmas (santa klaus, pokok christmas, rusa kutub, salji, etc.) yang comelcomel semuanya. kagum sangat tengok lilin dan snowball-snowball di sana. rasa macam nak beli tapi, erm, tapelah. berjimat cermat amalan mulia. heh.

selain kraftangan yang sangat menarik perhatian, frankfurt market juga ada jual coklat yang baaanyaaakkkk. untuk choco addict macam saya, itu adalah sangat men-teruja-kan. ada macammacam rupa coklat, ada yang sangat comel sampai tak sanggup nak beli sebab tak sampai hati nak makan. heh. tapi, serius! rasa macam nak beli sekotak bawak balik malaysia. tunjuk kat adikadik akan kecomelan coklat german, tapi bila tengok harga 18 pound, terus tukar niat. macam tak berbaloi la pulak beli coklat almost rm 100 sekotak. baik saya angkut mainan banyakbanyak untuk diorang. kan? hee.

oh, sambung balik pasal coklat. aiyaiyai. coklat german sangattt sedappp. semuanya handmade barangkali. mahal juga, tapi rasanya macam berbaloi-baloi. sekali setahun apala salahnya kan? hee. ya, frankfurt market cuma ada sekali setahun iaitu pada bulan disember. saya beli cklat banyak juga lah. excited makan tak ingat homesick dah. tehee~ habis makan coklat, saya makan pancake german pulak. perisa coklat + cherry. sedapp jugak. coklat dia memang pekat super best lah.

jadi, sapesape yang nak rasa coklat german tanpa perlu melawat german, jemputlah ke uk sekarang juga. penginapan percuma, boleh tumpang tido rumah saya. hee. :DD

Friday, December 3, 2010

T_____T

assalamualaikum.

hari ni tade senyum lebarlebar.
maaf.

hati berombak badai akhir-akhir ni.
kenapa?
tak taw. sungguh, memang tak taw.
itu lah yang membuatkan hidup jadi lagi haru.
kalau lah permasalahan tu jelas,
kan senang.
boleh ambil langkah nak selesaikan.
ini tidak,
hati bergelora tanpa sebab yang pasti.
dan ia tidak bergelora cuma.
ada sakit dalam hati.
pedih mencucuk.
sakit.
sangat.
:(

ada sesuatu yang tidak kena dalam hati.
tapi masih tak taw puncanya lagi.
erm, mungkin saya ada tersilap, tersalah.
sebab tu saya buat permohonan maaf secara terbuka
di fesbuk tempoh hari.
saya takut kalaukalau ada berdosa dengan manusia,
secara tidak sengaja,
kerana itu hati tidak aman.

tapi, sampai hari ini juga hati masih tidak aman.
seriusly, kalau saya ada salah apa-apa
tolong maafkan saya.
atau,
jika ada tidak puas hati dengan saya,
boleh tegur saya personally.
saya tak kisah.
saya akan berlapang dada.
tolong ya?

atau mungkin,
saya ada terbuat salah dengan Dia.
huk.
:(

Ya Allah,
ampuni hambaMu ini.
sesungguhnya aku cuma manusia biasa
yang tidak terlepas dari dosa.
amin,
:(

.homesick lagi.
.sudah 10 kali survey tiket balik malaysia.

hargailah.

asslamualaikum.

bilamana didatangkan hidayah kepadamu,
hargailah.

bilamana didatangkan indah iman padadamu,
hargailah.

bilamana didatangkan taufiq padamu,
hargailah.

tiada nikmat yang paling berharga di dunia ini,
melainkan indah nikmat iman.

tiada hadiah paling mahal yang diberikanNya,
selain taufiq dan hidayah.

kala didatangkan mereka padamu,
pegang erat jangan sampai lepas.
kerana sungguh,
membiarkan mereka itu adalah satu kerugian yang nyata.

Thursday, December 2, 2010

tibatiba hati rasa:

lesu. kosong. rapuh.






penat.
bilamana jiwa digagahkan untuk kuat
pada saat ianya lemah lemas hampir tewas.

Wednesday, December 1, 2010

terima kasih cinta! ♥

assalamualaikum.
:)

entry ini ditujukan khas kepada
cinta hati pengarang jantung saya:
deep adeeba,
farah azwa,
dan jugak omma!
teehee.
:DD

kesayanganS,
terima kasih untuk surprise semalam.
terharu.
T__T
cuma semalam tak boleh nak express,
sebab blur.
baru bangun tido
tibatiba kena simbah dengan bedak johnson.
ahaha.
nasib baik bedak johnson,
bukan tepung + telur.
eheh.

kek cheese tu sedap amat.
rasanya lagi sedap dari chocolate indulgance kot.
mungkin sebab ada perasa kasih sayang yang melimpah ruah.
hee~
:D

pape pun,
terima kasih ya cinta hati semua.
kesian korang bersejuk-sejukan di dapur
tunggu mayeeni turun bawah.
lama pulak tu.
kena tukar plan banyakbanyak kali lagi tu.
haha.
susah kan nak prank orang blur?
keh3.
;p
lain kali kena buat plan yang lebih telus ek.
biar mayeeni dapat catch up cepatcepat.
ini tidak,
lepas bangun,
buka lampu,
then sambung tido balik.
haha.
mana la mayeeni taw semua orang sedang menunggu di bawah
heh.

sahabat,
siapa kata hidup di tempat orang sendiri?
lihat saya,
saya ada family yang sempurna di sini.
ada omma (qistina muhammad) yang penyayang sangatsangat,
ada suami (deep adeeba) yang penuh kasih sayang,
& ada kakak (farah azwa) yang cantik dan comel dan weng jugak.
[eh, betul ke description neyh? haha.]
saya bahagia sangat dengan mereka.
love u lots and lots dearies.
:)

akhir kata,
terima kasih sekali lagi para cinta hati sekalian,
untuk segalanya.
kalau dihitung dengan nilaian nombor,
infiniti bilangannya.
Dia saja yang dapat mebalas semua kasih sayang, kebahagiaan,
dan budi yang kalian limpahkan pada mayeeni.
walaupun da cakap banyak kali,
tetap nak cakap lagi:
saya mencintai kalian kerana Allah.
:)