Thursday, December 9, 2010

repekan sematamata.

assalamualaikum.

pernah tak pada suatu masa,
kalian tibatiba rasa air mata ni murah sangat.
senang je mengalir laju
walaupun tade sebab?



kenapa saya tanya?

sebab itulah perasaan yang saya rasa sekarang.



ada perit di kerongkong.
ada pedih di hati.
menahan empangan itu dari pecah.



apa yang tak kena?

jangan ditanya.
kerana seperti biasa,
saya pun tak tahu.


...

entah apa yang tidak kena dengan diri saya akhirakhir ini. emosi tidak menentu. sekejap gembira sekejap sedih. kadangkadang high kadangkadang down. zahir banyak ketawa tapi hati banyak menangis. ya. ya. saya cuma pandai menangis dalam hati. sebab air mata saya tak pandai tumpah sedikitsedikit. bilamana saya menangis, lengan baju jarang tak basah.

erm. mengikut analisa saya, saya kerap mengalami ketidakstabilan emosi semenjak menjadi anak perantau. lihat saja entri-entri blog sesampainya saya di UK, banyak sungguh yang meruntun perasaan.

apakah mungkin penyakit homesick saya berada di tahap amat kronik sekali sekarang? erm. ya, barangkali.

hmm. menyampah sungguh kan bilamana remaja 19 tahun masih gedik nak homesick? tapi, bukan saya yang mintak nak homesick! apa kamu fikir homesick ni best? saya pun nak juga rasa gembira yibbayibba dapat hidup di negeri orang. tapi, itu lah...

kenapa homesick sebenarnya?
sebab ini bukan TEMPAT saya.sungguh, saya pernah rasa separa tak waras sewaktu cuba adapt dengan susasana di sini. tempat ini bukan sahaja membuatkan saya rasa jauh dari famili, kadangkala tempat ni membuat saya terfikir bahawa saya tidak lagi berada di Bumi. tak, tak. saya bukan rasa macam da mati. cuma rasa macam hidup di Marikh saje.

3 comments:

erna bt. ramli said...

same laa mayeeni.:(

kadangkadang tu,buat semue bende menangis.mandi,lipat bju,lepas solat,tengok laptop,baring atas katil.semue.tapi kite kene kuat.kan Allah dah tentukan yang terbaik untuk kite.be strong,tin.

:)

haffeezul said...

kadangkala kita merasakan semua benda yg t'jadi kat diri kita adlh sesuatu yg tidak betul...kenapa jd mcm ni,x jd mcm tu...kenapa semua yg ak rancang x jd kenyataan la...mcm2 lg la...tp,cuba sejenak kita b'fikir tntg perkara yg tlh b'laku sblm ni...kita akn dpt satu jawapan...ALLAH itu maha mengetahui dan ALLAH tlh tentukan apa yg t'baik utk diri kita.....

ashraf razi said...

nanti bila dah balik malaysia nanti, pastu datang semula ke uk, insyaallah dah tak ada apa2, kurang la sikit rasa. hehe.(pengalamanku)