Tuesday, December 28, 2010

review: PUISI 2010

assalamualaikum.
:)

sudah sekian lama saya tidak mengupdate blog yang entah-apa-apa ini. sejujurnya, memang bertindak menyepikan diri kerana tensyen dengan diri sendiri. iman goyah sedikit baru-baru ini. emosi pula tidak stabil. kerana itu gaya penulisan saya sungguh amat merapu-rapik terkebelakangan itu. mohon maaf kerana membazirkan masa anda membaca penulisan saya yang tak bermanfaat tu.

okay, tamat mukadimah. sekarang nak balik ke tujuan asal entry,
yakni perihal PUISI 2010.


minggu lepas, saya dan kawankawan serumah berjaulah ke ireland untuk menghadiri PUISI. PUISI itu adalah singkatan kepada Perhimpunan Ukhuwah Insaniyah Seluruh Ireland. saya tak nak tulis kisah macam diari. nanti kalian bosan pula membaca. jadi, saya tulis rumusan pengajaran yang saya peroleh pada jaulah ke PUISI kali ni.

pengajaran pertama:
saya belajar maksud sebenar 'berjaulah'. ianya bukan sekadar pergi melancong untuk keseronokan semata-mata. ianya adalah tentang memperkenalkan manusia akan erti sebenar hidup. ianya menuntut kesabaran yang tinggi dan menemukan manusia dengan banyak pengalaman baru yang tinggi nilainya. jadi, kunjungan ke nottingham untuk menghadiri notts game bukanlah satu jaulah.

pengajaran kedua:
saya belajar tentang nikmatnya bila berlapang dada. masalah yang menimpa tidak lagi terlihat sebagai satu masalah. pelajaran ini saya peroleh dari kak aqilah, ketua rombongan kami. beliau kehilangan dompetnya sewaktu shopping di dublin. tapi, sekali pun saya tak dengar kak aqilah mengeluh. yang saya dengar dari mulutnya setiap kali orang bertanyakan kejadian itu adalah redha, redha dan redha. saya ada membaca statusnya yang berkaitan kejadian itu di facebook. beliau sesungguh hati ikhlas menerima kejadian yang menimpa. satu role model yang memang patut saya contohi.

pengajaran ketiga:
saya mendapat reminder penting sewaktu sesi 'compass setting'. MATI ITU DEKAT. jadi, saya tidak sepatutnya lagi membuang masa saya melakukan perkara yang sia-sia. HIDUP INI CUMA SEKALI. jadi, cuma dalam sisa umur yang diberikan Allah ini saja saya mampu bekerja untuk melayakkan diri saya menempah tiket menuju syurga.

pengajaran keempat:
syurga bukan lagi PILIHAN, tetapi WAJIB!
serius. ada ke sapesape nak masuk neraka? tade kan? jadi, bergeraklah kita sejajar dengan kewajipan yang kita ada. dan ingat, cuma usaha yang terbaik beroleh ganjaran yang terbaik. apakah hadiah yang lebih baik untuk seorang manusia melainkan terpilih untuk menempati syurgaNya yang abadi? jadi, lakukanlah yang terbaik dalam sisa usia yang masih berbaki untuk meraih ganjaran yang terbaik itu.

pengajaran kelima:
saya mulai faham yang kita kena kuat untuk gagah. gagah di sini bukan lah gagah fizikal. tapi, kegagahan seorang muslim untuk tetap berdiri pada jalan Islam. pada era dunia akhir zaman, membentuk diri menjadi individu Muslim yang terbaik sungguh payah. kerana itu, kita perlu berusaha membentuk kekuatan dalaman untuk melawan hawa nafsu juga anasir-anasir luar yang cuba melencongkan kita dari jalan lurus ini.

pengajaran keenam:
semua orang adalah daie. semua orang adalah khalifah.
jangan menidakkan keupayaan diri sendiri. kerana sesungguhnya antara tujuan penciptaan manusia adalah untuk menjadi khalifah di muka bumi ini. dan sememangnya, menyebarkan ajaran agama Islam merupakan tanggungjawab setiap individu Muslim.

pengajaran ketujuh:
saya belajar cara-cara untuk menjaga hati. slot tazkiyatun nafs amat berkesan sekali pada saya. insaf bilamana saya mendapati hati saya mungkin tegolong dalam kategori hati yang sakit. sekarang, saya sedang belajar untuk merawat hati melalui 5 ubat hati yang disarankan.

yang tujuh ini merupakan antara pengajaran penting yang saya peroleh. ada banyak lagi. tapi saya catatkan yang penting-penting ini dahulu sebagai peringatan buat diri saya sendiri. doakan saya beramal dengan segala ilmu yang saya perolehi dan moga-moga saya dapat istiqamah dengan setiap amal perbuatan saya. dan saya harap perkonsian ini dapat memberi manfaat kepada kalian juga, insya-Allah.

1 comment:

WANKRAI said...

sangat menarik...kalau boleh,minta tolong kongsikan 5 ubat untuk merawat hati tu...hati saya sakit ni...